Untuk Bukit Pergasingan, kami cuma membawa barangan yang perlu aje. Di sini perlunya beg tambahan sebabnya beg yang besar gedabak kami tinggalkan di rumah Pak Madil. Barangan wajib ada, dah tentulah pakaian yang mampu beri kehangatan pada badan. Menurut Pak Madil, sejuk keadaan di atas tu nanti dan beliau menyerahkan satu botol besar mineral water (aqua) untuk setiap sorang. Hah, berat!
Semua dah siap sedia, kami bergerak menuju ke pintu masuk ke Bukit Pergasingan. Sesiapa yang pernah sampai ke Sembalun ini, simpang ke Bukit Pergasingan betul-betul menghadap Rinjani Information Center (RIC). Seperti juga Rinjani, bayaran masuk dikenakan untuk mendaki Bukit Pergasingan sebanyak Rp15,000 (sudah termasuk pakej) kepada pihak pengelola iaitu Sembalun Development Community Centre (SCDC). Untuk ke pintu gerbang Bukit Pergasingan, kena menapak dalam 15 minit.. Dari awal lagi mental dah teruji sebab perut terlalu senak kekenyangan; serius mengah!
Akhirnya sampai juga di pintu gerbang ke Bukit Pergasingan.
Kali ini kami cuma ditemani Pak Madil sebagai guide dan Bapak-Tak-Ingat-Nama sebagai porter. Walaupun ada porter, barangan peribadi kami bawa sendiri kerana bapak tersebut hanya membawa bekalan makanan dan alatan perkhemahan. Kalau nak ambil extra porter pun boleh dengan rate Rp220,000/day.
Dengan lafaz Bismillah, pendakian sebenar bermula. Trek awal, memang kena redah semak-samun. Makin ke atas, semak-samun bertukar kepada lalang yang menjulang tinggi ke langit. Nasihat saya kalau nak mencuba Bkt. Pergasingan, pakailah pakaian yang bersesuaian untuk elakkan kena miang lalang dan sebagainya. Tongkat memang WAJIB ada untuk menyokong badan tiap kali langkah ke hadapan di ambil. Trek, walaupun penuh dengan tumbuhan tapi agak licin kerana struktur tanahnya yang berbatu kecil. Kadangkala kalau tak hati-hati memang boleh tergelincir dibuatnya.
Trek awal.
Ketinggian Bukit Pergasingan ini cuma 1700mdpl dengan kecerunan pendakian sekitar 20 hingga 70 darjah. Trek boleh dikatakan agak simple cuma tak tahan dari mula sampai akhir semuanya mendaki; langsung takde kawasan mendatar.
Semput. Awas, banyak tahi lembu di trek ini.
Jangan terpedaya dengan puncak ini, puncak sebenar berada di sebaliknya.
Sesekali bila pandang ke belakang, pemandangan ini menyapa mata.
Acat dan bapak porter memang awal lagi dah sampai di atas. Saya sendiri mengambil masa lebih kurang 2.5jam untuk tiba di atas. Pemandangan dari atas ini memang tak tergambar dengan kata-kata indahnya. Berbaloi sangat singgah di sini walaupun rasa macam nak putus nyawa. Sementara nak tunggu khemah siap dipasang, kami jalan-jalan dulu ke bahagian lebih atas. Serius, tak tahu dah nak ambil gambar macam mana; cantik sangat-sangat. Sumbawa juga agak jelas kelihatan dari sini.
Nak kata apa lagi dengan pemandangan seperti ini? Geleng kepala; SubhanaAllah, indah sekali.
Rinjani juga jelas kelihatan di sini tau! Paling beruntung, cuaca sangat baik petang itu. Awan langsung takde. Gunung Agung di Bali juga kelihatan jelas.
Puncak yang kelihatan, itulah Gunung Sengkareang. Kalau camping di Pelawang Sembalun gunung ini akan berada berhadapan dengan kita.
Takde aktiviti sangat yang boleh dilakukan di sini. Menurut Pak Madil, lokasi ini merupakan salah satu lokasi untuk paragliding. Sayangnya petang tu bayang pun takde. Kami santai aje petang itu sementara nak tunggu malam. Nasib sekali lagi menyebelahi kami, sunset terbaik disajikan kepada kami petang itu. Memang teruja tak hengat donia lah!
* bersambung
"bapak tak ingat nama" yek hihihi...kalau tanya JM...ofcoz "bapak tak tahu nama"...kuat tul bapak tu...mmg itu keje nya kan
ReplyDeletearitu ada tanya JM namanya, tapi susah nak sebut tu yang langsung tak lekat dlam kepala namanya hehehe..dah mmg itu donianya, JM hehehe...saya mmg salute habis lah dgn bapak tu..bayangkan baru je turun Pergasingan dia boleh pula sambung ke Rinjani..kita yang barangan tak seberapa pun mencungap, dia relax je..terbaik sungguh!!
