Pages

Thursday, December 12, 2013

Day 7 (Part I) : Autumn Foliage @ Nami Island


Entry kali ini memang tentang Nami. So bertabahlah ye huhuhu.

Setelah selesai segala urusan pagi itu, dalam 8.00am barulah kami bergerak keluar dari hostel menuju ke Nami Island dengan menggunakan subway. Perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih jugalah untuk tiba di Gapyeong Station dengan tambang 1,950 won/one way.
Direction
Jogno 5(o)-ga Station (Line 1) - Hoegi Station, transfer to Jungang Line - Sangbong Station, transfer to Gyeongchun Line - Gapyeong Station.

Gapyoeng Station ne letaknya di hujung dunia (memang jauhlah dari Seoul). Dengan 22 stations yang perlu ditempuhi, silalah mencelah di mana-mana, yang penting dapat duduk. Kalau tidak bertabahlah, mahu terlelap dalam keadaan berdiri huhuhu.

Tiba di Gapyeong Station kami ambil keputusan untuk mencari teksi menuju Nami Wharf. Perjalanan tak jauh pun; tak panas pun montot dah pun sampai. Tambang 3,000 won/teksi. Sebenarnya, ada aje bas tetapi masa kami keluar dari train station, bayang bas memang tak kelihatan. Tak nak buang masa, teksi pun teksilah. Lagi pun share ramai-ramai, so oklah dengan harga tu. Pilihan lain, untuk yang nak lebih santai, boleh je jalan kaki; tak jauh mana pun.
Nak menyeberang ke sinun...

Kami agak bernasib baik pagi ne sebab tak perlu nak beratur untuk mendapatkan tiket menuju ke Nami. Harga tiket adalah 8,000 won. Mungkin kerana masih awal pagi kot (err hampir pukul 10.00am kira awal pagi lagi ke?huhuhu). Tiket dah ada dan nahhh akhirnya "Nami, kami datang!!" hehehe.

Terus tukar mood jiwang 'ber'karat hehehe..

"wahhh..."

"wahhhhhhhh..."

"wahhhhhhhhhhhhhhhh.."
Tak tahu nak cakap macam mana, cantik sangatlah suasananya. Dengan dedaun maple dan gingko pelbagai warna; sesekali gugur ke tanah bila ditiup angin terasa macam dalam mimpilah pula. Serius, nak suasana seperti ini kekal sampai bila-bila *drama sangatlah, kan? huhuhu

Sebenarnya ada macam-macam cara untuk keliling Nami ne. Nak berjalan, boleh. Nak lari-lari anak, pun boleh. Nak guling-guling, lagilah boleh. Nak sewa basikal, dipersilakan asal ada ongkosnya. Pendek kata tepuk dada, tanya hati mana satu yang jadi pilihan. Dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kami memilih untuk menapak aje untuk lebih santai - sebenarnya langsung tak teringat bab sewa basikal tu huhuhu.

Layan gambar (kurang puas hati dengan hasilnya..semua ke laut huhuhu)
 
 
Kalau sebut Nami mesti ingat drama Winter Sonata, kan? Dek gara-gara 'panas'nya drama ne so mana-mana tempat yang berkaitan dengan drama ini akan sesak dengan pengunjung. Agak susahlah nak ambil gambar tanpa kepala orang. Oleh kerana itu, saya lebih suka layan tempat-tempat yang kurang diserbu orang. Biarlah gambar saya tu cuma batang pokok atau pun ranting pokok, asal takde kepala orang kira oklah huhuhu.
 
 
 
Ne pula antara gelagat pengunjung yang sempat saya rakamkan.
 
 
Kami~harap mereka tak kisah share gambar ne di sini ;-)
 
Kitaorang [kredit : tasyha]

Jom kita citer pasal makan pula. Ialah dah penat berjalan, perlulah cari something untuk mengalas perut. Takdelah nanti terketar-ketar nak berjalan gara-gara kelaparan, betul tak?

Kali ini kami memang tak sempat nak tapau makanan. Mujurlah di Nami ada restoran halal so bolehlah makan dengan riangnya. Restoran ini sebenarnya satu building dengan Nami Library cuma kedudukannya agak tersorok dan berada di sisi bangunan. So kena cari dan tengok betul-betul. 
 
Anak panah merah tu lah restoran yang saya maksudkan. Restoran ini terkenal dengan menu nasi goncangnya.
Inilah nasi goncangnya, nasi + kimchi + telur berharga 5,000 won. Kalau nak tambah sup harga lain pula, 1,500 won. Nampak je sikit tapi kenyang sangatlah.
 Pau inti kacang merah ne pun kami cuba. Yakinkan hati, Insyallah. Harga sebiji 2,000 won. Rasa? Sebiji macam pau yang dijual di Malaysia, takde beza pun.
 
Surau pun ada di sini. Kredit untuk itu.

Dalam tak sedar dah hampir 5 jam kami berada di Nami. Kami ambil keputusan untuk kembali ke Seoul. Plannya nak singgah di Namdaemun tapi tulah dianya. Silap tak check waktu operasi tempat ini dari awal. Nak berkejar pun tak sempat so kami ubah plan. Dari Nami kami terus bergerak ke Bukchon Hanok Village.

*bersambung untuk Hanok Village.

