Pages

Friday, January 16, 2015

Thailand 2014 : Day 3 (Part I) ~ Talay Buadaeng, Kumphawapi

22.12.2014 : Udon Thani - Loei

Thailand 2014 : Day 2 (Part III) ~ Phimai - Korat - Udon Thani

Tidur sekadar 2 jam sahaja, dah kena bangun untuk bersiap. Ketat giler mata, syoknya kalau dapat sambung tidur! huhu

Pagi ini kami akan ke Kumphawapi, kira-kira 50km dari Udon Thani. Tujuannya cuma satu untuk melihat Talay Buadaeng atau red lotus sea. Kami bergerak keluar menuju ke stesen songthaew sebaik sahaja selesai solat Subuh; malam sebelumnya pekerja hotel dah bawa dan tunjukkan kepada En.AB di mana lokasi songthaew yang akan membawa kami ke Kumphawapi. Lokasi stesen ini terletak berdekatan dengan Prince Pajak Monument. Kalau dari hotel kami menginap, letaknya di lorong yang berikutnya; kiranya takdelah jauh kami perlu menapak.

Di sini, komunikasi lagi teruk berbanding di Korat. Maklumlah, driver songthaew yang ada memang dah pangkat atuk-atuk. Cakap macam mana pun, langsung takde respon. Buka mulut pun tidak. Sedih ok! Kebetulan, ada sorang mamat Thai (gayanya seperti pelajar kolej) sedang menunggu songthaew. Dialah yang menjadi orang tengah antara kami dengan atuk songthaew. Walaupun Inggeris nya memang basic habis tapi sekurang-kurangnya kami faham apa yang dia cuba sampaikan dan pada masa yang sama dia faham apa yang kami maksudkan walaupun kadangkala dia terpaksa buka google translate untuk berkomunikasi dengan kami.

Songthaew pertama yang akan bergerak ke Ban Diem Village (di mana letaknya red lotus lake) hanya pada jam 7.00am. Selagi tak penuh, selagi itulah mereka akan terus menunggu. Tambang, saya ingat-ingat lupa (lupa pula nak catat) tapi kalau tak silap saya tak sampai pun 200baht. Bagi kami jam 7.00am tu dah terlalu lewat. Jadinya kami usaha untuk sewa songthaew untuk satu hari suntuk. Puaslah deal, sedih betul dengan atuk songthaew ini. Bila kami offer harga 1,500baht untuk full day pusing Udon, barulah atuk bagi respon, tersengih lebar (kan manis laghu tu huhuu). Dalam dah setuju tu, dia nak gerak jam 7.00am juga tapi kami minta dia gerak waktu itu juga (sekitar jam 6.00am).

Public transport
Selain songthaew, ada option lain untuk ke tasik ini :

a) bus
From Udon Thani Bus Terminal no. 1, you can take the bus to Wangsammo and get off at Kumphawapi. The trip takes about 1 hour for a price of thirty baht and departure every hour.

b) train
The nearest railway station is the thiny local station of Huay Sam Phat, about 30km before Udon Thani. 

Kami singgah di hotel terlebih dahulu untuk ambil kawan-kawan yang lain dan beg. Perjalanan menuju Ban Diem dijangka mengambil masa sekitar 1jam hingga 1.5jam perjalanan. Sempatlah layan sunrise dari dalam songthaew.
Kumphawapi, kami datang!!
Ini ajelah yang sempat saya ambil..

50km terasa seperti 500km; terasa jauhnya. Pemandangan di kiri kanan, terasa macam berada di Kedah hehehe. Best sangat! Cuma suhu agak sedikit dingin, siap sedia ajelah dengan sweater masing-masing.
Landasan keretapi.

Setelah melalui perjalanan yang agak panjang, kami akhirnya tiba di Ban Diem Village. Bayang tasik memang tak kelihatan di sini, kena menapak sedikit dari kawasan parking songthaew. Kami terus bergerak menuju ke jeti, sini dah start teruja (walaupun bayang teratai masih belum kelihatan).
Pemandangan tasik, matahari dah nak naik saat ini.

Untuk melihat teratai, kita wajib ambil  bot sebabnya teratai ini berada betul-betul di tengah tasik dan kawasannya tersangatlah luas. Untuk bot, langsung aje ke jeti di situ ada kaunter tiket. Harga untuk bot adalah 500baht dan boleh memuatkan hingga 10 orang. Nak jimat, share aje kos tersebut dengan pengunjung yang lain. Waktu kami sibuk-sibukkan diri di kaunter tiba-tiba ada local yang tegur kami dan pelawa kami untuk berkongsi kos bot. Untuk kami berlima, mereka cuma ambil 250baht sahaja.
Tak tahulah kenapa tiket ne berbeza-beza warnanya. Tak sempat pun nak tanya.

Peringatan : sila ke toilet terlebih dahulu sebelum berhajat untuk ke tengah tasik huhuhu.
Salah satu bot yang akan membawa pengunjung ke tengah tasik.

Jom ke tengah tasik. Untuk tour ini, ianya mengambil masa sekitar sejam. Silap besar, saya terlupa untuk ke toilet terlebih dahulu; bermimpi di tengah tasik ada public toilet huhuhu. Baru suku perjalanan, saya rasa macam perlu ke toilet. Silap sendiri huhuu. Start dari situ saya dah tak boleh nak fokus dengan keadaan sekeliling. Rasa itu lebih mengatasi segalanya waaaaaaaaaaaaaaaaa!
Good morning, Kumphawapi!

