Sekitar jam 4.00am, saya dan Reni mulai terbangun. Nak kata
lena sangat tidur malam itu pun tidak; lebih kepada tidur-tidur ayam. Kami
terus bersiap sebabnya sekitar jam 4.30am kami akan memulakan pendakian untuk
ke puncak. Misi pagi ini untuk hunting sunrise di puncak Cikuray.
Mossy forest di Pos VI
Dari Pos V (tapak khemah) ke Pos VI mengambil masa cuma 30
minit sahaja. Manakala dari Pos VI menuju ke puncak, kami mengambil masa
sekitar 45 minit. Trek menuju ke puncak masih lagi najak, curam dan berbatu.
Jadinya, di sini memang disarankan untuk memakai glove.
Lihat di internet, lautan awan akan menghiasi pemandangan
dari puncak Cikuray. Sunrise juga dikatakan cantik di sini. Namun padahnya
mendaki di musim hujan, sunrise langsung tak kelihatan begitu juga lautan awan
*nanges kekecewaan. Ya udahlah, nikmati aje pemandangan yang ada. Serius cantik giler pemandangan di puncak, terasa macam berada di satu lokasi asing yang saya gelar sebagai 'Negeri UFO' :D
Kami- saya nampak gemuk gilerkan dalam gambar ne? huhuhu
Misi berjaya walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang bagus
Negeri UFO - yang berasap tu adalah Papandayan. Selain Papandayan, di sini juga jelas kelihatan Gunung Guntur, Gunung Ciremai dan Gunung Galunggung
Cantik sangat-sangat pemandangan di sini. Bila tengok gambar-gambar yang ada memang rasa menyesal tak angkut dslr huhuhu.
Walaupun di musim hujan, ramai giler kot pendaki di puncak Cikuray pagi itu. Nak ambil gambar pun susah, kena ambil giliran huhuhu. Kami memang lepak lama giler kami dipuncak. Dari cuaca
mendung-hujan-mendung-hujan-cerah berkali-kali, sekitar jam 8.++am, bang Deden
bagi arahan untuk kami bergerak turun. Ok, tarik nafas dalam-dalam untuk
ucapkan selamat tinggal pada puncak Cikuray dan keindahan yang ada. Entah bila
akan kembali ke sini pun tak tahulah. Tiba di tapak khemah, terus prepare
breakfast dan bersiap untuk turun.
Mereka-mereka ini yang memasak, saya tumpang makan aje :D
Bahana hujan di malam harinya, trek memang super duper
licin. Dah macam insiden tangkap katak pun ada, asyik jatuh-bangun-jatuh-bangun-nanges, bila nak sampai ne! *Stress!! Dari Pos II ke Pos I, hujan turun selebatnya dipertengahan jalan.
Nak berteduh pohon pun takde kecuali pokok kobis, kami pasrah berjalan dalam
hujan lebat. Berkali jatuh tergelincir gara-gara trek yang semakin licin; kali
ini siap nangis sebab terlalu kecewa dengan diri yang sudah semakin tidak
bermaya. Kami tiba di Pos I dalam keadaan yang selamat walaupun basah kuyup.
Mulanya ingat nak lepak di situ sampai hujan berhenti, tapi bila melihatkan
takde tanda-tanda nak berhenti kami sepakat untuk meneruskan perjalanan ke desa
Citranegara. Biasanya perjalanan balik akan menjadi lebih singkat tapi kali ini
memang terasa jauh giler perjalanannya. Akhirnya setelah 3.5jam berjalanan kami
selamat tiba di desa. Waktu ini satu badan sakit-sakit; kaki kanan tak boleh
nak dibengkok dan pinggang juga terasa bisanya. Sementara nak tunggu bang Deden
datang pick up, kami mengisi perut melayan batagor di gerai berhampiran.
Menapak turun
Bergambar lagi..
Melepaskan lelah - kalau tak selekeh tu bukan naik gunung namanya :D
Ini di Pos II - lihat kabus yang semakain tebal sebelum hujan turun selebatnya.
Perjalanan yang panjang namun penuh kenangan. Selepas membersihkan diri di Rumah Singgah kami bergerak kembali ke Jakarta dan tiba di Kp Rambutan sekitar jam 9.30pm. Saya sendiri mengambil teksi menuju ke 16 Degrees Backpacker Hostel di Cikini untuk merehatkan diri dan berangkat pulang ke tanah melayu dengan pesawat Lion Air keesokan harinya jam 9.00am.
""Dunia ini hanya seluas langkah kaki, jelajahilah dan jangan takut melangkah. Hanya dengan itu kita bisa mengerti kehidupan dan menyatu dengannya." - Seo Hok Gie
Zilla ke sana hanya untuk mendaki sahaja? Weekend getaway ye.
ReplyDeleteia Ajla...
Delete