Pages

Sunday, January 25, 2015

Thailand 2014 : Day 3 (Part III) ~ Udon Thani ke Loei

Thailand 2014 : Day 3 (Part II) ~ Phu Foi Lom, Nong Saeng

Bas menuju Loei boleh diambil di Northern Bus Terminal atau dikenali juga sebagai Bus Terminal 2. Masalah komunikasi, kami diturunkan oleh atuk songthaew dari Phu Foi Lom di Central Bus Terminal. Tak boleh nak buat apa, sebab kami try bercakap dengan atuk songthaew untuk bas ke Loei tapi beliau tetap jugalah tak faham. Takpelah, kami ikhtiar cara lain. Memasuki Central Bus Terminal, silalah siapkan ilmu di dada agar tak tumbang dek darah yang mendidih. Ulat bersepah di sini. Dari awal kami diekori sampailah kami ingin bergerak ke Northern Bus Terminal, nyaris nak bertumbuk lah mereka (driver tuk tuk) kerana berebutkan kami. Mana taknya, harga yang derang tawarkan memang tak masuk dek akal. Jadinya, mana yang offer lebih murah itulah yang kami ambil. Memang dah cuak giler time derang dok bercakaran, tapi mujurlah akhirnya salah seorang dari mereka mengalah.

Untuk tuktuk, kami ditawar 100baht untuk sebiji tuk tuk. Giler kentang, tuk tuk yang kecil itu kami sumbat berlima. Mana dengan beg masing-masing yang besar gedabak, belum lagi beg makanan dan sebagainya. Nyarislah tak pancit tayar tuk tuk tu huhuhu.

Kami tak sempat pun tiba di Northern Terminal Bus, sampai di satu simpang kami bertembung dengan bas ke Loei dan driver tuk tuk kejar bas tersebut. Kami diturunkan dipinggir jalan aje huhuhu. Bas ke Loei, bas biasa dan bukannya bas ekpress. Jadinya bertabahlah ye, selagi ada orang tahan untuk naik atau mau turun setiap kali itulah  bas akan berhenti. Perjalanan dari Udon Thani ke Loei ini mengambil masa sekitar 2jam. Kami sempat layan sunset yang giler cun dalam bas tu.

Destinasi kami di Loei adalah Stay Guesthouse. Di situlah kami akan lepak semalaman. Kami dibantu sepenuhnya oleh konduktor bas untuk menghubungi pemilik guesthouse dan beliau jugalah yang membuat jaminan pemilik guesthouse akan menjemput kami di terminal bas Loei. Syukur, dipertemukan oleh mereka-mereka yang ramah dan sangat membantu.

Kami tiba di Loei lewat petang. Ketibaan kami di Loei disambut oleh ulat-ulat tapi dalam versi yang lebih sopan dan sangat peramah. En.AB lah yang melayan mereka ini; style borak macam jumpa kawan lama, terbaiklah Encik! Sementara menunggu pemilik guesthouse tiba, saya dan Nani jalan-jalan di luar terminal, kot-kotlah ada makanan halal atau sekurangnya kedai runcit untuk cari stok makanan basah.
Loei Bas Terminal. Kaunter dengan tulisan 'cacing' tu adalah kaunter untuk bas menuju ke Khon Khaen/Phu Kradueng

Tiba-tiba "Assalamualaikum..."

Korang tak rasa teruja ke tiba-tiba di lokasi yang entah di mana ada orang yang memberi salam. Kami berpaling ke arah suara dan pakcik berkopiah sedang tersenyum memandang kami. Paling menarik dia boleh bertutur dalam bahasa Melayu walaupun tidak berapa lancar.

Happy!! Borak punya borak, rupanya di Loei ada komuniti muslim tapi tak ramai. Dalam 3-4 buah keluarga sahaja. Masjid memang tiada di sini. Menurut pakcik, beliau pernah ke Malaysia untuk ikut jemaah tabligh d sini. Mungkin beliau gembira bertemu dengan kami, beliau offer untuk bawa kami untuk cari stok makanan halal secara percuma dengan tuk tuknya. Haih, terharu! Saya dan Nani dibawa pakcik ke 7E dan Tesco Lotus Express yang terletak berdekatan dengan pasar basah Loei. Sekali lagi, kami happy. Ayam ada logo halal. Kami borong macam-macam petang tu termasuklah beras (cuma 20baht/1kg), bawang, sayur campur dan beberapa barangan lain. Sebagai tambahan, di hadapan 7E ada mamak yang menjual roti canai dengan logo muslim.
Halal, Alhamdulillah! 

