Pages

Wednesday, March 11, 2015

Air Terjun Sg. Chilling, Kuala Kubu Bharu

"idea sapa nak p sini?"

"zilla..."

"ehhh, apa pula aku....bukan akulah..."

Assudah....

Tak tahu sapa nak dipersalahkan. Nak kata idea saya, entah. Sungguh tak ingat. Kalau betul idea nak ke Chilling ne dari saya, memang tak berbedunglah mulut ne. Menyesal pun ada bagi cadangan ne, walhal nak mandi air terjun je pun tapi tak sangka kena trekking masuk hutan huhuhu.

****

Perjalanan dari Puchong ke Kuala Kubu Bharu mengambil masa sekitar 2.5jam jugalah. Sempat singgah di pekan KKB untuk breakfast sebelum menuju ke Sg. Chilling ini. Emm, satu yang saya perasan memang takde signboard ke Sg. Chilling. Ikut aje laluan ke Bukit Fraser, nanti akan tempuh Empangan Sungai Selangor, ke depan lagi dan akan lalu di satu jambatan sempit. Hah, kalau jumpa jambatan sempit ini depan sikit lagi, pasti akan berjumpa dengan pintu gerbang Santuari Ikan Sungai Chilling di belah kanan. Kiranya, dah sampailah tu.  Dari pintu gerbang kena trekking dalam 500meter untuk tiba di kaunter pendaftaran/tapak perkhemahan.

Bayaran masuk, RM1 dikenakan untuk setiap pengunjung manakala RM10 untuk sesiapa yang berhajat berkhemah di sini. Satu perkara yang perlu diambil perhatian di sini. mereka mengawal apa jua barangan yang ingin dibawa masuk ke air terjun. Tujuannya untuk memastikan kawasan ini bebas dari sampah-sarap. Untuk itu, mereka yang berhajat untuk berkelah di kawasan air terjun, sila simpan makanan di dalam tupperware. Makanan yang dibungkus dengan plastik beg atau kertas akan dikenakan bayaran untuk setiap helai plastik/kertas yang digunakan. Begitu juga dengan botol minuman. Garfu dan sudu plastik juga turut dikenakan bayaran tau. Kadar bayaran adalah RM3 utk setiap helai plastik/kertas atau botol.  Bayaran ini dianggap sebagai deposit. Maknanya kalau mahu semula wang deposit, sila pastikan jumlah plastik/kertas/botol yang dibawa turun dari air terjun sama jumlahnya dengan jumlah awal. Kalau tidak, wang deposit tidak akan dikembalikan. BBQ dan memancing juga tidak dibenarkan di kawasan air terjun.

Lagi satu, tiada khidmat porter mahupun guide di sini. Jadinya, janganlah berangan ada jejaka gagah yang akan tolong angkut barangan yang dibawa. Semua kena angkut sendiri, tak kiralah larat atau pun tidak. Trek, agak simple cuma pakailah pakaian/kasut/sandal yang bersesuaian sebab kena redah lecah dan sungai berbatu (6 anak sungai termasuk 1 jambatan gantung). Trek "tikus" pun banyak, hati-hati ya kawan-kawan jangan sampai tersilap trek. Ikut sahaja trek yang sediada, jangan memandai sendiri kecuali kawan-kawan dah mahir dengan kawasan ini. Bawa jugalah makanan dan minuman untuk alas perut. Walaupun treknya agak santai namun tetap lelah dibuatnya. Senang cerita, bersedialah dengan apa-apa yang patut.

Ohh sebelum terlupa, sila alert dengan cuaca. Kalau hari dah start mendung dan ada tanda-tanda hujan akan turun cepat-cepatlah beredar dari kawasan ini. Dari pembacaan saya, di sini kerap terjadinya kejadian "kepala air"
 Air terjun Sg. Chilling. Giler ramai waktu kami ke sini.
Tak tahulah sapa jejaka gagah ini (gambar curi). Cuba tengok ikan kelah yang mengelilingi beliau, giler banyak. Geram tengok aksi-aksi ikan ini tiap kali mamat ne tabur roti.
 Airnya, sejuk beku! Ketaq satu badan dibuatnya huhuhu
 Tenang. Dah lama tak lepak di kawasan seperti ini.
Rama-rama pun banyak di sini.

