Pages

Wednesday, March 12, 2014

Winter Trip : Day 5 (Part I) ~ Deoksugung Palace, Seoul

28.01.2014 : Deoksugung Palace & Hwaseong Haenggung, Suwon

Winter Trip : Day 4 (Part II) ~ Nami Island

Dek kerana arahan yang saya berikan "hari ini kita santai aje", maknanya memang santai habislah masing-masing. 9.30am baru keluar menuju ke Deoksugung Palace. Jantung dah dup-dap, dup-dap; sempatlah mengejar Changing Guard Ceremony di situ yang akan berlangsung pada jam 11.00am.

Direction:
Hongik Uni, Line 2 - City Hall Station, Exit 2.


Keluar aje dari City Hall, dah kedengaran punya "dung..dungggg...dunggggg..." (lebih kuranglah). Alamak nak tengok. Time ne memang dah tak pikir kawan-kawan yang tengah lenggang mak kangkung; saya lari tinggalkan mereka untuk upacara tersebut.

Alhamdulillah, satu impian dah tercapai so dah takde alasan untuk ke sini lagi hehehe.

Untuk makluman kawan-kawan, untuk Changing Guard Ceremony ini diadakan pada jam 11.00am, 2.00pm dan 3.30pm.
Settle upacara kami terus bergerak masuk ke dalam Palace. Bayaran masuk adalah 1,000 won. Pusing-pusing punya pusing entahlah, saya tak rasa apa yang ada di sini membuatkan saya teruja.

Suku perjalanan di sini, saya ambil keputusan untuk keluar sebab boring. Sepatutnya dari sini kami akan bergerak ke Gyeongbokgung Palace dan Bukchon Hanok Village tetapi dek kerana tiadanya rasa teruja saya bagi cadangan untuk ke Suwon. Bergeraklah kami ke Suwon..

*bersambung

2 comments: