Pages

Saturday, September 26, 2015

Sumut 2015 (V2.0) : Sungai Dua Suhu ~ Sauna percuma di Negeri Suah

Masih lagi di Negeri Suah

Sumut 2015 (V2.0) : Semalaman di Negeri Suah, Sibolangit

Sungai Dua Suhu? Macam mana keadaannya tu?

Ini sebenarnya tarikan utama di Negeri Suah selain beberapa air terjun yang ada disekitarnya. Menurut apa yang saya baca, bagaiman sungai ini terhasil dikatakan masih lagi misteri dan katanya lagi kawasan ini terkenal dengan mistiknya. Kalau nak tahu apa mistiknya, silalah google sendiri. Saya malas nak copy dan paste di sini. 

Kalau kawan-kawan tidak punya banyak masa di Sumatera Utara ini, kawan-kawan boleh buat day trip aje ke Sungai Dua Suhu ini; tak perlu bermalam di sini. Dari kota Medan, jaraknya sekitar 2.5 - 3 jam perjalanan. Untuk tiba di sungai ini, kita perlu trekking dalam 15-20 minit meredah semak dan kebun warga tempatan. Untuk ke sungai ini sebenarnya kita perlu meredah semak dan kebun milik warga tempatan.Hati-hati jugalah kalau hujan memang treknya akan sedikit licin.
 Kalau jumpa ini kiranya dah nak sampai di pinggi sungai.
Perlu redah sungai ini. Warna air memang kebiruan.Cantik sangat!
 Patutnya kami camping di sini tapi tulah dianya kadangkala apa yang kita rancang tidak semestinya mampu dilaksanakan...

Tiba di sungai, kalau nak beredam tu pakailah selipar. Bukan apa dasarnya banyak sangat anak-anak batu; sakit kot! Selain itu, dasarnya juga agak licin jadinya hati-hatilah melangkah.
 Air yang mengalir memang kebiruan.

Mengapa sungai ini dikatakan mempunyai dua suhu yang berbeza? Sebenarnyakan takdelah misteri sangat pun sebabnya ada beberapa punca mata air panas yang mengandungi belerang di pinggir sungai ini. Punca air panas inilah yang menjadikan sungai ini mempunyai dua suhu yang berbeza. Di satu bahagian/belah airnya memang agak dingin/sejuk manakala disebelahnya pula memang panas kerana adanya airnya aliran air panas. Nak selamat, berendamlah ditengah-tengah sungai di mana pertembungan antara air panas dan dingin yang menjadikan air di situ lebih suam dan sesuai untuk berendam. Lagi satukan, air panas yang mengalir mengandungi kandungan belerang yang agak tinggi jadinya memang melekatlah bau belereng tu di pakaian. Jadinya tak perlulah pakai pakaian kesayangan kalau berhajat nak berendam di sini. Bukan apa, makan masa kot nak hilangkan bau belerang yang melekat itu.
Sumber air panas yang terletak di pinggir sungai; air di sini memang panas giler!
 Ini pula sumber kedua. Lokasinya agak tersorok dan perlu panjat anak-anak batu untuk ke sini. Air di sini berwarna kehitaman.
Kalau kulit setebal Awan ini bolehlah try berendam di kawasan sumber air panas huhuhu.
 Jom berendam!

Di sini juga ada beberapa warung menjual makanan dibuka kepada pengunjung. Bolehlah nak mencuba tapi bab harga dan menu saya tak pasti sebabnya kami tak singgah pun tempohari.
 Jom balik!

Dari sungai kami bergerak pula ke air terjun Semburan Tuah. Dari sungai kena trekking sekitar 30 minit jugalah. Yang tak syok, treknya; sakit-sakit betis dan paha dibuatnya huhuhu!
 Waktu pergi memang syok sebab menurun tapi waktu balik haruslah mendaki. Pegal-pegal paha dibuatnya!
Semburan Tuah-katanya setinggi 7 tingkat.

Seterusnya adalah Goa Penen, Deli Serdang.

7 comments:

  1. Replies
    1. ada sungai dua suhu...memang warga tempatan derhaka saya ni..:(

      Delete
    2. hahaha ambil masa lah irdhi utk pusing kawasan setempat..kalau ada tmpt2 yang cun, jgn lupa share dgn saya ;-)

      Delete
  2. ya allah bestnya..airnya tu kebiruan..indahnya ciptaan allah kan....cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. air kebiruan tu disebabkan oleh kandungan sulfur yang ada Amanda..ada rezeki ke medan, jangan lupa singgah sini tau :-)

      Delete