Pages

Friday, February 27, 2015

Bakso Semar 2, Bandung

Suatu ketika dahulu saya bukanlah peminat bakso. Kalau orang dok kata bakso tu sedap mulalah saya buat muka "yeke?". Kalau diingat balik kelaku saya itu rasa macam nak lempang je pipi sendiri. Benarlah orang kata "tak kenal, maka tak cinta". Sekali dah jatuh cinta, terkenang-kenang; rasa macam nak pindah dok Indonesia biar boleh makan bakso 24jam tanpa henti hahaha! 

Bakso pertama yang berjaya saya telan tanpa ragu-ragu diperkenalkan oleh Mr.Wong di Surabaya beberapa tahun yang lepas. Bakso Jagalan namanya. Enaknya tak perlu dipersoalkan lagi. Oleh kerana itu, tiap kali saya turun ke Surabaya Mr.Wong akan bawa saya singgah pekena bakso tersebut dan paling tak boleh lupa beliau sanggup hantar bakso itu khas untuk saya dan kawan-kawan waktu kami berkunjung ke Bromo tahun lepas. Punya hebat penangan bakso ini!

Dek kerana ketaksuban saya terhadap makanan bernama bakso ini, tiap kali singgah di Indonesia saya akan cari dan pekena makanan ini. Fav restoran saya di Terminal 3, Jakarta. Fuhh meleleh ok! Tapi sayangnya waktu kunjungan saya ke Jakarta tempohari restoran itu dah berganti dengan restoran laian. Tak tahulah apa jadi huhuhu.

Mukadimah yang sangat panjang, lupakan. Jom kembali ke cerita asal.

Bakso Semar ini saya kunjungi waktu kunjungan saya ke Bandung Januari lepas. Lokasinya adalah di Jl. Cihampelas. Saya pernah ke restoran ini 6 tahun lepas, namun waktu itu saya tak boleh nak telan baksonya kerana bau dan rasa 'lembunya' yang terlalu kuat. Tak sanggup nak menelannya. Kali ini saya dibawa kembali ke restoran ini. Harapan saya janganlah bau lembu mengatasi semuanya; harus mati selera dibuatnya huhuhu. 
Bakso Semar 2, penuh dengan pengunjung. Jadinya bertabahlah ye nak tunggu meja kosong huhuhu

Memasuki kedai ini, bau 'lembu' menguji diri saya. Alahainya, kuatnya. Kawan-kawan saya juga mengakui perkara yang sama namun kami tak sampai hati nak keluar dari kedai ini kerana ingin menjaga hati 'orang' yang membawa kami ke sini. Duduk dan cuba ajelah. Misal kata tak boleh nak makan, tolak aje mangkuk ke tepi. Satu perkara yang saya kira menarik dan agak terkejut adalah kedai ini memainkan lagu-lagu dari Malaysia. Dari Anita Sarawak dengan tragedi buah epalnya, lalu beralih kepada Spoon dengan "rinduuuuuu...rinduuuuuu..serindu-rindunyaaaaaa.", aduhai teringat pula kisah cinta lama bila mendengar lagu-lagu yang diputarkan di sini hahaha! Tetiba terasa seperti berada di Malaysia dan bukannya di Bandung hihihi.

Melalut sudah. Jom tengok menu.
Pening kepala nak pilih mana satu; akhirnya saya memilih Mie Bakso dengan teh botol.

Menunggu hampir 20minit dan bakso kami tiba. Yummmyyyy! Memang tak sabar nak belasah. Tapi sebelum tu, jangan lupa sos-sosnya, kalau tak tau mana yang sesuai campur ajelah semua sos yang ada, confirm sedap. Lagi satu, lagi pedas lagi syok layan bakso ne.
Antara sos dan kicap yang disediakan. Err tak  taulah nak kata mana yang ok, saya campur je kesemuanya
Mie bakso dengan 1 bakso urat dan 4 bakso halus.

Sedap atau tidak?

Jujur, tak boleh lawan Bakso Jagalan di Surabaya dari segi saiz dan kesedapan bakso itu sendiri. Namun itu tak bermakna bakso di sini tak sedap, sedap dalam kelasnya yang tersendiri. Saya suka dengan bakso uratnya, sayang cuma seketul aje. Nak minta tambah bakso urat seganlah pula. Baksonya sendiri walaupun ada bau lembu tapi takdelah sampai tahap melekat rasa lembu itu di lelangit kita. Kiranya, memang kenalah dengan selera saya kali ini. Harga, memang berpatutanlah. 10 orang makan, tak sampai pun RM40. Kira oklah tu kan?
Dah kenyang, usha keleliling. Pelanggan tak pernah surut.

Buat kawan-kawan yang mungkin akan berkunjung ke Bandung dan teringin nak merasai keenakan bakso bolehlah singgah di Bakso Semar 2 ini. Serius, takkan rasa menyesal punya. Cuma sediakan aje tisu untuk lap air mata melayan lagu-lagu cintan karat di sini hehehe.