Info tambahan:
* Dibuka kepada pelawat dari hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Dari jam 8.00am hingga 6.00pm.
* Selepas jam 3.00pm, pelawat tidak dibenarkan trekking ke air terjun atas faktor keselamatan.
* Jangan lupa daftar masuk dan daftar keluar di kaunter pendaftaran. 

28 comments:

  1. Saya selalu ke sini... Dekat dgn rumah.,, itu dunia ku sekiranya tidak ke mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor awat tak habaq mai..kalau tak blh kami singgah umah, tumpang breakfast hahaha! teringin nak ke bkt kutu juga, encik..tapi entahler, tak tau bila...

      Delete
  2. Hi zilla nape si mamat tu ko tutup ngan carton tu ? Ha ha ha sah......memboyot tu.
    tentu seronokan ..nyaman , tenang ..tk camping ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...takut kena samanlah encik..otot2nya tu tegar sekali, tak sanggup saya nak publish terang2an di sini...free je cuci mata hehehe...camping? tak lah...next time kot...lagi pun p ahad, isnin dah kerja mana sempat nak camping...seronok sebab semua 'kepala' ada kali ini encik..

      Delete
  3. Dah lama tak mandi air terjun...hehehehe. Saya memang suka mandi air terjun..kedah ada banyak air terjun best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila mmg asal kedah ke? kedah? emm sharelah mana air terjun yang best zila..manatau satu hari nanti saya ke sana bolehlah singgah2 cuci mata...

      Delete
    2. Saya orang penang...sempadan dgn kedah. Selalu gak ke Lata Bukit Hijau..lupa la nama air terjun yg lain2 tu..yg dekat dengan merbok tu.

      Delete
    3. merbok? rasa mcm pnh dgr je zila..saya dah google lata bukit hijau tu, cantik..next time kalau ke penang, boleh singgah kot lat ne...

      Delete
  4. bagusnya diaorang buat peraturan mcm tu..takdelah orang nak membuang sampah merata-rata kalau sayangkan duit deposit tu
    bestnya..dah lama achik smile tak mandi air terjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu acik smile...tapi ada jugalah yang tinggal sampah sarap kat atas tu..mgkn derang tak declare kot kat kaunter pendaftaran utk barangan yang dibawa...

      Delete
  5. Dah habis jelajah negera orang...balik jugak ke pangkal jalan ye Zilla!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha *tq nekcik sebab berjaya buat saya ketawa sungguh2 :D

      sejauh mana pun melangkah, negara sendiri tetap di hati nekcik..sebenarnya, sering je beraktiviti di negara sndri cuma jarang bebenor saya ambil gambar apatah lagi nak share kisahnya di blog hehehe..

      Delete
  6. keren lho air terjunnya Mbak Zilla. Ikan itu banyak bangeettt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan itu kalau digril enak, mas hehehe..

      di sini tidak dibenarkan untuk menangkap ikan2 yang ada..denda akan dikenakan pada yang ingkar..kerna itu kuantiti ikan di sini banyak sekali..

      Delete
  7. Replies
    1. mmg best Rin,,,yang tak best, ramai sangat hehehe..nak berkubang pun rasa segan :D

      Delete
    2. celup2 kaki aje lah yer..kikikiki

      Delete
    3. hahaha..1/2 badan je yang berani nak dicelup..segan..pastu turun balik, cari tmpt yang agak tersorok dan takde org, kat situ kami berkubang sepuasnya :D

      Delete
  8. 2 jam 50 minit drive? wahhh...kematu montot...mandi tak? ramai betul tu maybe sbb Zilla pegi hari ahad kan..

    ReplyDelete
  9. Urgent.. mintak dijawab.. hari isnin dibuka tak tempat ni ?

    ReplyDelete
  10. trek jalan ke sungai tu jauh ke.. saya ngn kwn sya 2 org perempuan nak pergi.. tapi bila baca ni, mcm takut pulak sesat ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi elisa

      treknya agak mengelirukan so kalau tak biasa mmg boleh sesat..better awak cari sesapa yang tahu trek di sini atau follow memana group...

      Delete