Hari ke-2 kami di Taman Nasional Merbabu. Target kami hari ini adalah puncak Kenteng Songo dan turun ke savana 1 sebelum gelap. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 8 jam.
***
Pos II di ketinggian 2500mdpl.
Kesiangan!
Celik aje mata tengok diluar dah pun terang-benderang. Haih, ini baru betul Subuh gajah! Sapa khemah di sebelah rupa-rupanya mereka dah pun start operasi memasak. Alhamdulillah, tak perlu nak jadi tukang masak kali ini. Kami hanya perlu keluarkan pinggan dan suap ke mulut sahaja segala makanan yang dah terhidang. Tanya Andika katanya kami akan bergerak menuju puncak tertinggi, Kenteng Songo jam 9.00am. Maksudnya kami ada banyak masa untuk santai-santai di tapak perkhemahan. Syukur cuaca pagi ini tersangat baik tanpa sebarang kabus; gembira tengok langit yang membiru cantik. Sementara menunggu makanan siap, kami bersihkan diri dan capai kamera untuk rakamkan keindahan yang ada.
Masih lagi bertemankan Mt. Sindoro dan Sumbing
Tak tahulah ini pokok apa; tumbuh subur di Pos II
Rumput aje sebenarnya tapi bila dah merimbun menjadi lautan warna purple, cantik!
Dipaksa bergambar, aduhai...
Puas bergambar, perut pun dah terisi dengan bakwan, sup sayur dan sepinggan nasi kami terus bersiap untuk bergerak ke tujuan utamanya. Waktu itu hanya kami dan satu lagi group local yang tinggal dan kami akhirnya dari berpapasan di jalan ambil keputusan untuk gerak bersama-sama. Hari ini kami menukar rentak perjalanan, berpisah kepada 2 group. Kami bertiga di hadapan dengan Andika menjadi sweeper manakala group ke-2, Syikin dan Awn bergerak di belakang. Hingga tiba di satu lokasi sebelum Pos Watu Kumpul, Andika memberi cadangan dan arahan untuk kami menunggu group kedua dan bergerak bersama-sama kerana kabut tebal tiba-tiba muncul. Macam-macam boleh jadi kalau berjalan dibalik kabut tebal ini ;-)
Kami berlima..[Pic : Syikin]
Keadaan trek memang berubah sepenuhnya dari trek sebelumnya. Kali ini kiri-kanan kami adalah semak-samun dan kadangkala harus berjalan di sisi gaung. Treknya pula berbatu dan ada dibeberapa tempat batuannya tidak berada dalam keadaan yang stabil. Memang untuk hari ini kami perlu lebih berhati-hati. 40 minit berjalan, akhirnya kami tiba di Pos Watu Kumpul dan disitulah kami berkumpul dengan group yang lagi satu untuk melepaskan lelah.
Trek sebelum Pos Watu Kumpul
Pos Watu Kumpul
Tak tahulah ini rumput ke apa, tapi serius cantik. Sebenarnya sebelum kami tiba di Pos Watu Kumpul ini di satu lokasi penuh dengan bungaan berwarna kuning yang mirip seperti canola. Cantik tapi tak sempat pun nak ambil gambar, malas nak keluarkan kamera.
15 minit berehat dan bergambar, kami kembali meneruskan perjalanan dan tiba di Pos Batas Kabupaten. Tak komersial sungguh namanya tapi kalau kawan-kawan nak tahu di sinilah terdapat tugu berbatasan antara Kabupaten Semarang, Boyolali dan Magelang. Di sini juga merupakan pertemuan bagi mereka yang mendaki menggunakan jalur Thekelan, Chuntel dan Wekas.
Pos Batas Kabupaten - batuan putih di belakang itu adalah belerang dan masih menghasilkan bau yang emmm kurang menyenangkan.
Saya sebenarnya tertanya-tanya apa yang berlaku di sini; samada saya tersalah dengar atau sekadar khayalan dan saya tak pasti samada teman-teman yang lain turut mendengar apa yang saya dengar. Sepanjang berada di sini hingga kami mula mendaki hingga ke puncak terakhir sebelum turun ke trek di Jambatan Setan, saya terdengar dengan jelas bunyi muzik yang berdentum-dentum. Benar-benar jelas bunyinya. Awalnya saya beranggapan muzik itu dibawa angin dari perkampungan di bawah tetapi macam mustahil pula sebab dikelilingi kami adalah gunung-ganang. Persoalan yang tak terjawab hingga ke hari ini..
Kami berhenti hampir sejam di Batas Kabupaten ini untuk mengisi perut; buah-buahan dan jeli sahaja. Tak sanggup nak makan berat kerana jarak perjalanan kami masih jauh. Sambil-sambil itu kami melayan pemandangan yang tiada tandingannya..
Mereka yang sedang sibuk memotong buah dan jeli.
Kabut tak henti hadir tengahari itu
Langit yang membiru dan cuaca yang sangat panas tengahari tu...
Layan ajelah..
* bersambung
sayangnya batuan diconteng-conteng
ReplyDeletewow... bunyi2an dari alam sebelah kah? nasib baik tak dengar. nasib baik lg takde deria ke 6. kalo x mgkin diselubungi kemisteriusan x berkesudahan jgk. #ayatapakahini.
ReplyDeleteSebenarnya brharap dpt tido atas kapet dlm hutan. tp andika pilih berteduh di bawah pohon rendang.#nasibbaikxdederiake6. haha