Pages

Wednesday, February 3, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 2 ~ Naganeupsong Village

Sementara menunggu pain killer bertindak, teringin nak buat sambunggan untuk South Korea.

****

Sambungan dari South Korea Winter Trip 2015 : Day 2 ~ Suncheon Open Film Set 

Dari Suncheon Open Film Set kami dibawa menuju ke Naganeupseong Village. Perjalanan ke perkampungan ini memakan masa dalam sejam jugalah kerana lokasinya diluar pekan Suncheon - sempat layan mata seketika.

Naga Village ini antara lokasi wajib disinggahi jika kawan-kawan berkunjung ke Suncheon kerana keunikannya. Kawasan perkampungan ini kalau dilihat tak ubah seperti kubu pertahanan kerana dikelilingi oleh fortress. Di sini kami diberi masa 1.5jam; mulanya memang ikut guide tapi lama-lama terasa membosankan sebab sepatah haram pun tak faham dan dari situ kami bawa haluan kami sendiri.

Dari pembacaan saya, kawasan ini umpama kubu pertahanan yang dibina bagi menghalang tentera Jepun. Di dalam perkampungan ini kawasan pentadbiran kerajaan dengan kawasan penempatan bagi rakyat jelata yang masih didiami hingga hari ini. Katanya kawasan ini pada masa ini didiami oleh 288 orang dari 90 buah keluarga. Jadinya jangan terkejut dengan kesibukan suasana di dalam perkampungan ini. Maklumlah dah nama pun kawasan perkampungan dah tentu macam-macam aktiviti harian dilakukan di sini.
  Di sini memang banyak giler ukiran kayu seperti ini - katanya untuk halang bad luck.
Salah satu dari pejabat kerajaan yang ada di sini.

Kawasan perkampungan ini agak luas dan terlalu banyak lorong di dalamnya. Percaya tak kalau saya bagitahu kami sesat di sini? Memanjang kena patah balik sempat ikut jalan mati. Manakala untuk lihat view perkampungan ini dari atas, sila ikut laluan fortress - serius cantik pemandangannya.
 Ambil gambar dari luar je sebab rumah ini berpenghuni - takut kena perambat
  Pemandangan inilah yang saya idamkan sebenarnya. Cuma hati-hati di sini kerna anak tangganya agak curam dan tak sama kedudukannya.
Di kawasan ini ada pertunjukan 'Arirang'. Best giler layan.
 Agak lenggang di sini..
 Kincir air pun ada..
Untuk dijual

Puas di sini kami ambil keputusan untuk keluar. Maklumlah perut pun dah minta diisi, try cari makanan yang boleh dimakan di cafe-cafe yang ada dalam perkampungan ini semuanya sangat mencurigakan. Kami bergerak menuju mini mart untuk cari minuman panas. Sempat beli persimmon dari ahjumma yang ada; hah dekat 30 biji disedekahkan kepada kami dengan harga 5,000 won. Muntah pisang kaki dibuatnya!

Destinasi kami seterusnya adalah muzium yang terletak bersebelahan Naga Village ini. Kami tak masuk pun, lepak diluar dengan seorang pelancong dari Eropah. Syok layan minah ne (dia reporter di sana), tapi bila start sentuh bab Islam dan serangan yang berlaku di Paris, pelan-pelan kami angkat kaki. Malas nak layan. Dari muzium kami bergerak menuju ke Goindol Park.

Info tambahan:
- Untuk public bus : from intercity bus terminal cross Suncheon 3-gil Street and walk along Palmora Street to the bus stop. Take bus no. 61, 63 @ 68 to the village.
- Bayaran masuk : 3,000 won (village) dan 2,000 won (muzium)
- Waktu operasi : 9.00am - 6.00pm

No comments:

Post a Comment