Pages

Friday, May 23, 2014

Transjava 2014 (Part VII) : Ranu Regulo - ada kedamaian di situ


Kami tiba di Ranu Pane dalam 12.++pm jugalah. Hah, berdebar-debar juga ne. Dalam hati memang doa banyak-banyak adalah rezeki kami untuk mendaki sampai ke atas. Siap pujuk Pak Eddy lagi minta usahakan agar kami berjaya mencilok dalam mana-mana group tapi....

***

Waktu di Jakarta saya memang ada call pihak taman nasional berhubung status terkini Semeru dan jawapan yang sama juga diberikan kepada saya, "nggak tau kapan dibuka..". Malam terakhir saya di Bandung, saya terlihat status Agus Bolang di FB mengenai status Semeru "hanya dibuka kepada pendaki mulai 5 Mei 2014..." berserta surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak taman nasional. Stress melihatkan date tu sebabnya 5 Mei tu kami dah berangkat balik pun!! Dan yang paling buat saya geram, ada 24 jam sahaja lagi untuk kami tiba di Ranu Pane. Kenapa, last minute begini infonya?? Haih!! FB taman nasional juga diserbu oleh pendaki berhubung status terkini Semeru tetapi sampai ke sudah langsung takde maklumbalas dari. Tak bermaksud mempersoalkan kredibiliti mereka ini tetapi tulisan ini terhasil dari rasa kecewa yang amat sangat. Tak perlulah nak main tarik tali, penat ok!! Haishhh!!! Kenapa kami nekad nak teruskan perjalanan ini? Alasannya kami mendapat info walaupun udah dipublish date trek dibuka kepada umum, katanya kemungkinan besar untuk date 1hb itu kami masih bisa memasuki trek. Tapi itulah, mungkin dah bukan rezeki kami. Apa yang pasti bukan group kami aje yang ter'dampar' di Pane tu, ramai pendaki yang terpaksa berpatah balik. Emmm...

Ok, serius sakit hati!!!

Frust sangat-sangat sebab usaha kami habis begitu sahaja. Perjalanan harus diteruskan sebab dah banyak yang kami korbankan untuk trip ini. Walaubagaimana pun, kami memang dah ada backup plan andai kata tak berjaya ke Semeru. Pilihan kami adalah, Ranu Regulo dan option yang sama juga diberikan oleh Pak Eddy samada camping di Ranu Pane atau Ranu Regulo atau kembali ke Bromo. Berlama-lama di Bromo?? Nggak mau dan kami kembali dengan backup plan kami.
 
Ranu Pane.

Ranu Regulo - 15minit aje menapak dari Ranu Pane Resort. Dengan bebanan beg dan rasa sakit hati, 15 minit tu terasa macam 15jam; jauhnya. Rasa macam nak campak semua barang ke tanah dan tinggalkan terus di situ.  Ok, sakit hati memang tak habis lagi sampai ke hari ini huhuhu.

Akhirnya...
Suhu minimum -4 ok..pengsan, kami tak prepare untuk itu..

Cantik, sunyi dan amannya di sini. Sejuk hati tengok keindahan yang terpampang depan mata. Mungkin  inilah hikmahnya, tak bisa ke Kumbolo kami dihadiahkan dengan keindahan Ranu Regulo (positif ajelah huhuhu). Waktu kami tiba di sini ada satu team lain sudah pun tiba. Oklah, takde kami berlima aje di sini.
 
Fida dan Pijah, giler berat khemah tu...

Tapak dikenalpasti (mengadap danau), letak beg dan terus pasang khemah. Nak siapkan cepat-cepat, boleh rehat dan masak.. Satu yang kawan-kawan perlu tahu, di sini walaupun hutan tetapi punyalah susah nak dapatkan kayu api. Kayunya pula jenis kosong di dalam jadinya, sat aje habis. Dengan hanya 2 tong gas, memang tak cukup sebabnya satu tong hanya mampu bertahan sekitar 2-3jam sahaja. Untuk itu, kami hanya menggunakan gas untuk memanaskan lauk (sardin dan kari ayam berahim). Untuk nasi dan air, mujur Pijah ada bawa 2 kotak parafin. Itu yang banyak membantu kami. Group sebelah siap angkut minyak tanah, patutlah unggun api mereka menjulang naik; tak aci sungguh!!!
Chef kami petang tu, Yana sedang tanak nasi..
Lauknya pula sardin dan kari ayam berahim.

