Pages

Wednesday, January 20, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Pengenalan

Korea lagi? Dalam tak nak kembali tu terkembali juga, kan?hehehe.

Sebenarnya trip kali ini memang sangat berbeza sebabnya saya diminta menjadi tour guide untuk 5 orang cewek jelita. Kebetulan pula waktu itu saya free jadinya terus on. Yang best beberapa minggu sebelum berangkat, baru saya sedar trip ini berjarak 2 minggu sahaja dari trip China *tadah telinga kena bebel dengan family

Dari awal saya memang dah kena warning dengan mereka ini "tak nak daki gunung, bukit mahupun busut". Takut sangat kot, saya masukkan aktiviti 'giler' dalam itinerary mereka hehehe. Oklah, layan ajelah. Saya pun takdelah 'segiler' mana pun untuk ikut kepala sendiri. Kepuasan pelanggan haruslah diutamakan, tak gitu hehehe. Dalam pada masa yang sama saya minta setiap seorang listkan satu tempat yang ingin sangat diterjah. Biar semua orang puas hati. Setelah berkali-kali berjumpa dan berbincang, akhirnya kami sepakat untuk buat route Busan - Suncheon - Seoul - Chuncheon - Busan dalam tempoh 10 hari yang ada.
Kami di Yeosu - abaikan kulit saya yang rentung itu huhuhu!

Itinerary
Macam yang dah saya sebut route kami ini memang atas persetujuan bersama. Kalau ikutkan atas kertas banyak giler kot tempat nak disinggah tapi atas faktor semasa di hari kejadian banyak yang terpaksa dibatalkan. Apa yang pasti group ini merupakan group paling santai pernah saya bawa. Sesuka hati nak keluar pukul berapa, yang penting enjoyyy gitu hehehe.

Date : 27 November 2015 - 6 Disember 2015
Day 1 : Busan - Suncheon, Check in Suncheon Guesthouse Nreem, Yeosu's Night Tour
Day 2 : Suncheon Tour Bus -> Open Film Set, Naganeupseong Village, Suncheon Museum, Goindol Park, Songgwangsa Temple
Day 3 : Suncheon Bay & Yongsan Mt., Suncheon - Seoul (by bus). Check in Han River Guesthouse
Day 4 : Gwanghwamu Square, Gyoengbokgung Palace, Bukchon Hanok Village, Itaewon
Day 5 : Gangchon Railbike, Nami Island
Day 6 : Myeongdong, Chungmu Kimbap, Hello Kitty Cafe, Mbongnim Halmeoni Tteobokki
Day 7 : Namsan Tower, Seoul - Busan (by bus). Check in Kim's Guesthouse
Day 8 : Busan Museum, Oryukdo Skywalk (sunset), Gwangan Bridge
Day 9 : Taejongdae Park, Gukje Market
Day 10 : Gamcheon Culture Village, Busan - KL

Penginapan
Suncheon Guesthouse Nreem, Suncheon : 2 nights
Han River Guesthouse, Seoul : 4 nights
Kim's House, Busan : 3 nights

Pengangkutan
Macam biasalah pengangkutan awam menjadi pillihan utama. Sesiapa yang dah ke Korea pasti tahu harga untuk sewa private transport, kan? Memang tak mampu. Jadinya, memang kami manfaatkan sepenuhnya pengunaan T-Money terutamanya di Seoul dan juga Busan. Mesin untuk topup T-Money pun dah bersepah di Busan tu. Jadinya, memang mudahlah.

Budget
Untuk trip ini, harga yang saya offer adalah RM2500/all in termasuk tiket flight untuk 10 hari.

* Buat kawan-kawan yang tercari pakej backpacker murah ke South Korea dengan kelainan lokasi yang ingin disinggahi, macam biasa boleh hubungi saya.InsyaAllah akan cuba berikan yang terbaik untuk pengalaman yang berbeza.

8 comments:

  1. Hehehe dah keluar cerita Korea!

    Oooh Suncheon Bus Tour Zilla lain dengan saya. Tak sabar nak baca full storynya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kay,

      saya siap gaduh ngan ajumma utk tour tu tau..nak ambil tour yang lain tapi salah naik bas sebab gado punya pasal hahaha..

      Delete
    2. Lorr kenapa sampai gaduh ngan ajumma? :O

      ps: apsal tajuk winter 2016? hehehe dah planning tuk tahun ni ke?

      Delete
    3. dia tak bagi kami naik tour bus tu kay..katanya utk local walhal ajumma yang sorang lagi kata kitaorag blh je naik..gaduhlah dalam office tu, siap buka google translate nak bg dia faham hahaha..bila dah feed up saya lari keluar, elok je bas sampai terus saya suruh group saya tu naik bas dan settle masalah..driver bus tu ok je dgn kitaorg..masa ahjumma tu dtg nak serahkan pas terkejut juga dia tgk kitaorg hahaha..

      hah, kelemahan terbesar saya adalah susah nak ingat date, tahun dan hari..terima kasih sebab tegur hahaha..saya dah betulkan..

      Delete
  2. traveler cewek semua, cantik semua, pemeberani semua..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik, ia benar tapi pemberani itu tidak benar..penakut semuanya ne mas hahaha!

      Delete