DeleteIndahnya bumi Allah...subhanallah
ReplyDeleteSH, kalau depan mata lagi cantik...
Deletesubhanallah cantiknya!
ReplyDeleteachik smile, moh kite terjah lombok pula hehehe
Deletesalam.. selalunye jadi silent reader je.. hari ni nak comment.. best la kak long nye blog! byk info.. hehe.. subhanallah cantik nye kat sane kak long.. tetibe teruja nak pegi nnt.. :)
ReplyDeleteNe, Yana ke? hehehe...takde org lain yang guna gelaran tu selain dari #gengtravel...
Deletesila teruja dan doa byk2 agar kabut tak 'datng' waktu korang kat sana...
yana la ni.. haha.. kak long repeat la lgi.. jom laa jom laa
Deletesila nari tiang dulu, yana hahaha..date tu selisih dgn date ke bandung lah yana..kalau tak boleh lah ikut tapi ehhh kalau ikut pun tak naklah daki..penat haritu pun tak hilang lagi tau...kuku yg tercabut ne baru je tumbuh kuku baru :D
Deletenk tnya yg petak2 tu sawah padi ke bumbung rumah org sbb ada kaler lain-lain selain hijau ;)
ReplyDeletetpi view mmng ohsem la..ciptaan Tuhan kan
bukan bumbung rumah..tu semua tanaman..yg kuning tu sawah padi...coklat tu batas utk tanaman..lain2 tu mcm2 ada (tak pasti apa lagi yang mereka tanam)..
Deleteahhh tahiku tertinggal di bukit ini sebanyak dua kali... ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDelete2x ko tinggal jejak atas tu, Jard? cisssssss!! hahahaa
Deletecun giler yang petak2 tuh...hehehe aku nengok gmbo je la...aku nak naik tuh, mmg tak la kot...heheheh!
ReplyDeleteDJ, belum cuba belum tau.mana tahu ko mampu sampai kat atas tu...
DeleteBirunya.. langit. Cuaca cerah banget. pandangan tak terhalang. beruntung lah Mbak Zilla.
ReplyDeleterezeki kami, mas gunadi :-)
DeleteSubhanallah. Lawa sangat ni Zilla oi. Yang petakpetak, yang view gunung ganang. Semua lawa.
ReplyDeletependek kata kan Bibie, semua tempat lawa2 belaka kat sana..sayangnya kamera aku rosak di sana...tak dpt nak ambil gambar byk2 utk dikongsi di sini huhuhu
DeleteZilla naik ikut belah kanan ye? Kitorang naik ikut laluan bertangga separuh belah kiri sebelum kebun sayur tu, masa turun baru ikut laluan yang ni.. belah kitoang naik tu lagi banyak bom tengah jalan, huhuhu
ReplyDeletekitaorang naik/turun memang ikut laluan yang sama anne...bab bom tu nasib 'bom kering' kalau basah err memang letihlah nak mengelak :D
DeleteCantiknya..pemandangan petak2 tu sawah padi ke?
ReplyDeleteyang kekuningan tu padi,...yang lain tu sayuran lain seperti potato, cili dan sebagainya..strawberi pun derang ada tanam...
Deletehaaii... boleh tanya.. hehehe
ReplyDeletekalo hiking start awl pagi.. boleh ke, dalam tghari view still cantik ke..plan nk g nex wek ni..
tak berani nak kata ya..ikut nasib juga sebenarnya...
Deletesalam.nak bertanya.. , bayaran masuk dikenakan untuk mendaki Bukit Pergasingan sebanyak Rp15,000 (sudah termasuk pakej) kepada pihak pengelola iaitu Sembalun Development Community Centre (SCDC) kan? pakej ni termasuk dengan khemah dan perlatn bercamping ke?pihak CDC sembalun ada sewakan khemah tak utk bermalm di puncak bukit pergasingan?? dan berapa kosnya..(aliya)
ReplyDeleteSalam Aliya
Deletesaya ambil pakej bukit pergasingan + rinjani dari Pak Madil bukan dari SCDC..so utk harga mmg dah termasuk dalam pakej dan saya tak pasti berapa latest entrance fee utk mancanegara...setahu saya SCDC tidak menyediakn khidmat sewa camping equipment...tapi kalau nak lebih detail maybe Aliya boleh call mereka untuk confirmkan perihal ini atau option lain yang ada, sewa camping equip dari mataram...ada beberapa operator di mataram yang sediakn service penyewaan ini..
Boleh tahu, nak dapat view camni pukul bape paling sesuai waktu tempatan.. akan ke Lombok bulan Feb tahun hadapan..
ReplyDeleteKalau ikutkan Feb masih musim hujan di sana, tapi doa byk2 moga cuaca clear waktu awak di sana...
Deletebab nak dptkan view yg clear saya tak berani nak kata jam berapa..semaunya bergantung pada cuaca..apa yang pasti, kitaorg gerak naik haritu lepas zohor saat matahari tgk terpacak atas kepala huhuhu