Plan untuk camping di Taman Laut Redang ini sebenarnya hampir-hampir dibatalkan sebabnya tarikh yang kitaorang nak p telah penuh ditempah oleh beberapa agensi walaupun permohonan bertulis telah kami hantar kira-kira sebulan sebelum tarikh berangkat. Lama giler kot menanti dalam debar samada permohonan kami itu bakal diterima atau sebaliknya. Kalau tak silap saya seminggu sebelum berangkat Nani bagitahu kami permohonan kami ditolak. Namun mungkin dah rezeki dan atas kesungguhan Nani untuk ulang alik ke pejabat Jabatan Laut Negeri Terengganu, akhirnya permohonan kami diluluskan kerana agensi yang kononnya telah membuat tempahan tidak mengemukakan permohonan secara bertulis. Terima kasih daun keladi sangat-sangat buat Nani dan kami, lompat hingga ke bintang sebab happy hehehe.
Budget untuk trip ini adalah RM115 termasuklah makanan, bot, life jacket dan bayaran masuk ke Taman Laut. Untuk bot kami ambil dari Jeti Merang terus ke Taman Laut Redang.
Prosedur untuk camping di Taman Laut Redang
Rasanya semua tahu kot, tak sebarangan orang boleh camping di Taman Laut Redang ini. Nak masuk untuk snorkeling pun ada waktu-waktunya, kan? Kalau dapat camping di sini, memang boleh beranganlah seolah-olah “pulau ne ana yang empunya”. Mana taknya, nak snorkeling bila-bila masa pun boleh takde sapa yang menghalang. Larat dengan tidak je.
- Permohonan bertulisan dengan 'letterhead' perlu dikemukakan kepada Jabatan Laut Negeri Terengganu perlu dikemukakan seawal mungkin; siapa cepat dia dapat. Senarai nama, alamat, no kad pengenalan setiap ahli perlu dilampirkan berserta dengan itinerary/aktiviti yang ingin dilakukan di situ
- Minimum 10 orang dalam satu group. Orang perseorangan memang tidak dibenarkan camping di sini. Perlu melalui pertubuhan/agensi/sekolah/universiti dan apa-apalah yang seangkatan dengannya
- Alatan camping tidak disediakan namun kita boleh request pada pihak Taman Laut untuk sediakan termasuklah barangan yang perlu untuk aktiviti yang bakal diadakan di situ
- Bayaran masuk adalah RM5/perperson.
- Sektor A, B dan C merupakan tapak perkhemahan
- Melepasi 8.00pm, pengunaan lampu dan bunyi bising perlu dikurangkan agar penyu tidak terbantut hasrat untuk naik ke pantai dan bertelur.
- Jaga barangan peribadi sebab di sini banyak giler monyet (periuk nasi kami pun dibawa lari dan sampai ke sudah tak jumpa mana dibawa larinya huhuhu).
Satu perkara yang kawan-kawan perlu alert di sini, jangan memandai-mandai untuk melepasi Sektor C (tapak perkhemahan). Saya tak nak cerita kenapa, tapi dengar ajelah arahan yang diberikan oleh petugas Taman Laut ini untuk keselamatan kita bersama. Kalau kawan-kawan yang dah pernah ke Taman Laut ini pasti tahukan kawasan di hadapan surau adalah kawasan perkuburan lama? Hati-hati ajelah; kita datang tempat ‘orang’ respect tu perlu ada. Tanya-tanyalah juga berkenaan cuaca dengan petugas Taman Laut ini. Sekurangnya kawan-kawan boleh bersedia dengan apa jua yang bakal berlaku.
Layan..
Jeti terkenal di Taman Laut Redang tapi kitaorang tak turun di sini..
Khemah kitaorang sebelum dilanda ribut hehehe
Malam tu sedang sedap-sedap bakar ayam kat tapak khemah tetiba hujan turun dengan lebatnya. Kalau hujan aje takpe lagi, ne sekali dengan ribut. Punah impian nak bermalam di dalam khemah dan kami berbq di dalam kantin sahaja huhuu. Pengalaman pertamalah berhadapan dengan ribut seteruk itu. Malam tu juga lepas makan-makan kami angkut barangan dan bermalam di dalam surau yang betul-betul mengadap perkuburan lama; tidur pun tak berapa nak nyenyak sebab dok pikir bukan-bukan hehehe.
Dengan petugas Taman Laut turut turun padang bantu kami berhadapan dengan ribut malam tu. Nasib jugalah makanan banyak, dapatlah kongsi-kongsi dengan mereka ini.
Website : Jabatan Taman Laut Malaysia
cantik betul Pulau Redang ni.. laut yg kt jeti kecik tuu..biru/hijau..
ReplyDeletecantik tu mmg saya setuju bangatlah, nohas...puas hati sgt2 wpun kecik perut dlm bot awalnya hehee
DeleteCantik,,, rindu nak pergi lagi...
ReplyDeletesiti, saya pun kalau ada rezeki nak juga repeat lagi redang ne...best sgt2 bila tgk birunya air laut bersatu dgn birunya warna langit...
DeleteLapar tengok ayam BBQ tu.
ReplyDeleteCantik sangat tempat ni *_* Mesti best kalau dapat mandi-manda!
memang best mandi-manda di sini, kay...saya yg tak reti berenang dan fobia air ne pun terus lupa diri waktu di sini :D
DeleteAgak jauh juga sebenarnya pulau Redang dari taman laut ni. Kata pemandu teksi yg bawa kami dari airport.. nama pulau di taman laut ni ialah pulau Pinang... Kalau camping di situ mmg boleh snorkeling sampai lebam...hehe
ReplyDeletebetul tu en.mie agak jauh sebenarnya..bab snorkeling sampai lebam tu hanya terpakai pada mereka2 yang pandai berenang je..yang harapkan life jacket macam saya ne, memang nan ado lah hehehe..
DeleteZilla...... cantik sungguh air laut tu..lain macam warna birunya tu. Kita cuma merancangkan... tak pelah sesekali beribut pula hehehehe pengalaman jugak tu.
ReplyDeletewa, kitaorg mmg dah dimaklumkan sehari sebelum tu mmg ada ribut di situ dan diminta untuk bersedia..tapi tak sangka pulalah mmg teruk ributnya...nasib jugalah ada surau, kalau tidak tak taulah malam tu kami nak tido kat mana..khemah awal2 lagi dah runtuh dan basah lencun huhuhu
DeleteBestnyer! tak pernah pergi lagi Pulau Redang. Dah lama ada dalam bucket list. Tak berkesempatan lagi!
ReplyDeleteSalam perkenalan
http://anakcikgunawi.blogspot.my
salam perkenalan
Deletewajib pergi, pasti takkan menyesal...hehehe
Hahaa...klakar kalau teringat balik tang ribut tu.
ReplyDeleteDah lencun...tapi gigih duk ngipas ayam!
Paling epic, JM lah niL..punyalah kusyuk dok kipas ayam sampai lupa nak selamatkan kain baju dalam khemah hehehe
Deleteangin tetiba bertiup kencang masa kt kantin. ada bahagian kipas jatuh dari siling dan kena ngam-ngam sebelah tempat kita masak nasi.. puh pengalaman betul masa tu.. hihihi
ReplyDelete