Perut dah kenyang, takdenya nak tidur. Kami santai ajelah petang tu. Lagi pun hari pun dah lewat sangat (jam 6.++pm, dah gelap semuanya). Sambil menunggu Maghrib, kami jalan-jalan sekitar danau (yang pasti nggak ada sunset di sini). waktu ini juga, kawasan camping makin dibanjiri pendaki yang senasib dengan kami. Meriah.

Layan.
Yang kelihatan, itulah khemah kami.

Untuk malamnya pula, tak masak pun. Kami cuma siapkan unggun api dan bakar sosej. Weiii, best giler!!hehehe.
 
[Pic by Fida]

Perut dah kenyang, suasana dah semakin gelap dan bintang-bintang mulai muncul. Satu, dua, tiga; haih tak larah dah nak kira. Langit pula dipenuhi bintang. Cuma sesekali aje 'awan jahat' muncul. Best..lama jugalah kami berjemur memburu bintang. Bila suhu semakin drop, suasana bertambah sepi memang tak lalulah nak  berlama diluar. Dalam jam 9.++pm, kami masuk khemah dan tidur.
Kawasan sekitar penuh malam tu gara-gara penutupan trek Semeru. Meriah.
Puas!!

5 orang dalam satu khemah dan beg yang memenuhi ruang; memang padat. Ruang memang ngam-ngam, nak berpusing pun tak lepas hahaha. Lepas ne kalau nak camping di mana-mana memang kena ambil dua khemah lah, tak boleh nak sumbat semuanya dalam satu khemah. Berbungkus dalam sleeping bag, siap ber long john masih tak mampu nak menahan kesejukan. Tidur pun tak berapa nak lena dan tanda-tanda awal untuk demam mulai muncul; tekak makin sakit, hidung dah mulai tersumbat. Habislah...

Info tambahan :
a) Sila bawa air bersih jika ingin camping di sini. Air danau tak boleh diminum sebab ianya tidak mengalir.
b) Jangan risau bab toilet, di sini ada disediakan toilet dengan air.
c) Sila, sila, sila bawa keluar sampah sarap kalian, jangan sesekali tinggalkan di sini.

*bersambung

20 comments:

  1. Ya Allah banyaknye bintang malam tu. Nampak sangat still bersih kawasan Ranu ni kan. No wonder kena repeat Zilla...now I know the reason. Mudah2an lepas ni pendakian tu jadi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. regulo tak sefames pane dan kumbolo, BB..mungkin sebab tu kawasan sini masih terpelihara keindahannya...Amin, mudah2an tercapai impian kami tu...

      Delete
  2. Tahniah le bab berkhemah... Mengimbau zaman remaja saya..

    ReplyDelete
  3. adehhh...tabah tol zilla and the gang ni...kalo saya dah lama pancit...zaman2 muda2 dulu je larat nak berkhemah. cantik eh view dekat danau ni, kalau memalam mesti sunyi...best nak layan perasaan ni... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu, kami ne pun bukan muda belia lagi tau..kalau sebut umur masing2, mesti terkejut nanti :D bukan takat sunyi, sepi terus...bunyi cengkerik pun takde :D tersgt sesuai utk nak layang perasaang, sebab takde sapa pun kacau :D

      Delete
  4. dah lama tak buat aktiviti macam nie...banyaknya bintang!

    ReplyDelete
  5. Pergghhh memang terbaik la korang ni..moga berterusan la buat aktiviti macam ni huhuuu :D

    ReplyDelete
  6. adventure is worthwhile..
    langit malam yang gemilang !

    agaknya zilla ni dah biasa camping ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari sek lagi dah aktif dgn benda2 macam ne, nana...masa u dulu pun, time minggu naik/panjat gunung sampai kantoi exam *oppsss :D

      Delete
  7. Clear sky, cantik sgt !

    Kagum dgn korang, semoga berrezeki mendaki Semeru nanti.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah...cantiknya ciptaan Tuhan..pandai Zilla snap..saya teringin camping..tapi..mampukah?? :(

    ReplyDelete