Pages

Sunday, December 1, 2013

Day 4 : Jeju ~ Jeongbang Fall & Seopjikoji (Part I)


Atas kertas plan kami hari ini adalah:

Hamdeok Beach - Manjanggul Cave - Seopjikoji - Ilchulbong Peak 

Tetapi ini yang berlaku, atas saranan Sue (wife Mr. Doldam):

Jeongbang Fall - Seopjikoji - Manjanggul Cave - Seongeup Folk Village

Selepas menikmati breakfast enak yang disediakan oleh Mr. Doldam dan Sue, kami bergerak menuju ke destinasi pertama Jeongbang Fall yang terletak tidak jauh dari penginapan kami. Sepanjang perjalanan menuju ke waterfall, memang banyak stop untuk ambil gambar. Mana tempat yang nampak unik, di situlah kami berhenti.
Guesthouse ini terletak tidak jauh dari Doldam (lupa pula nak catat apa namanya).

Satu yang kurang best ini (mungkin dah takde rezeki), cuaca mendung sepanjang hari ini namun tak hujan. Nak ambil gambar pun takde mood sebab suasana sekeliling yang agak kelam huhuhu.

Jeongbang Fall (정방폭포)
Destinasi pertama pagi ini adalah Jeongbang Fall dengan bayaran masuk 2,000 won/person. Tengok gambar macam best dan saya mengharapkan 'sesuatu' yang 'wow' tetapi entahlah, saya agak kecewa di situ; tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin nagi pencinta atau pemburu waterfall, tempat ini boleh dimasukkan dalam list tempat wajib untuk dilawati tetapi untuk mereka yang mencari sesuatu yang berbeza, di sini bukanlah tempatnya [jangan pula ada yang kondem saya, ini pendapat saya]. 

Selain dari view yang biasa aje, orang punyalah ramai. Mana ceruk ada aje kepala yang muncul. Siap kena halau sebab mereka nak ambil gambar. Cisss!! Ini memang tak boleh nak blah lah. Dengan view yang biasa-biasa aje, kami ambil keputusan untuk bergerak ke Seopjikoji.

Admission fee : 2,000 won
Parking : free 

Seopjikoji (섭지코지)
Buat kawan-kawan yang berhajat untuk ke Seopjikoji, Ilchulbong juga boleh kita singgahi pada hari yang sama kerana kedudukannya yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Oleh kerana Ilchulbong merupakan salah satu lokasi terbaik untuk menyaksikan sunrise kami ambil keputusan untuk singgah di Ilchulbong keesokan harinya. 

Hohoho, bestnya!!

Setelah berhenti beberapa kali gara-gara tersesat nak ke toilet, akhirnya kami tiba di Seopjikoji. Sebelum menapak menuju puncak lighthouse, kami turun ke pantai yang penuh dengan batu-batu besar berwarna kehitaman. Ada sesuatu yang menarik perhatian kami.

 
Inilah yang menarik perhatian kami... 

 
Close-up
 dibakar diatas hot stone hehehe.

Seopjikoji ini terkenal kerana pernah dijadikan lokasi untuk drama 'All In', yang dibintangi ole Song Hye Kyo dan her ex-husband, Lee Byung Hun. Jangan tanya samada best atau pun tidak drama ini sebabnya saya tak penah pun menontonnya. Kalau tak berkunjung ke sini memang saya tak tahu pun mengenai kewujudan drama ini hehehe. Namun untuk memasuki kawasan lokasi drama ini bayaran tertentu dikenakan dan paling best, kami tak berminat pun nak masuk kerana bayaran yang dikenakan agak mahal.

Layan gambar

 
Memang ramai yang berkunjung ke sini.

Lokasi pengambaran drama 'All In'. Katanya ini bukanlah bangunan yang asal kerana yang asal musnah gara-gara typhoon.


 Batu-batu seperti ini memang pemandangan biasa di South Korea.
Lighthouse
 View dari lighthouse
 View dari sisi berasingan.
 Hyeopja smoke mound - terdapat 38 mound di sekitar Jeju untuk tujuan komunikasi.
 
Rumput macam ne tetiba rasa cantik walhal bukan takde pun kat tempat sendiri hehehe

Admission fees : Free
Parking : 1,000 won (car)

*bersambung

10 comments:

  1. Baca entries orang pasal Jeju...berdoa laju2 dalam hati semoga one day saya akan ada chance menjejak Jeju. Gitu. Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..moga satu hari nanti impiannya akan tercapai ;-)

      Delete
  2. Dekat jeju masih tidak sejuk? lawanya jeju! Worth eh pergi ke jeju island? saya dah pergi ke Seoul 2 kali, tak sempat lagi nak jejak jeju

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau siang mmg boleh bertahan cuma kalau malam mmg terasalah...

      jeju mmg best..byk hidden beauty yang orang jarang p..nanti kalau rajin saya akan sharekan beberapa tmpt tu kat sini...itu pun kalau rajin nak taip balik dari buku hehehe...

      Delete
  3. hehe..ironi - sotong kering tergantung di ampaian...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok gamba sotong gantung tu.

    ReplyDelete
  5. sotong tu nampak cm sarung tangan getah ms tgh bakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tinggi betul imaginasi...saya pun tak terbayang sampai ke situ :D

      Delete