Sumut 2015 (V2.0) : Menuju Sibolangit
Tidak pasti apa yang bakal menanti kami hari ini. Hasil google-an katanya perlu trekking dalam 2 jam untuk tiba di Air Terjun Dwi Warna ini. Seteruk mana atau semudah mana trek yang perlu dilalui memang tidak diceritakan, jadinya kami pun beranggapan ianya agak mudah buat kami.
Tidak pasti apa yang bakal menanti kami hari ini. Hasil google-an katanya perlu trekking dalam 2 jam untuk tiba di Air Terjun Dwi Warna ini. Seteruk mana atau semudah mana trek yang perlu dilalui memang tidak diceritakan, jadinya kami pun beranggapan ianya agak mudah buat kami.
Dari Kg. Baru ke pos ranger tak jauh mana pun, dalam 20 minit perjalanan. Bayaran masuk, Rp25,000/person untuk 10 orang (minimum) dan kita WAJIB ambil guide dan lapor diri di pejabat ranger. Untuk guide, terserah nak bagi berapa.
Berkenaan dengan treknya pula, memang menaik ajelah. Namun, AWAS mata tu janganlah melilau ke sana-sini kerna treknya penuh dengan akar kayu. Silap haribulan kalau tak hati-hati memang boleh tersadung dan jatuh tersungkur ke tanah. Lagi satu yang kawan-kawan perlu tahu treknya sangatlah lecah. Tak perlu nak berangan untuk keluar dari hutan Bukit Barisan ne dengan keadaan yang suci murni; memang selekeh tak hengat dunia jadinya!
Berkenaan dengan treknya pula, memang menaik ajelah. Namun, AWAS mata tu janganlah melilau ke sana-sini kerna treknya penuh dengan akar kayu. Silap haribulan kalau tak hati-hati memang boleh tersadung dan jatuh tersungkur ke tanah. Lagi satu yang kawan-kawan perlu tahu treknya sangatlah lecah. Tak perlu nak berangan untuk keluar dari hutan Bukit Barisan ne dengan keadaan yang suci murni; memang selekeh tak hengat dunia jadinya!
Sebahagian trek. Boleh kelihatan kot keadaan treknya yang basah.
Macam yang saya katakan, perlu trekking sekitar 2jam hingga 2.5jam untuk tiba di air terjun. Ada beberapa tempat yang kita perlu meredah air (kalau hebat, mungkin boleh meniti atau batuan untuk elak basah).10 minit yang terakhir sebelum tiba di air terjun, trek memang berubah habis. Di sini, kita perlu berpaut pada tali untuk turun ke bawah dan perlu extra hati-hati di sini. Misal kata tergelincir atau terlepas, memang boleh berguling sampai ke bawah. Bila dah melepasi kawasan ini, dah boleh nyanyi riang sebabnya air terjun memang dah dekat sangat-sangat. Kawan-kawan perlu panjat beberapa bongkah batuan besar, sebelum mata kawan-kawan terpesona dengan keindahan yang menanti di balik bongkah batuan tersebut.
SubhanaAllah, tak tahu nak ungkap macam mana keindahannya. Berbaloi kot dengan peluh yang dikeluarkan hehehe.
Apa yang menarik, berdekatan air terjun ini terdapat satu lagi air terjun. Yang membezakan antara kedua air terjun ini adalah suhunya. Untuk dwi warna, airnya dah tentu kebiruan kerana bercampur dengan belerang dan airnya sendiri agak suam manakala yang satu lagi air terjun biasa dengan airnya yang sejuk giler ok! Di satu bahagian aliran air dari kedua air terjun ini akan bersatu dan mengalir bersama (tak tahu dah nak guna ayat apa, harap korang paham).
Air terjun bersebelahan dwi warna.
Satu perkara yang kawan-kawan harus ambil perhatian, HATI-HATI JIKA MAHU MANDI-MANDA di Dwi Warna. Mandi dipinggir ajelah jangan nak berenang ke tengah. Bahaya! Ramai yang dah terkorban di sini dan paling terkini sekitar bulan Mei tempohari, salah seorang pelajar kita yang menuntut di salah satu universiti di Medan juga turut menjadi korban. Hati-hati ya kawan-kawan. Kami sendiri? Takdenya nak mandi-manda. Sekadar menghayati keindahannya dari gigi air sahaja.
