Kali ini nak kongsi penginapan kami di Sumatera Utara.
a. K77 Guesthouse, Medan
Antara penginapan terbaik yang ada di Medan. Guesthouse ini terletak di Jl Seto, kira-kira 10 minit dari Kota Medan. Lokasinya memang dekat sangat dengan Jl Halat; syurga makanan di Medan hehehe. Sebut aje nak apa, semua ada di sini tapi satu yang wajib kawan-kawan try adalah sate padang yang sangat femes di Jl Halat ini. Kalau tak sure yang mana satu, tanya aje orang pasti ramai yang tunjuk mana lokasi gerai tersebut. Selain dari makanan, di Jl Halat ini juga terdapat beberapa kedai menjual barangan outdoor. Kiranya, tak rugi kalau menginap di K77 Guesthouse ini sebab semuanya ada di sini.
Kami book Deluxe Twin Room dengan harga Rp220,000/night. Bilik memang besar dan paling penting bersih dan wangi (tak terasa macam duduk dalam reban ayam dah kali ini hehehe). Cuma satu yang tak syok, tiada sarapan di sini. Bilik air, memang perlu dikongsi beramai-ramai, juga dalam keadaan yang bersih. Air panas, mineral water, towel, syampu dan minuman 3 in 1 juga ada disediakan. Di sini juga mereka ada sediakan perkhidmatan pickup dari airport denga kos Rp200,000/kereta. Kira murahlah kalau ramai, kan? Kalau yang berhajat nak naik Damri Bas pun boleh tapi maklumkan pada driver bas untuk turunkan kawan-kawan di Jl. Halat.
Layan sedikit gambar.
Pintu masuk guesthouse
Segala urusan dilakukan di sini
Koridor..
Tengok cadar tu, memang ingat makan ajelah. Bilik orang bujang beginilah, bersepah hehehe. Bilik luas, tilam pun empuk! Lena tidur sampai ke pagi.
b. Mega Inn, Tangkahan
Untuk penginapan di Tangkahan ini dah termasuk dengan harga pakej yang kami ambil. Jadinya jangan tanyalah ye berapa semalam hehehe. Jangan bayangkan penginapan yang berbintang sebabnya kemudahan di sini memang basic habis. Kira oklah, lagipun bukan 24jam pun nak berkubang dalam kelabu.
Bilik, macam dah saya kata memang basic habis. Kipas, aircond dan tv memang takde. Air pula sejuk giler; 10x kali pikir kalau nak mandi tu hehehe. Kelambu memang disediakan dan wajib digunakan sebab banyak nyamuk (maklumlah hutan kan?). Untuk makan, harus ke restorannya dan harga memang boleh termenung dibuatnya. Makin sehari sekali pun dah cukuplah, mahal huhuhu. Ada bilik yang mengadap sungai tapi untuk bilik ini siapa cepat, dia dapat dan harga pun haruslah berbeza dari bilik yang lain.
Restoran yang mengadap sungai.
Luar bilik
Bilik kami.
Website : Mega Inn, Tangkahan
cantik!
ReplyDeletenak kata cantik sgt tu takdelah Athirah..tapi sesuailah dgn harganya hehehe
DeleteSekarang saya lagi di Dolok Sanggul. Setelah perjalanan dr Medan melewati Brastagi lalu Tongging. Naik mobil menyusuri jalan sempit pinggir Danau Toba. Danau Toba memang Keren dan indah luar biasa, Mbak Zilla.
ReplyDeleteBersukur saya sempat ke Danau Toba. Sayang sekali penduduk Tongging dan lainnya di sekitar Danau Toba tidak menjaga kebersihan. Sampah dimana mana. Kadang disitu saya meresa sedih.
Jerebu tebal tak di Sumatera Utara, Mas Gunadi? Selamat ya & enjor ur trip. Tk sabar nak baca perjalanannya di blog..
DeleteBab sampah tu, rasanya di mana2 juga permasalahannya sama aja...
Luar bilik tu nmpk redup & nyaman. Saya suke
ReplyDeletebilik yang mana satu tu kak? kalau di Mega Inn, harus berjaga-jaga. Nyamuk banyak sekali, dalam hutan kan? tapi suasana memang best, tenang yang amat...
Delete