Selesai dengan barang makanan, kami kembali semula ke terminal bas untuk berjumpa yang lain. Terima kasih pakcik, moga pakcik akan sentiasa dirahmati-Nya.

Kami diambil oleh pemilik guesthouse, John terus ke guesthousenya secara percuma. John, berasal dari England dan telah menetap di Loei dalam 6 tahun (kalau tak silap). Kami berbual panjang dengan John dan isteri untuk lokasi menarik sekitar Loei yang tiada info mengenainya di internet. John juga banyak membantu kami untuk mendapatkan info bas terawal ke Phu Kradueng dan sebagainya.  Selesai urusan check in, kami ambil keputusan untuk terus masak maklumlah dan seharian perut diisi dengan jajan. Guesthouse ini sebenarnya tidak menyediakan dapur. John faham kami muslim dan tahu mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Oleh kerana itu, beliau menawarkan dapurnya kepada kami untuk kami menyediakan makan malam. Pantang di offer, kami manfaatkan sepenuhnya hehehe. Menu hebat kami malam tu (hehehe!), nikmat! Sambil-sambil itu, kami sempat rebus nasi impit sebagai bekalan untuk mendaki di Phu Kradueng.

Untuk penginapan ini, saya akan buat review berasingan.
Makan besar - ayam masak asam pedas, ayam goreng dan tom yam sayur. Sesuai sangatlah dengan suhu sejuk beku di Loei huhuhu.

*bersambung

14 comments:

  1. Tgh2 lapor ni tengok nasi berlauk tu makinlapor pulak zilla. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nostalgia habislah nani kalau diingat balik...asam pedas di Loei...terangkat ok walaupun tak berapa nak cukup syarat..makan pula sejuk2, fuhh 3 pinggan JM tambah hahaha

      Delete
  2. macam mahal gak ek naik tuktuk rupanya. haih bilalah nak pmelanconf negara lain mcm org lain gak ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang RM10, agak mahal kalau travel solo...kalau travel reramai, tak lah terasa sgt kosnya tu Afiqah :D..

      ehemmm!!ewah..dah satu dunia round masih merendah diri nampak? hehehe..saya masuklah blog awak...fuhhh!! :D

      Delete
  3. Ha haha mcm kwan lama ko kata! ko tak tau ke punya la susah nk cite ngan dia ,cuma dpt tau "tok tok " tu harga
    6000 bth ,made china , one day dpt dlm 300 bth. Kenangan manis tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!siap berphotoshoot atas tuk tuk lagi...tmpt lain berani buat mcm tu en.alias? :D tapi saya salutelah cara encik layan derang, sekali tgk macam reporter...maksud saya soalan2nya macam tengah cari bahan utk assignment je...apa pun terbaiklah, saya tumpang dengar dapat jugalah tambah pengetahuan hehehe...

      Delete
  4. arghhh tgk makanan gmbr last tu kecur air liur. simple meal is always the best! happy tummy.

    ReplyDelete
  5. rezeki di Loei..
    dasatlah menu korang sepanjang trip siam ni..

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, belajar dari pengalaman kononnya hehehe..skurangnya tak perllulah nak hadap menu 'pak berahim', tak lalu dah anne.

      Delete
  6. Pengalaman yang menarik Mbak Zilla. kadang bertemu orang-orang yang kurang baik. kadang bertemu dengan orang-orang yang baik. Untung Mbak Zilla pintar membawa diri. Membayangkan perjalanan Mbak Zilla dan kawan-kawan duh...capek banget kayaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya itu sebahagian dari pengalaman, kan mas gunadi? kami sendiri pun agak terkejut dgn perjalanan trip kami kali ini..wpun ada beberapa part yang agak payah tapi disebaliknya semuanya berjalan lancar..

      capek? hehehe..sebenarnyakan mas, capek inilah yang memberikan kepuasan..ambil supir pun tetap capek kan mas? konsepnya sama ajalah mas tak kiralah kita turun naik public transport atau dgn private transport...yang penting kita enjoy..

      Delete
  7. yeeaah asam pedas di bumi thailand..terbaik!
    ulat2 tu semua kadang-kadang memang menakutkan nak ambik customer tapi gaya mcm nak bersilat je masing2
    last2 kita yang cuak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha acik smile, terbaiklah sangat...kami guna pes segera aje pun..tambah ayam dan air dah siap hehehe..ulat2 tu mmg tak bleh nak buat apalah acik...elak sana, sini datangnya...mengekor je...hati mmg kena kering kot nak berhadapan dgn derang ne...

      Delete