Kalau boleh repeat, memang saya akan repeat!

Bila bot mula menghampiri teratai, masing-masing dah mula teruja. Hati-hati jangan sampai bot terbalik pula ya hehehe. Bot akan berhenti di beberapa lokasi, so ambil lah gambar sampai lebam. Mereka tidak akan bergerak ke lokasi lain selagi kita tak puas.
Inilah suasananya bila matahari tak berapa nak naik lagi. 
Subhanallah - apa nak dikata lagi? Indahnya tak dapat dirakam melalui lensa kamera.

Sampai satu tahap, saya merayu pada uncle bot untuk bawa juga saya ke toilet; tak kiralah apa akan jadi tetap nak toilet juga. Kesian juga pada kawan-kawan yang lain tapi saat itu saya lebih kasihankan diri saya sendiri. Mujurlah uncle bot memahami keadaan saya saat itu, dia undurkan bot perlahan-lahan dan bawa kami ke daratan yang ada di tengah tasik. Dia jugalah yang membantu saya untuk terjun dari bot dan meminta izin bagi pihak saya untuk menggunakan toilet yang ada.
Kami singgah di sini untuk toilet. Nampak uzur sangat, kan? Tapi sebenarnya bersih walaupun ada sedikit bauan kurang menyenangkan terbit dari suasana keliling.

Lega. Kami kembali semula ke tengah tasik untuk lokasi yang seterusnya. Seriuslah cantik sangat, saya tak tahu nak ambil gambar macam mana. Hampir sejam berada di tasik kami mula bergerak perlahan-lahan kembali ke jeti.
Ini pula di lokasi yang berlainan.
 Close up sikit..
 Laluan tersedia untuk bot. 
Tak tahulah yang berwarna kuning tu bunga apa.

Kami selamat tiba di jeti tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun, saya ada terlihat sebuah sampan yang dinaiki oleh satu pasangan ini terbalik, mujur semuanya ok walaupun terlihat mereka dok ketar menahan kesejukan.
Jom balik!

Destinasi seterusnya adalah, taman dinasor.

Tips
* Untuk melihat teratai, pastikan kawan-kawan gerak seawal mungkin ke Kumphawapi. Waktu paling best nak melihat teratai ini adalah dari jam 6.00am  hingga 12.00pm.
* Musim teratai adalah dari bulan Disember hingga Mac setiap tahun.

* bersambung

23 comments:

  1. cantiknya terataiiii. and ada musim jugak ek. baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Ajlaa, teratai di sini bermusim...ada lake lain juga yang ditumbuhi teratai tapi tak seglemer di kumphawapi ini...

      Delete
  2. kalau pundi kencing dah penuh ape pun takleh fokus kan
    nasib baik ada tempat bole tumpang membuang hihi

    sangat cantik! utk bot tu lalu ada laluan dia tak zilla? ke main aci redah jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nasiblah ada juga toiletnya acik smile kalau tak tahulah apa nasibnya h:d

      laluan utk bot mmg mereka dah sediakan...kiranya bot takdelah lanyak habis2an bunga yang ada...

      Delete
  3. cantikkk!!cantikkk!!si peminat teratai dah xtentu arah ni...subhanaAllahh..

    nasibbaik la ade toilet yg berdekatan yea..klu xxx...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann peminat teratai ke? wahhh, kalau laghu tu wajib singgah tempat ne..boleh rasa tahap kemabukannya mcm mana hahaha!

      tulah dianya Ann..kalau tidak -____________(*isi tmpt kosong) hehehe

      Delete
  4. waduh, hamparan teratai berbunga pink. oh Pink lagi. lagi-lagi Pink. Pink Trip lah Mbak Zilla judulnya...hehe

    ReplyDelete
  5. Memang cantik , melaut teratai pink.Tidor pun bilik pink betul gak kata gunadi tu "pink trip". Rasanya
    kat msia pun tak de kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. en.alias, travel dgn pompuan laghu ne lah ya...mmg kena sabar byk2 hehehe..

      Delete
  6. Replies
    1. zila, pasne boleh singgah tgk teratai pula ya :-)

      Delete
  7. Cantik ZIla. Masa kat Bangkok tu hari memang banyak ad pasal udon Thani ni. Tapi kenapa ek Bot boleh terbalik. Aku memang penakut

    ReplyDelete
  8. lama dh saya x berjalan2 di blog2...sibuk mcm2..
    Fuhhh bermacam2 tempat dah zilla pi...
    Nii baru nak start balik ikut blog zilla...nak cover satu2 balik entry yg lepas2..

    PENJEJAK AWAN...ingat lagi kaa kat saya...

    ReplyDelete
  9. Amazing Thailand.
    Sunflower in Lopburi..
    Now teratai lak kat Kumphawapi...

    ReplyDelete
  10. Lawa! Mainly sebab pink tapi kawasan ni memang lawa. Aku xheran kalau ko kata nak repeat.

    ReplyDelete
  11. Subhanallah cantik..kena repeat thailand la camnih

    ReplyDelete