31 comments:

  1. best kan kaler autumn kat sana? i siap amik 4 keping dari kaler ijau sampai ke merah, buh dalam frame :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best biqque..lebih2 lagi ne pengalaman pertama hehehe..wowow, siap frame tu ahahhaa..saya pula kutip dan jadikan penanda buku hehee

      Delete
  2. Walaupun gambar ke laut, tetap lawa pade pandangan mate aku.... nak lagik .. nak lagik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera aku buat hal, Azra..mulanya aku tak perasan tapi bila aku tgk balik gmbr2 yg aku amik, heran awat lain macam sgt..tgk setting memang hancuqqq..betulkan balik setting pun tetap kembali ke asal..alih2 lantaklah huhuhu..5jam aku kat nami, gambar yang ok tk sampai pun 30 keping huhuhu..

      Delete
  3. subhanallah...cantik betul Autum time...kalau gambar ke laut cantik mcm ni..bagaimana gakanya gambar ke darat ahaksss..untung lah org korea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gambar ke darat lagilah hancuqqqq...dia yg cun kalau gambar ke udara ngeeeee!! :D

      Delete
  4. bila bace2 entry pasal korea neh..sgt appreciate tengok effort diaorg neh giving the halal option for muslim - restaurant, musolla, hostel pun siap ade perkakas utk muslim etc. , despite it is not a muslim country etc. or well known with muslim community like other places.

    ah..bile la bole golek2 kat nami dlm autumn neh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kredit utk itu, kan agip?penah borak dgn petugas di New Day Hostel pasal perkara ini..dia kata, derang ini ada persatuan..so dari situ mereka2 ini tau apa yang diperlukan oleh pelancong muslim..dari situ mereka belajar dan alert hal2 berkaitan...cth terbaik BOA Guesthouse di Seoul..siap ada sediakan surau lengkap dgn segala kemudahan..hotel di Msia pun tak macam ne, betul tak?? ;-)

      ayakkk, dlm byk2 pilihan yang golek2 tu juga yg jadi pilihan ye hahaha.

      Delete
  5. wahhh cantiknya autumn..teringin nak rasa suasana autumn..ohhhh duniaaaaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiiii!!hahaha...apa lgi wak, cepat2lah sambar tiket utk autumn next year hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. tapi tak setanding kalau tgk live..tak tau nak ckp apa...cantik sgt2...

      Delete
  7. Aduh aduh aduh cantiknya foliage....bertuah bertuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kak...rezeki..lepas ne tak tau bila lagi nak berpeluang nak tgk view seperti ini lagi...

      Delete
  8. Time aku pegi aritu, belum semua merah mcm mcam ni..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Na, ne bukan takat merah lagi dah..separuh dari pokok2 kat Nami dah toggel pun time kitaorg p hehehe..saki baki yang ada ne kira dah bertuah sangatlah, kan? :D

      Delete
  9. masyaallah cantiknya...rugi jugak nekcik ni..pergi antara autmn ngan winter..daun dah jatuh..snow tak sampai lagii....takde rezeki lah tu kan..harus repeat kah?????

    ReplyDelete
  10. Lawanye!!! Bertuah badan dapat jejak Nami perfect timing. Peak foliage tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki, Bibie...nak layan di Jeju tak dapat, nasib baik ada peluang yang sama di Nami.kalau tidak mmg frust jugalah...

      Delete
  11. Waaaaaahhhh... gambo muchung!! hahhhhhaaa..
    Sayang gambo semua sebu!.. langit mendung.. setting pulak salah time niih.. rasa nk guling2 pegi balik sane.. Tapi, apakan daya?
    Jum ke Urumqi pulak.. hhahhaa.. (berangan lagik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala rugi 5 jam kt nami.... tp gambar masih mampoo wat org len jeloussss!!!

      Mana gmbr remake winter sonata. tu ag gempak. har har har har....* gelak guling2*

      Delete
    2. tasyha,

      walaupun cuaca tak berapa baik tapi syukur kat dapat gak tgk tgk dedaun macam2 kaler..agak2nya kalau keadaannya sama macam di Seoraksan, ada yang repeat lagi tahun depan hehehe...gara2 frust :D

      Urumqi pula? pengsan....

      Fieda, rasa macam sat je kan kat Jeju tu..pusing pun tak habis tapi sekali tengok jam mak aaiiii, dah berkurun kat situ rupanya..sat je masa berlalu...

      owhh gambar tu..peram buat pekasamlah..segan nak tayang kat orang hahahaah...

      Delete
  12. Subhanallah cantik betul autumn!terasa nak guling2 jeee atas dan tu!hehehe bila exact tarikh zilla pi nami island ni eh?boleh nak rncg2 next tarikh plak nanti...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 Nov, DJ..sila ingat tarikh bersejarah ne hehehe...

      *oh ya, selamat berguling2 di Nami ;-)

      Delete
  13. bler tgk pau kacang merah tu rasa cm nk 1. wahhh craving la plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kat sini pun bersepah pau kacang, fieda...belasah ajelah..nk yg di nami, susah sikitlah...jauh sgt nk p cari hehehe

      Delete
  14. autumn tunggu aku datang!!!!!!!!!!!!
    gigil gigil tak sabar nak pegi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sabar mrs.smile..lama lagi tu nak tunggu next autumn :D

      Delete
  15. Cantiknyaaaaa... zilla pi sana bper hb? utk tgok daun warna warni nie?

    ReplyDelete