Last day di Jeju.
Kami ada setengah hari sahaja untuk singgah berapa tempat berdekatan Seogwipo sebelum berangkat ke airport. Oleh kerana itu kami agak santailah hari ini; mana yang sempat itu ajelah yang akan kami singgah.
Hari ini tiada acara masak-masak. Jadinya, pagi ini kami cuba makan sebanyak mungkin sebelum berangkat terbang ke Seoul. Settle breakfast, Mr. Doldam meminta kami beraksi di beberapa sudut menarik di sekitar guesthouse miliknya. Layan ajelah, bukan kena bayar pun, kan? Puas beraksi, kami meminta izin untuk beransur. Maklumlah kami cuma ada setengah hari sahaja untuk singgah di beberapa lokasi sebelum berangkat ke airport.
Kami di Doldam Gueshouse.
Destinasi pertama kami pagi ini adalah Cheonjiyeon Waterfall (God's Pond). Waktu kami tiba di sini memang sesaklah dengan rombongan murid sekolah. Malas nak bersesak kami lepak dalam kereta hingga keadaan kembali tenang. Bayaran masuk, 2,000 won. Berbeza suasananya dengan Jeongbang Waterfall, saya suka dengan suasana di sini; tenang, nyaman dengan pokok-pokok yang rendang merimbun. Ne kalau lepak sehari suntuk di sini pun saya sanggup ;-)
Seterusnya kami bergerak ke Seogwipo Submarine Terminal. Ala tak jauh pun, kiranya kalau jalan kaki dari waterfall tu tak sempat berpeluh pun dah sampai; punyalah dekat. Apa yang menariknya tentang lokasi ini? Ok, kalau kawan-kawan berhajat nak melihat dasar laut di perairan Jeju tanpa perlu dive inilah tempatnya. Maksud saya di sini kawan-kawan boleh mencuba menyelam dengan kapal selam hingga ke kedalaman 40 meter dengan bayaran 50,000 won/person.
Selain dari kapal selam, di sini juga terdapat Seayeongyo Bridge yang menghubungkan antara Seogwipo Port dengan Birds Island. Kami ambil keputusan untuk lepak di Birds Island. Untuk kawan-kawan yang berminat, ada disediakan trek sepanjang 1.2km di sini.
Tak tahulah hakmilik siapa.
Inilah Saeyeongyo Bridge.
View dari atas jambatan.
Lokasi kami yang terakhir sebelum berangkat ke airport adalah Oedolgae (Lone Rock Pillar). Tiada bayaran masuk disini. Yang bestnya kami jumpa klon Julie Dahlan kat sini hehehe.
Kawasannya memang sangat luas, untuk orang yang dok kejar masa macam kami memang tak mampulah nak menapak sampai ke hujung). Untuk yang bawa family memang sesuailah kalau nak beriadah dengan anak-anak di sini. Oh ya, ada satu lokasi di sini turut dijadikan sebagai lokasi pengambaraan Jewel In The Palace tau. Di mana/scene mana? Owhh sila cari sendiri hehehe.
Kitaorang singgah sekejap ajelah kat 'batu seketul' ne sebab perlu berkejar ke airport. Flight ke Seoul dijangka berlepas 4.25pm dengan Air Busan. Suasana di Jeju Airport sangatlah kelam-kabut. Pening kepala dibuatnya. Pertukaran gate pun tidak dimaklumkan (atau sebenarnya kami yang tak faham), mujurlah ada yang tergerak hati nak bertanya kalau tidak memang harulah terlepas flight petang tu huhuhu.
Sempatlah singgah Lotteria dan pekena shrimp burger (ini ajelah yang confident untuk dicuba). Jadilahkan, sekadar mengalas perut.
Kami tiba di Gimpo Airport, Seoul 50 minit kemudian. Dari Gimpo kami bergerak menuju ke Kimchee Dongdaemun Guesthouse dengan train.
T-Money ne disedekahkan kepada saya sewaktu 2nd day saya di Busan. TQVM pada dua orang gadis manis yang lupa nak tanya apa namanya. Dalam ini ada baki bernilai 17,000 won so saya cuma topup 15,000 sahaja; harap-harap cukuplah untuk tempoh 4 hari di Seoul.
Direction:
Gimpo Airport (AREX Express Train) - Seoul Station, transfer to Line 1 - Jongro 5-ga Station, Exit 4.
Dari Exit 4 menuju ke Guesthouse takde jauh mana pun menapaknya. Kiranya lokasi memang strategik cuma satu yang kurang best, suasana sekitar guesthouse ini kurang baguslah. Kalau jalan malam-malam tu hati-hatilah sebab kawasan ini agak 'panas' dan lebih-lebih lagi ada service 'ayam' di kawasan ini (fahamkan maksud saya). Lain-lain oklah kot.
Di sini kami ambil dorm untuk 4 orang dengan extra bed (maklumlah kami berlima). Untuk 4 malam, kosnya adalah 56,000 won/person. Bilik memang sempit tetapi yang bagusnya di sini kelengkapan memasak sangat lengkap. Gunalah sepuasnya, takde siapa pun nak marah.
Oleh kerana hari pun dah lewat, lepas check in kami terus masak untuk makan malam. Simple ajelah, panaskan lauk-pauk yang ada dan buat telur dadar. Nak keluar pun tak sanggup sebab suhu di luar sangatlah sejuk. Lepasa makan, biasalah beraktiviti dengan perkara yang wajib dan terus zzzzzzzzzz. Esok nak jalan jauh...
*bersambung
salam, zila saya baru je semlm touchdown dari busan-seoul. jgn lupa pegi phonix park men salji.
ReplyDeleteowhh, terima kasih utk saranannya tapi sebenarnya saya dah ada di KL saat ini..saya ke South Korea sebulan yang lepas ;-)
Deletebanyak betol review pasal korea..bila la nak sampai sinii.....:)
ReplyDeletenak buat macam wak, "now everyone can fly" hehehe
DeleteI wish, someday I will visit there...sebelumnya saya tak punya niat pun ke Korea, karena yang ada selama ini di kepala saya Korea identik dengan : plastic surgery and overrated drama....:D
ReplyDeleteAmin..mudah2an satu hari nanti bisa sampai ke Korea..sebenarnya saya juga seperti itu..selain Jepun, Korea juga antara negara yang paling akhir ingin saya lawati tetapi entahlah..mungkin dah rezeki, dapat ke Korea sebelum waktunya ;-)
Deletehaha..x tahan hijack guest book tuh...
ReplyDeletehehehe..tu homework agipp..biar mereka kenal pula bahasa kita ;-)
ReplyDeleteNak tanya kat seoul tu tinggal kat guesthouse apa nama ya?
ReplyDeletesaya tinggal di Kimchee Dongdaemun Guesthouse..
Deletekalau tak silap nama guesthouse ni Kimchee Dongdaemun Guesthouse. Kaunter di tingkat atas sekali.. huhuhu. penat sungguh. dan lebih malangnya kawasan ni kawasan pelacuran.
ReplyDelete