Pages

Sunday, February 22, 2015

Thailand 2014 : Penginapan ~ Review

Sebelum saya tutup kisah perjalanan kami ke Thailand dengan jumlah perbelajaan, saya nak kongsikan dulu penginapan kami di Udon Thani, Loei dan Phetchaburi. Untuk Korat, sila godek balik entry lama. Maklumlah mood terlebih rajin tetiba datang, tu yang semuanya sumbat dalam satu entry sahaja. Senang, cepat dan pantas huuhu.

a) Thailand Hotel, Udon Thani
Takde plan pun nak menginap semalaman di Udon Thani. Driver tuk tuk yang bawa kami ke hotel ini berdasarkan kepada permintaan kami yang mencari hotel murah dan bersih. Oleh kerana itu, saya memang takde alamat atau contact no untuk hotel ini. 

Harga bilik adalah 320baht/night untuk 4 orang, 270baht/night (standard room). Kami dibenarkan untuk melihat bilik-bilik yang ada di sini sebelum memilih bilik mana yang diingini. Dengan harga yang semurah itu, jangan pula nak harapkan wifi free di sini. Memang takdelah. Bilik memang basic habis namun berada dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Toilet? Emm, sama besar kot dengan saiz bilik kami; luas sangat-sangat. Almari, tv dan meja solek juga disediakan untuk setiap bilik. Untuk harga 320baht, saya sangat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan di hotel ini.
Bilik kami.
TV dengan pelbagai pilihan channel tapi sayangnya semua dalam bahasa mereka huhuhu.


b) The Stay Guesthouse, Loei
Terletak kra-kira 5km dari pekan Loei. Guesthouse ini dimiliki oleh John dan wifenya. Harga untuk standard room adalah 350baht/night. 

Guesthouse ini memang saya rekeman pada kawan-kawan yang ingin berkunjung ke Loei. Wifi free berdesupppp laju, fridge, biliknya sendiri yang bersih teratur, aircond dan setiap bilik mempunyai balcony. Laundry juga ada di sini dengan harga 30baht untuk sekali cucian. 

 The Stay Guesthouse
Tilam yang empuk dan selimut yang tebal, sesuailah dengan suhu di Loei yang sejuk beku.
 Antara kemudahan yang ada.

c) Sabaidee Resort, Phetchaburi
Lokasi memang terbaik sebabnya boleh jalan kaki je ke minivan terminal dan stesen keretapi. Ada 2 jenis penginapan di sini iaitu cottage bamboo dengan harga 250baht dan standard room dengan harga 350baht. Saya tak boleh nak komen tentang standard room (kena tunggu PM up entry mengenainya) sebab saya memilih untuk menginap di cottage bamboo. Apa yang menarik tentang cottage bamboo, emm mungkin saya tertarik dengan idea menggunakan buluh namun dari segi keselamatan (terutamanya untuk perempuan), agak kurang kot. Sebabnya, sekali rentap pun pintunya boleh tercabut manakala tingkapnya memang takde penyendal. Cuma ada wayar yang perlu disangkup di paku. Biliknya sendiri penuh sawang dan berhabuk. Kalau kawan-kawan agak cerewet, saya tak sarankan tinggal di cottage bamboo, ambil aje standard room.

Kemudahan yang disediakan memang basic habis. Kipas sebiji, kelambu dan tv yang ada waktu-waktunya baru boleh dihidupkan hehehe. Toilet pula, kena share dengan tetamu yang lain. Dapur boleh digunakan di sini namun perlu minta izin terlebih dahulu.
Sabaidee Resort, Phetchaburi
Keadaan bilik di cottage bamboo
TV yang hanya boleh digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Dapur dan toilet terletak bersebelahan; ada katak dalam toilet tu terus kami tak berani nak guna :D
Dapur, nampak sempit tapi sebenarnya agak luas. Masaklah sepuasnya di sini, takde sapa nak larang 

Sejujurnya, saya puas hati dengan semua penginapan kami sepanjang trip ini. Lagi pun saya tak berapa nak kisah sangat bab bilik; asal boleh rehat, solat dan bersihkan diri dah cukup buat saya. Mungkin lain orang, lain citarasanya. Namun apa yang saya harapkan perkongsian ini boleh membantu kawan-kawan sedikit sebanyak untuk mencari penginapan di Udon Thani, Loei mahupun Phetchaburi.

13 comments:

  1. Cottage bamboo tu... X boleh nak seksi2 laa ek... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ajelah nak seksi meksi..kalau dari luar x nmpk apa pun kecuali saja2 p nganga pintu utk free show hehehe

      Delete
    2. SS : di dalam cottage bamboo ni lah JM beramah mesra ngan Zilla hheheh

      Delete
  2. seronok bace cerita travel zilla ke thailand, best sgt rasenya =)

    ReplyDelete
  3. Bamboo cottage tu klo aku seram weh klo nmpk pape celah lubang tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak pun DJ..derang tanam pokok giler punya merimbun depan setiap cottage yg ada...so jgn risaulah bab2 skodeng atau terskodeng ne hehehe

      Delete
  4. Betul tu zilla sya agreed with u. Cukup bole mandi ,rehat & klau ada dapur tu lgi ok. Objektif nak jalan so hanya rehat bila dah penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasiblah encik jenis tak cerewet..kalau tak saya suruh encik cari sendiri penginapan berbintang2 hahaha

      Delete
  5. saya boleh tidor kat cottage tu janji ada teman hihi

    ReplyDelete