Pages

Monday, January 13, 2014

2nd Photobook : Philippines

Photobook pertama saya adalah pada tahun 2011. Itulah yang pertama dan terakhir yang saya buat gara-gara malas. Dek kemalasan saya itu jugalah berapa banyak coupon yang expired macam tu sahaja masa nak beli tak nak pula fikir panjang. Last year, entah apa mimpi terajin pula itu pun lagi beberapa hari nak tamat tempoh. Maka terhasillah photobook Filipina. Kenapa Filipina? Entah, mungkin sebab gambarnya cantik-cantik kot perasan tak ingat dunia!!hehehe. Beberapa hari terperap dalam bilik untuk memilih gambar yang bersesuaian sampai ayah risau kot-kot saya patah hati lagi sampai tak nak keluar bilik sabar ajelah hahaha.  

Mengenai idea, macam biasalah ianya mesti kelihatan seperti storyboard berdasarkan rentetan harinya. Kalau boleh ayat-ayat dalam blog ne pun nak saya copy & paste ke dalamnya. Bukan apa, saya ini ala-ala pelupa orangnya. Jadinya, saya suka kalau tiap kali buka photobook, lihat gambar-gambar dan coretan yang ada di dalamnya dan saya dibawa kembali ke 'masa itu'. Lagi best kalau coretan dan gambar yang ada mampu membuatkan saya malu sendiri; haish nostalgia habislah kononnya hehehe.  Oh tak boleh cerita lebih-lebih...bahaya ;-)

Layan.
 
Memang sengaja pilih 'Jeepney' untuk Filipina di kulit photobook (tak sanggup nak tengok muka sendiri huhuhu)
 
Setiap gambar mesti ada cerita mengenainya - ini cara saya, mungkin berbeza cara dengan kawan-kawan.
 
Susunan gambar adalah berdasarkan hari dan waktu..
 Memang setia dengan Photobookmart Malaysia - sangat berpuas hati dengan kualiti dan servicenya.
 
Gambar sendiri dan teman-teman (sangat special) akan sentiasa berada di beberapa muka surat terakhir - nama pun special so kenalah sorok-sorokkan sikit muka-muka yang ada hehehe.
 Gambar ini tak pernah saya sharekan di mana-mana pun (kredit untuk kamera hebat, Shahrul) hehehe.

Selamat 'berphotobook'

16 comments:

  1. saya pun guna Lumix...macam tak bes lah. rasa nak pakai canon balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumix ne kamera adik, nana..saya pinjam sat...emm, tak tahulah mungkin dengan hasil 'Nikon' sesekali kalau cuba kamera lain terasa sgt kekurangannya hehhee...

      emm, knapa bertukar ke lumix?

      Delete
  2. Wah, best2 ...trip penuh kenangan dan pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, Pijah...malu kalau nak ingat balik hehehe

      Delete
  3. ahaks... saya pun nak buat photobook Korea tak buat2 lagi... marah dah kawan saya sorang tu :p haha...

    Btw... sudi2kanlah melawati blog saya. Orang baru dalam liga :)

    TQ

    Hafiz Azmi
    Fellow Blogger
    sifusempoi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hafiz..

      Insyallah, akan lawat blog awak...terima kasih juga singgah di sini ;-)

      Photobook ne leceh...kena tunggu betul2 free baru boleh layan..

      Delete
  4. Akak pun tak sempat nak edit gambar buat photobook ni... cantiknya gambar2 zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tak sempat takpe kak jangan malas macam saya ne; penyakit yg tiada ubatnya :D

      Delete
  5. baru bercadang nak beli camera Lumix...tak jadilah kalo camtu, sebab ms ni tak pakar sangat bab-bab camera :P

    setiap trip mesti menyimpan 1001 kenangan pahit dan manis kan
    bila diingatkan balik boleh senyum sorang-sorang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs.smile, owhh jgnlah..mungkin saya dah terbiasa dengan DSLR..so apa2 gambar pun akan saya compare dgn gambar2 dari kamera saya tu...

      try tgk entry saya di penang utk world music festival..gambar2 tu semua dari Lumix GF1...mungkin mrs.smile blh buat berbanding..tips nk pilih kamera ne, kena pegang dan godek2 dulu baru decide nak beli yang mana ;-)

      senyum sorang2 sebab terkenangkan kesengalan diri hehehe

      Delete
  6. Suka tengok photobook awak...cantik. Gambar2 yg menyimpan 1001 cerita :)

    ReplyDelete
  7. Ini hasil dar kamera lumix ke, jm pun gyuma lumix gak tp kualiti gambar x cantik mcm ni maybe x pandai setting kot pastu konon2 nk tukar canon or nikon tgk gambar org ambik cantik je

    Gambar sunset tu mmg mabeles cantik sgttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar2 yang saya gunakan dalam photobook tu diambil guna D90, JM..gambar photobook tu yang saya ambil guna Lumix...ada beza dari segi kualiti gambar antara semi DSLR dengan DSLR...

      Delete
  8. salam,blh tunjuk ajar tak mcmana nak submit code tp unvalid.dah call & emel photobookmart n diorg kata valid dlm sistem diorg,tp bila saya submit unvalid jugak. boleh bg tnjuk ajar?

    maaf pjg lbr & tq T__T

    ReplyDelete