Pages

Thursday, March 6, 2014

Winter Trip : Day 4 (Part II) ~ Nami Island

Winter Trip : Day 4 (Part I) ~ Soyang Dam & Soyang River, Chuncheon

"zilla, apa ada kat Nami..."

Dusshh, rasa macam nak pitam dengan soalan ini..

"biar betul, korang tak tahu apa yang ada kat Nami?"

 "tak tahu...."

Rasa macam nak nangis guling-guling dah saat ini..

***

Kami tiba di Nami sekitar 1.++ pm jugalah. Kenapa tak pergi awal pagi? Hah, untuk ini saya ada alasan tersendiri. Alasan utamanya nak layan sunset di Nami. Alasan seterusnya nak elakkan suasana yang terlalu sesak di kaunter tiket dan di pulau itu sendiri. Alasan terakhir, teringin nak camping di Nami dengan harapan kami akan terlepas feri terakhir hehehe (alasan merepek ne :D).
Chuncheon Station - Gapyeong Station ~ 28 minit. Dari Gapyeong Station kami ambil teksi dengan harga 3,200won/one way. Bayaran untuk Nami masih sama iaitu 8,000 won.

Tiba di kaunter tiket keadaan memang lengang. Wahh, macam best ni. Feri pun tak perlu nak bersesak dan bila tiba di Nami itu sendiri suasananya jauh lebih tenang berbanding kunjungan saya autumn lepas. Best sangat-sangat cuma yang tak best Nami 'banjir' gara-gara salji yang mencair. Jalan pun perlu hati-hati sebelum "gedebukkk" jatuh. 

Sebelum kami keliling Nami, kami ambil keputusan untuk singgah makan nasi goncang terlebih dahulu dan solat di musholla/surau yang disediakan di dalam bangunan Nami Library.
 
Untuk surau, masuk aje ke dalam bangunan ini dan terus ke tingkat atas. Ruangan wanita agak sempit tetapi oklah dari takde, kan? Telekung juga disediakan di sini.

Semua dah settle, jom keliling pulau sementara nak tunggu matahari 'jatuh'.

Impian nak tengok salji tercapai di sini, Alhamdulillah.

Layan.
 
 Me - kenangan terakhir dengan tripod kesayangan huhuhu.
 
 
Lokasi yang sama tetapi suasana yang berbeza - tetiba rindu suasana autumn.

Salji di setiap sudut tapi tak boleh nak baring-baring sebab kotor.
 
 
Masa untuk sunset pula. Walaupun keadaannya tidaklah se'wow' mana tetapi sekurang-kurangnya kami bernasib baik dapat menyaksikan sunset di sini.
Perjalanan ke Nami kali ini saya anggap sebagai penutup. Andai kata satu hari nanti saya singgah lagi di South Korea, Nami tidak akan berada di dalam list saya lagi. Cukuplah rasanya kerana apa yang saya ingin saksikan dan apa yang saya ingin cari semuanya dah berjaya saya temui. 2 kali di sini dengan teman yang berbeza dan musim yang berbeza, kenangannya akan dikenang sampai bila-bila.
Selamat tinggal Nami..

Saat matahari bersembunyi di balik gunung kami ambil keputusan untuk kembali semula ke Seoul. Mujurlah perjalanan pulang berjalan dengan lancar dan kami tiba di guesthouse sekitar jam 8.++pm. Malam memang tak kemanalah, terlalu sejuk diluar dan kami habiskan masa dengan melepak bersama-sama penginap yang lain.

*bersambung

4 comments:

  1. :) cantik sangat gamba u.. bdw nice to know u..!

    ReplyDelete
  2. Boleh tak emel itinerary utk trip ke korea ni?
    benz_ramli@yahoo.com
    Tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, dah lama sangat trip ini. itinerary nya pun saya tak tahu mana letaknya huhuhu

      Delete