Trip kali ini bukanlah trip mengejut sebabnya tiketnya dah dibeli sejak pertengahan tahun lepas lagi. Hajat hati nak mendaki Hallasan time winter tapi bila dah tengok sendiri keadaan di Jeju masa last trip, cancel terus Hallasan. Lepas tu berangan pula nak daki Jirisan dan Daedusan tapi sekali lagi hajat tak kesampaian. Sebabnya, sakit hati je kalau nak ikut balik (boleh ke pakai alasan tu hehehe).
Macam biasalah, sebelum berangkat pelbagai perkara perlu dibuat especially arah tujuan kami. Terus-terang, trip kali ini banyak berinspirasikan gambar-gambar di FB KTO dan blog blogger di sana. Selain itu, kesihatan perlu diberi lebih perhatian sebab kali ini kami travel waktu winter. Risau juga tak mampu sesuaikan diri dan semuanya jatuh sakit.
Apa pun, saya kongsikan sedikit perjalanan persediaan awal saya sebelum berangkat ke Busan.
a) Itinerary.
Dalam tempoh 2 bulan sebelum berangkat, berpuluh kali dok adjust itinerary. Hari terakhir sebelum berangkat pun sempat lagi tukar plan. Oleh kerana ini 2nd time saya ke South Korea, so tempat-tempat yang dah saya pergi waktu last autumn memang saya tak singgah kecuali beberapa tempat wajib seperti Nami. 3 orang lagi ahli jemaah memang serah bulat-bulat kat saya nak singgah mana, nak tidur mana, nak makan apa dan sebagainya. Senang hidup mengenangkan slogan "ikut ajelah.." yang mereka gunakan.
Busan - Gyeongju - Seoul - Chuncheon - Cheorwon - Suwon - Busan (menangis hentak-hentak kaki tak dapat singgah Daedusan huhuhu). [sumber : mr.google]
b) Penginapan
Seperti juga itinerary yang sentiasa berubah begitulah juga soal penginapan. Mujurlah booking.com tidak mengenakan sebarang charge tambahan untuk aktiviti menukar penginapan sesuka hati setiap seminggu sekali hehehe. Oleh kerana ada antara ahli jemaah adalah husband/wife jadinya tak bolehlah nak sumbat semuanya dalam satu bilik. Macam biasalah, dorm menjadi pilihan buat kami berdua dan double room untuk pasangan yang satu lagi (haruslah bayar lebih mereka ini sebab bilik best).
Syarat utama untuk mencari penginapan, mesti ada kitchen. Bab bilik memang tak berapa nak kisah sangatlah asal dapat rehatkan badan, solat dan bersihkan diri. Harga pun mestilah murah maklumlah budget kami pun terhad. Bab lokasi, tak kisahlah mana-mana pun lebih-lebih dengan sistem pengangkutan di Seoul yang berada di tahap terbaik, lokasi memang tidak berapa mendatangkan masalah.
Gyeongju : Momojein Guesthouse, 2 malam
Seoul : Kimchee Sinchon Guesthouse, Hongik Uni, 5 malam
Suwon : Hwaseong Guesthouse, 2 malam
Busan : Mugunghwa Train & Busan Station, 1 malam
c) Makanan
Rasanya kawan-kawan sure dah tahu cara kami setiap kali travel. Stok makanan memang kami bawa dari Malaysia. Memang tiada dalam itinerary untuk aktiviti JJCM kecuali last day. Untuk makanan, kos setiap seorang adalah RM50 dan untuk pembahagian makanan pula, semuanya mendapat berat yang sama. So tak bolehlah nak merungut "ko ringan..aku berat..".
Stok makanan untuk 4 orang.
d) Peralatan peribadi/ubat-ubatan
Ini pengalaman pertama saya travel waktu winter. Saya tak tahu dan agak risau dengan apa yang bakal menanti saya. Mujurlah teman-teman rapat banyak membantu. Dari segi ubat-ubatan memang dibekalkan sepenuhnya oleh teman saya yang sorang tu. Pakaian pun dapat bantuan dari mereka ini. Selain daripada itu, satu tip yang saya dapat dari mereka berkenaan skincare apa yang perlu dipakai bagi mengekalkan kulit agar sentiasa lembab dan tidak pecah-pecah/berdarah.
Hada Labo - memang bagus produk ini especially moisturizer nya. [sumber : mr.google]
Product ini takdelah mahal mana pun. Travel set cuma berharga RM19.90 dan hanya ada di farmasi di lokasi tertentu sahaja. Berdasarkan pengalaman saya, memang saya rekeman produk ne pada kawan-kawan especially yang ingin travel waktu autumn dan winter. Saya langsung tidak menghadapi masalah kulit kering dan pecah-pecah di sana. Untuk celah-celah jari pun saya lumur dengan moisturizer dan keadaan kulit saya better than last trip.
Mengenai pakaian, saya cuma membawa sehelai sahaja winter jacket dan fleece dan saya lebihkan long john. Tak larat nak bawa angkut banyak-banyak helai, berat huhuhu. Kalau kotor pun boleh basuh, betul tak?
* bersambung
Nampak ikan bilis siap2 bwk dr msia. Maklum la kt sana nk tercekik tgk harga dia.
ReplyDeleteyupp belajar dari pengalaman fieda..siap buat masak kicap lagi..cuma tak best tiap kali masak ikan bilis mesti kena derang bising2 kata busuk hehehe...tapi ada kami kesah?? :D
Deleteamboi stok makanan tuuu...rasanya saya pun kna buat cmni la utk next trip insyaAllah :-)
ReplyDeletestok makanan macam nak dok sebulan ya, dzu? hehehe...nak jimat pnya pasal dan takde masa masa nak cari tempat makan, inilah saja cara yang ada..angkut semuanya siap2 huhuhu
Deletepelembab tu penting la...yang kita ke Thailand habis saya kena cold allergy dan bibir pecah-pecah...next time saya bawa pelembab kalau pergi ke tempat ekstrem panas/dingin...
ReplyDeletekita belajar dari pengalaman irdhi..so next time tak kiralah mana pun destinasinya persiapkanlah semuanya dari A - Z sebab kadangkala kita tak tahu apa yang bakal menanti kita, betul tak??
Deletenoted...mana nak cari produk Hada Labo tu? guardian atau watson ada tak jual
ReplyDeletemrs.smile saya dapat produk ne di watson alamanda..kena cari betul2 sebab aritu saya tanya pekerja watson, derang pun tak tahu pasal kwujudan produk ne...
DeleteTu dia stok makanan...x payah belik dah tu kat sana... bnyk tu...! sama lah kita...saya pon mmg akan membwa makanan bnyk2 kalau ke tempat2 yg payah dan mahal nak makan ni...;)
ReplyDelete11 hari punya stok kat..itu pun ngam2 habisnya hehehe...
DeleteLagi best berjalan waktu winter ni sebab xyah nak bawa pakaian banyak sangat. Hahaha bab hangkut makanan tu pun best. Kalau asyik makan luar kat Korea, memang boleh sawan. Berjimat mana yang patut, still boleh enjoy the trip kan.
ReplyDeletebetul tu Bibie..lagi satu tak payah nak pikir nak pakai pakaian sedondon ke apa...sebab pakai winter jacket, so kalau dlm tu pakai tshirt kalau hijau tudung kaler merah pun takde sapa yang kisah hehehe..cuba buat mcm tu time spring, mau jadi kutukan orang, betul tak?? :D
DeleteNak tiru kekdah preparation buleh!!
ReplyDeleteHada labo tu ade bau tak? Tu utk krim badan je ke atau trmasuk muka skali zilla?
tirulah, nil...
Deletehada labo ne , mmg takde bau dan boleh dipakai ke sluruh badan tak kiralah muka ke apa...kalau tak nak pakai set, pakai moisturizer tu pun dah ok...dia bukan krim tetapi cecair yang agak pekat (ala2 SKII)..just tekap2 je kat muka dan mana2 bahagian yang kering..sgt bagus...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebagus jugak n3 ni... akak cadang nak gi winter ni tapi idok le backpackers mcm zila ni. kot ada peluang nak jugak join. sampai 11 hari amo mo...mesti seronok kan. nanti zila share la lagi ya. boleh buat panduan
ReplyDelete11 hari tu macam 11 bulan je rasanya kak..rasa macam lama sgt2 huhuhu..hati merontan2 nak balik hahaha..Insyallah, saya akan try share kat sini..cuma makan masa skitlah sebab agak busy lately...
DeleteNekcik bwak stok makanan 20kilo utk 7 mlm...winter lagi lah cpat lapar...bekalan semasa outing pun.kna bnyak..sejuuk lapar..happy travelling
ReplyDeleteNekcik pun tak sempat kepal ais..
Jm suka cara zilla travel x kira ada masa nk follow jgk :-)
ReplyDeleteJm pun pernah guna hada labo tu beli kt guardian tuk sun block mmg ok
Ok. kita dah xsempat nak baca selanjut nya. nak berangkat esk dah n mmg xbawat winter coat. pakai heatech beli uniqlo nasib baik dah nak habes musim jual rm29 kalo x rm59 selai.
ReplyDeletestok makanan tu masuk bagasi ke bwk naik flight?
ReplyDeleteseparuh dalam bagasi separuh lagi bawa naik...
ReplyDeleteHi zilla, sy org yg sm lg nk mntk izin copy paste awknye entry psl korea ni..
ReplyDelete