Pages

Friday, May 13, 2016

Jogja Kuliner : Warung Makan Penyetan D8 Kledokan ~ Pedasnya, Ya Ampun...

"Kak Zila, mahu berapa cabe nya?"

Saya lihat pada kertas yang ada di hadapan mata, ada yang meminta sehingga 20 biji cili sekaligus. Saya hanya membayangkan "arghh pedas yang biasa-biasa aje.."

"10 biji.."

"Are you sure?"

"Yupp, biasa kalau di rumah itu 25 biji cabe saya gunakan untuk buat sambal belacan.."

"Ok, pasti nggak nyesalkan?"

Jadinya, saya kekal dengan pilihan 10 biji cili dan Hera pula dengan 15 biji cili untuk set ayam dan terung penyet kami.
Menunya seperti di kain rentang. Masuk aje warung harus tullis apa pilihan menu masing-masing berserta jumlah cili/cabe yang diinginkan.

15 minit menanti, akhirnya menu pilihan kami pun sampai. Tanggapan pertama, sangat menarik. Maklumlah sudah beberapa hari saya tidak pekena nasi dalam erti kata yang sebenar. Saya cubit sedikit ayam dan terung goreng yang disaluti cili dan terus saya masukkan ke mulut. Suku saat yang pertama, fuhh sedap giler tak hengat donia. Bila rasa cili mulai serasi di tekak saya, tak sampai seminit saya dah terasa bahang kepedasan mulai memenuhi tekak dan mulut saya.

"Gimana kak, pedas nggak?"

"I'm ok..enak banggat sih..."

Dasar ego setinggi langit ketujuh walhal waktu itu saya rasa tekak saya bagai nak pecah kepedasan. Saya ambil secubit lagi dan masukkan ke mulut. Sejurus makanan masuk ke tekak, terus saya mengelepur kepedasan! 
Ayam penyet dan terung penyet yang enak bangat! Wajib try kalau ke Jogja.

"Ini cabe apa? Pedas bangat..saya nggak tahan!"

Waktu ini kepala saya bagi nak pecah, air mata dan hidung memang mengalir keluar dan jari-jari tangan saya habis pijar kesemuanya. Yang peliknya walaupun tahap kepedasannya tak dapat saya bendung tapi saya tak boleh berhenti dari mengunyahnya. Sedap giler dan saya benar-benar merasa puas! Saya makan sampai licin sepinggan nasi.

"air!! air..!!! air!!!!"

"hahaha..next time 7 biji aja cabenya, Kak..." 

"ternyata cabe di sini berbeza dengan cabe di Msia..pedasnya ya ampun, kepala saya terasa mau pecah!!"

Dari segelas es teh saya minta tambah segelas lagi. Itu juga tetap tak mampu menghilangkan kepedasan saya.
Cabenya itu umpama cabe dari neraka, pedasnya ya ampun terasa mau terjun lombong dibuatnya!

Menurut Hera, warung ini merupakan top 10 tempat makan yang wajib dikunjungi di Jogja. Dibuka setiap hari dan harga yang ditawarkan benar-benar murah. Bayangkan sepinggan nasi + ayam dan terung penyet berserta 1 gelas ais teh berharga cuma Rp12,000 (sekitar RM4). Mungkin kerana harga yang ditawarkan benar-benar terjangkau dan kualiti makanan yang benar-benar enak, warung ini menjadi tumpuan warga tempatan dari pagi hinggalah ke lewat petang. Menurut Hera lagi, kadangkala jam 2.00pm, warung ini dah pun ditutup kerana kehabisan makanan.
 Saya lupa nama mamat ne, super-duper peramah dan kelakar tapi sayangnya bahasa Jawanya terlalu pekat hinggakan saya tak berapa nak faham apa yang dikatakannya.
 Dalaman warung yang memang santai habis!

Hanya kerana 10 biji cabe, perut saya kepanasan hampir 2 hari...

13 comments:

  1. Heraaa..aku nak ke sini jugak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sms hera lah kalau mau..hera tak masuk sini :)

      Delete
  2. sambal ayam penyet memang pedas menyengat...perghh, nama gerai ni..special sungguh..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, ne mesti baca penyetan dan bukannya 'penyet'an kan? ;)

      Delete
  3. Teringat gurami di Sendang Ayu Jogja
    Tempat makan di kolam ikan..enak banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. ne kat mana pula nekcik? macam hebat je namanya...

      Delete
  4. Ok, nia suka pedas ... Tengok gmbr mmg menarik sgt , tapi tak nmpk mcm pedas sgt . Bila baca zilla ckp , pedas smpai nak kuar air mata tue memang betul2 terbakar tue . Kena cuba nie if dtg Yogja lagi . =) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tahap kepedasannya, sampai boleh gila dibuatnya nia :D next time kalau ke jogja sila singgah untuk uji tahap kegilaannya :D

      Delete
  5. Betul Zilla, kepedasan cili kat Indo ni tak leh blah betul. Pernah alami menda yanga sama during our recent trip to Jakarta. Kawan bawakkan kami ke satu warung makan ni yang jual aneka jenis lauk dan sambal. Famous among pelajar2 Universiti Indonesia. Saya yang tahan pedas ni berulang kali minum air. Tak tahan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Zara? Walaupun cilinya nampak sama macam cili di sini tapi tahap kepedasannya memang sgt2 berbeza..kalah cili api kita di sini..saya tak pernah rasa panasnya perut sampai 2 hari..tangan pun pijar...esoknya bila teman saya bawa makan oseng mercon (juga pedas tak hengat donia), langsung saya cirit birit :D

      Delete
  6. masa baca tu macam dapat rasa betapa pedasnya cili2 tu..

    ReplyDelete