30.01.2014 : Cheorwon
Sengaja saya skip entry untuk hari ke-6. Habis bab Cheorwon ini saya akan sambung semula untuk aktiviti di hari ke-6.
***
Awalnya memang takde perancangan pun nak ke Cheorwon. Kewujudan tempat ne pun saya tak tahu. Idea datang bila saya godek-gedek FB KTO. Bila melihat gambar-gambar hasil Jason Teale di Cheorwon, saya terus nekad. Apa pun jadi, saya mesti singgah di sini.
Cabaran utama untuk tempat ini adalah kurangnya info mengenai tempat ini. Hanya ada beberapa buah blog yang bercerita mengenainya namun info yang diharapkan langsung tidak membantu terutamanya berkenaan dengan public transport dan penginapan. Buntu. Oleh kerana itu, saya bergantung sepenuhnya kepada info di dalam buku Lonely Planet dan selebihnya saya tawakal. Ada rezeki, sampailah. Kalau tidak, saya pasrah.
[Sumber : visitkorea]
"nak pergi..tak nak.."
Hati macam nak tukar ke Sokcho tetapi bila ada yang menyampaikan info tiada salji di sana, rasa macam buang masa pula. Mt. Seorak dah pun p haritu. Nak ke Mt. Tabaek, rasa macam jauh sangat. So selepas puas berfikir..
"korang, kita proceed dengan Cheorwon...bangun awal esok..."
Kali ini hanya kami bertiga sahaja yang bergerak ke Cheorwon kerana salah seorang daripada kami tak sanggup nak meneruskan perjalanan kerana sakit kaki. Kami bergerak keluar jam 6.30am bergerak menuju Dong Seoul Bus Terminal untuk mengejar bas seawal mungkin ke Sincheorwon dan dari situ kami perlu mengambil local bus atau pun teksi menuju ke Cheorwon.
Direction:
Hongik Uni. Station, Line 2 - Gangbyeon Station, Exit 4. Walk to Dong Seoul Bus Terminal.
Kami berjaya membeli tiket bas jam 8.20am dengan tambang 9,300 won/one way dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam. Cuaca pagi ini, hujan tanpa henti huhuhu. Sepanjang perjalanan itu jugalah kami bantai membuter. Sedar bila bas memasuki last terminal di Sincheorwon.
"masing-masing ada bawa passport tak?? ada rezeki kita singgah di DMZ..."
"tak bawa, wakkk...ada pada wife saya..."
"hah??"
Macam-macam hal lah huhuhu.
***
Saya tertinggal tripod dalam bas. Try nak dapatkan balik tapi akhirnya kami yang kena marah dan driver bus langsung tak nak berikan kerjasama untuk saya mendapatkan semula tripod saya itu. Jadinya, nak tak nak terpaksalah lepaskan tripod kesayangan yang banyak berjasa selama ini huhuhu.
Sincheorwon Bus Terminal tidak seperti terminal bas lain di South Korea; memang basic habislah. Tiada information counter di sini. Local bus pun tak kelihatan; 'lost'!! Mungkin kerana esoknya adalah sambutan Seollal jadinya pekan ini kelihatan seperti pekan mati. Yang kelihatan kebanyakannya adalah tentera. Tak nak terus-terusan 'lost' dalam kesunyian pekan Sincheorwon kami akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan teksi sahaja menuju ke Goseokjeong Pavillion, Cheorwon. Agak jauh jugalah perjalanannya (9,000 won/teksi) tetapi dengan pemandangan yang memukau, saya khayal dengan keindahan yang ada.
Untuk ke Goseokjeong, kami diturunkan di Iron Triangle Tourist Office tetapi sayangnya office pun tutup. Time ne rasa macam sia-sia aje perjalanan kami pagi ini. Kawan-kawan bagi cadangan untuk redah sahaja. So saya ikut saranan mereka. Untuk makluman, bayaran masuk adalah 4,000 won/person untuk Iron Triangle dan Goseokjeong tetapi dek kerana office pun tutup, selamat 4,000 won kami.
Kami bergerak berpandukan map ini.
Takde idea di mana laluan untuk Goseokjeong. Mujurlah ada sebuah kedai yang masih beroperasi dan kami meminta bantuan dari ahjussi untuk arah menuju pavillion. Tawakal ajelah dan lega kerana nasib menyebelah kami. Gate untuk turun ke pavillion tidak berkunci.
Macam tak percaya, kami sudah pun berada di Goseokjeong. Alhamdulillah
Anak tangga lagi. Waktu ini kabus sangat tebal, winter jacket saya lencun begitu juga dengan tudung. Dah tak kisah itu semua, kami terus hanyut dalam dunia masing-masing. Paling menarik hanya kami bertiga di sini sebelum 2 orang local turut serta bersama-sama kami di sini. Yeayyy, tempat ini kami yang punya!!!
"Goseokjeong Pavilion is the most scenic spots among the eight scenic
views of Cheorwon. The crystal clear waters of the Hantangang River wind
around a peculiar shaped rock of about 10 meters tall that stands
dominantly in the middle of the river. The two-story tower-style
pavilion that has an area of about 33 square meters was built halfway up
the Hantangang River and named Goseokjeong during the reign of King
Jinpyeong (reign 579-632 AD) of Silla Kingdom. Today, Goseokjeong refers
to the entire area around the Goseokjeong Pavilion and the valley
surrounding Goseok Rock." [visitkorea]
Ini yang menyambut kami - semuanya black & white huhuhu.
Dan ini juga..Nampak tak kawasan yang berbumbung hijau tu? Kalau kawan-kawan berminat untuk mengelilingi kawasan ini atau berminat dengan water rafting, p ajelah situ untuk boat dan sebagainya.
Layan.
Untuk kisah selanjutnya, cuba baca ini.
Batuan setinggi 10m inilah yang dikatakan pernah menjadi tempat persembunyian 'Robbin Hood'. Katanya ada gua dibalik batuan ini. (untuk lebih detail ceritanya sila tanya pakcik Google).
Di sini juga banyak waterfall yang mengalir terus ke Hantang River. Sampai tak lalulah nak layan yang mana satu - yang pasti semuanya membeku.
Abaikan bayangan yang sedang menonggek itu. Mungkin kerana tiada petugas di sini, kami bebas ke mana aje dan memanjat apa sahaja hehehe.
Puas di sini kami sepakat untuk bergerak ke lokasi seterusnya, Jiktang Falls tetapi sesat entah ke mana. Berjalan tanpa penghujung gara-gara bayang teksi dan bas langsung tak kelihatan huhuhu.
*bersambung..
Subhanallah. Congrats Zilla sampai juga ke tempat yang lack of info ni. Its all about trial & error. And keberanian untuk challenge diri sendiri kan. Pasni entri ni sure akan jadi reference Msian yang nak gi sini. Termasuklah aku. Hihi.
ReplyDeleteTerima kasih BB..Rasanya inilah part yang paling 'gila' sepanjang 10 hari di south korea..mmg rekeman lah untuk explore cheorwon ne...p tempat2 yang aku tak sempat nak p haritu..
DeleteZilla,
ReplyDeleteDalam banyak-banyak benda... 1 je yang Syieda teringin iaitu nak pegang sendiri camana rasa sejuknya air laut/sungai time winter. Tak dapat bayangkan camana la rasanya.
tak sanggup!!!hahaha...
Deletealaaa kesiannya tertinggal tripod tu...
ReplyDelete