Dah lama kami ke sini, 31 Ogos 2012 yang lalu. Kami gerak menuju ke Semenyih sebelum subuh lagi, singgah sebentar di stesen minyak di pekan Semenyih untuk solat subuh sebelum perjalanan diteruskan ke Broga. Tiada bayaran masuk yang dikenakan.
Walaupun, berketinggian cuma 400m di paras laut tetapi jangan pandang rendah dengan apa yang bakal menanti. Trek oklah, cuma kalau nak ke sini better keluar awal pagi sebab ini antara lokasi yang menjadi tumpuan warga kota untuk beriadah. Jadinya, suasana agak sesak dan padat konon nak pahat nama atas batu pun tak kesampaian :D
Kononnya nak layan sunrise, alih-alih mendung so ini ajelah yang dapat.
Bayang KLCC pun tak kelihatn kerana keadaan kurang baik.
Awan yang sangat cantik. Saya suka!!
Punyalah ramai yang pengunjung. Rimas aku rimas!!
No comments:
Post a Comment