Selamat menikmati! 

23 comments:

  1. nanti try bakso Anjar Family di Medan ye...TST pula jangan lupa...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Irdhi..itu pun kalau saya sempat :D

      rest tu tutup jam berapa? manatau bila singgah malam hari di situ..

      Delete
  2. Assalam Zila..lama x mkn bakso ni, dulu masa duk kt kg kayu ara slalu gak beli kt pasar malam dia..
    skrang tkde keinginan nak makan dan tkde usaha nk mencari...tpi skrang terliur sudah....kena cari gak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak..

      kalau di sini mana boleh cari bakso yang sedap ya kak? kg kayu ara tu pula jauh sgt dari tempat saya..dgn traffic nya lagi, memang tak sanggup kot nak p...

      Delete
  3. achik smile suka makanan yang berkuah mcm nie..tapi sama dengan zilla kalau bakso tu ada bau "lembu" memang tak lepas nak telan
    even kalau buat sambal ke ape pun kalau masih ada bau tu mmg tak akan makan..rela lagi makan nasi dengan kuah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gayanya selera kita hampir sama ne acik smile..saya apa jua makanan tak kiralah mak saya masak atau kedai kalau ada bau "lembu" memang saya tak makan..bukan cerewet tapi memang tak blh nak masuk dgn rasa "lembu" tu acik..tak tahulah kenapa, rasa macam telan lembu hidup2 je hehehe..

      Delete
  4. peminat bakso rupanya ....
    aku suka gak tapi takde la sampai kegilaan..tak prasan lak pasal ada bau bauan lembu yang kuat kat bakso...ternyata aku jenis main blasah je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. "hantu" bakso, nana :D..aku mmg sensitif sikit bab2 bau/rasa yang menyengat ne hehehe..

      Delete
  5. Saya pernah cuba bakso tapi macam tak kena dengan selera. Rasanya yang jual tu tak pandai buat bakso hehe.
    Lain kali boleh cuba lagi. Doanya janganlah dapat bau lembu. Mau meloya seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha meloya seminggu tu yang tak tahan..

      kadangkala bukan baksonya aje yang memain peranan..kalau supnya tak sedap pun tak syok nak makan..penah beli kat area rumah ne, errr tengok supnya berlinang minyak, terus tak sanggup nak makan..

      Delete
  6. Replies
    1. saya sebentar aje di pulau jawa, mas.teman2 saya di jakarta dan bandung juga tak sempat ketemu..

      Delete
  7. Saya suka bakso. Kawan-kawan Indonesia saya yang buat (homemade). Sekarang selalu makan bakso yang dijual di gerai depan rumah saya di Penang. Sedap!

    Baru-baru ini makan bakso di Bogor...tapi baksonya...mengecewakan....nak tahu apa sebabnya? Jemputlah baca entri terbaru saya tentang Bogor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kak, next time kalau saya ke Penang mau saya cari rumah akak..boleh pekena bakso...saya ada baca pengalaman akak di bogor tu..baksodnya diganti dgn tauhu..emm, akak ada baca pasal kisah bakso di pulau jawa? mengenai daging yang digunakan? seram saya kak..

      Delete
    2. Prof Nara, kalau ke Bogor nanti saya ajak makan bakso yang enak, bersih dan murah ya.. jangan makan baso di Cafe yang mahal-mahal tapi ngak enak..hehe.

      Delete
  8. Kalau saya ke Bandung, saya pilih bakso Akung. Bakso Akung itu ada baso dan kaki ayamnya, Ceker kalau orang sunda bilang. Mbak Zilla suka Ceker ? xix

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak makan ceker, mas gunadi hehehe...bakso akung tu memang femes kan? tak punya waktu untuk ke sana tempohari. cuma sempat singgah di bakso semar sahaja...

      Delete
  9. Lama xmkn bakso..sedapnya...pak supir aku pnh bawak mkN Bakso Idolaku kt yogja..sedappp gk...hehehe kat mesia ni xjupe pg yg btol2 sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat jogja tak penah pula try lagi baksonya, DJ hehehe..next time kot , blh lah cari...mesia? mmg tak pnh jumpa pun yg ok...

      Delete
  10. Replies
    1. Pulau Rawa ke Pulau Jawa, En. Khai? hehehe..kalau entry Pulau Jawa tu saya dah lock kemas2 dalam draft...biar jadi pekasam di situ ;-)

      Delete
  11. ahahaha...ayat ni paling kelakar..."rasa macam nak pindah dok Indonesia biar boleh makan bakso 24jam tanpa henti"..mmg SUKA sgt dh tu

    teringat kisah cinta lama ye Zilla...lawak lah ehehhe

    bakso tu seperti maggie or mee kuning tu kan..pernah mkn sekali di airport Bandung tapi x sedap...dh le mahal

    ReplyDelete