Layan ajelah gambar
Nak mandi? Silakan.
Di sinilah air dari kedua air terjun bersatu.
Air terjunnya memang tinggi, jadinya memang lencunlah kalau lepak-lepak di gigi air ini.
Abaikan model dan beg-beg yang ada.
Untuk kawan-kawan yang malas nak angkut stok makanan, jangan risau ok. Di sini ada warung-warung yang menjual makanan dan minuman. Harga oklah, kalau nak pekena kopi panas secawan dalam Rp5,000. Memadailah tu dengan susah payah ibu-ibu/bapak-bapak untuk angkut barangan dari bawah.
Kami lepak di air terjun ini dalam sejam jugalah. Waktu perjalanan turun, kitaorang singgah dan masuk ke beberapa kawasan air terjun untuk ambil gambar.
Tak bawa pun tripod, cuma letak kamera atas batu aje.
Ini pula kawan saya kata tak ubah macam kolam mandian. Suasana di sini pun agak kurang menyelesakan tak tahulah kenapa.
Main belasah je ambil gambar.
Ini pula sebahagian dari trek. Agak-agak malas nak meniti atas batuan tu, masuk ajelah terus dalam air.
Kalau kawan-kawan tanya berbaloi atau tidak singgah di Air Terjun Dwi Warna ini, dah tentu jawapan saya berbaloi yang amat. Keindahan dan keunikan yang tersendiri. Buat kawan-kawan yang akan ke Medan, sila singgah di Dwi Warna. Tak perlu nak fikir pasal stamina atau pun tidak, yang penting adalah semangat dan keinginan untuk mencuba. Biarlah seperlahan mana langkah yang diambil, yang penting sampai dan paling utama enjoy dengan setiap langkah yang kita ambil.
Info Tambahan:
Oleh kerana air terjun ini berada di tengah-tengah hutan, persediaan perlu dilakukan:
1. Pakai kasut/sandal dan pakaian yang bersesuaian untuk trekking di hutan. Tak perlu pening-pening, sandal gunung atau kasut adidas kampung tu pun dah memadai. Yang penting tapaknya itu perlulah 'berbunga'. Kalau pakai tapak kasut/sandal yang jenis licin, takut nanti asyik tergelincir.
2. Bawa makanan dan minuman untuk membekalkan tenaga pada badan.2 jam trekking tu, memang agak mengerah kudrat. Bawalah apa-apa yang patut.
3. Bawa pulang semua sampah-sarap yang dibawa masuk walaupun pembalut gula-gula.
4. Bawa baju hujan. Bak kata our guide, cuaca di Hutan Raya Bukit Barisan ini memang sukar diramal. Jadinya, lebih baik bersedia dari awal. Kami sendiri haritu pun sepanjang trek turun memang bermandikan air hujan.
* La ne nak blogwalking, online FB atau Whatsapp semua dah tak boleh dilakukan.Internet free dan berbayar semuanya dah takde huhuhu. Di office juga semua ini dah kena sekat. Jadinya, lepas ini memang boleh pegang title pekerja cemerlang.. Di rumah pula, adik-adiklah yang paling happy sebabnya saya dah tak perlu menghadap laptop dan sebagainya huhuhu.
subhanallah cantinya air terjun ni.... T.T
ReplyDeletebila nak ke sini pula, Ren?
Deletezillaaa.. check ur fb message now!
ReplyDeleteaku tak boleh fb..guane tu? huhuhu
Deleteamat cunnnnn sgttt zilla! x sesia trekking 2 jam lamanya ya. ;)))
ReplyDeleteberbaloi John.bila tgk air terjunnya, penat semuanya menghilang..puas hati sgt2 wpun esoknya jlan pun terkangkang2 sebab sakit paha/betis :D
Deletecantiknya tempat ni subhanallah
ReplyDeleteAishah
kalau depan mata lagi cantik aishah
DeleteLawanya air terjun dwi warna tu..
ReplyDeletesangat2 lawa, Didi...
Delete