Pages

Monday, October 13, 2014

Journey to heaven 2014 (Day 6 - Part II) : Fiordland National Park, South Island

Entry sebelumnya ->Journey to heaven 2014 (Day 6 - Part I) : Milford Sound, Fiordland, South Island

Dari Milford Sound kami kembali meneruskan perjalanan menuju Wanaka. Sebelum itu, kami sempat explore beberapa lokasi menarik sepanjang Fiordland National Park.

The Chasm
Kalau dari Mildford Sound menuju Te Anau, kita akan jumpa The Chasm terlebih dahulu. Dari parking lot ke waterfall, kami perlu berjalan dalam 15-20 minit melalui mossy forest. Trek memang cantik tersedia dan boleh dilalui oleh mereka-mereka yang berkerusi roda. Cuma satu je tak lalu kat sini, ramai sangat orang. Bersesak atas jambatan isshh..
Bila dongak ke atas, ini view yang kelihatan dibalik-balik pohon yang merimbun *nanges, cantik sangat!
Clear dari gangguan pepohon.

"The Chasm is a cascading waterfall feature located where the Cleddau river passes from hard rock through softer bedrock, near the Milford Sound road.The form of the Cleddau changes dramatically as it passes from hard to soft rock. Cutting through the softer bedrock, the river has created a series of spectacular waterfalls.." [Geocaching]
Sebahagian dari The Chasm dari atas jambatan (gaung dibawahnya). Struktur batuan di sini sangat unik, dan menarik. Sayangnya tak dapat nak berlama kerana kami kesuntukan masa.

Hollyford Valley Lookout
Sebahagian daripada Routeburn Track dengan puncak tertinggin, Ocean Peak (1880m).

Lake Gunn
Lake Gunn, merupakan salah satu camping area yang ada di Fiordland. Kami singgah di sini bukan untuk camping tau tapi sebenarnya nak cari toilet. Toilet memang ada tapi keadaannya, mau muntah hijau melihatkan keadaannya. Baiklah korang lepaskan hajat dibalik semak aje hehee.
Jalan masuk menuju Lake Gunn.
Lumut..

Suasana Lake Gunn memang cantik cuma yang tak cantiknya, angin kat sini memang kencang habis, grrrrrr sejuk giler! Mujur aje badan tak melayang kat sini hehehe. Tudung jangan cakaplah, tak koser dah nak ambik kisah. Lantaklah nak senget benget ke apa. Bukan ada orang tengok pun, kami-kami aje yang ada di sini.
Lake Gunn, memang best kalau nak camping di sini.

Mirror Lake
 
Haritu p, tak singgah pun di sini sebab lake kering. Kali ini memang wajib singgahlah. Sayangnya waktu kami tiba di sini, angin bertiup agak kencang. Takdelah nak bermirror..mirror di sini. Apa pun view kat sini memang cantik sekali. Air memang jernih giler, boleh nampak lumut-lumut yang ada dalam tasik. Itik-itik pun banyak kat sini, syoklah lihat gelagat mereka timbul-tenggelam di dasar tasik.
 
Permukaan air yang berkocak gara-gara angin yang bertiup kencang tengahari tu.
 
Mirror Lake dengan berlatar belakang Earl Moutains.

Untuk info lanjut mengenai Fiordland (trek dan sebagainya), boleh singgah di sini -> Realjourneys

Melepasi Mirror Lake, makanya kami dah kena ucap selamat tinggal pada Fiordland.
Fiordland kami tinggalkan..

Kami singgah di pekan Te Anau terlebih dahulu untuk solat dan pekena Fish & Chips. Dari Te Anau ke Wanaka berjarak 225km dengan perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 3.5j - 4j. Di Wanaka, kami menginap di Wanaka Bakpaka, salah satu hostel fav kami di South Island kerana hostelnya yang best, lokasi dan viewnya.  

Satu yang tak boleh untuk trip ini, waktu di Wanaka Bakpaka saya on handphone dan saya dapat msg dari adik-adik, pak long saya meninggal di tanahair. Tak boleh nak buat apa-apa. Misal kata saya dapat reschedule flight saya sekali pun saya tetap tak dapat nak lihat arwah kerana beliau telah selamat dikebumikan. Hanya Al-Fatihah yang mampu saya sedekah..

*bersambung

11 comments:

  1. subhanaAllah..cantiknyaa...bila la nak jejak ke sana..huhu

    ReplyDelete
  2. Zilla..cmner lah agaknya tetiba kereta ada masalah..cmner nak mintak tolong..nampak gunung-ganang jer. Kalau me and my sis berdua jer ke sana..bahaya tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, ok je Zila...rasanya ada je petugas yang lalu-lalang disitu utk pantau keadaan semasa...misal kata kalau takde pun, maybe boleh tahan kereta2 yang lalu lalang di sini utk bantuan hehehe...rasanya yang patut dirisaukan adalah keadaan jalan di sini...agak merbahaya kalau tak mahir memandu...

      Delete
  3. Nangis....Gorgeous sgt...Waaaa...nak pegi NZ jugakkkk

    ReplyDelete
  4. bila byk baca trip org pegi nz ni, mcm2 nk include skali dlm itinerary nih. taktau la bila terlaksananya. T__T. views mmg awesome sgt!

    ReplyDelete