Kali kedua saya singgah ke Talay Buadaeng. Masing-masing memang teruja untuk ke sini bila melihatkan lautan teratai pada trip yang saya lakukan pada 2014. Sayangnya jangkaan masing-masing jauh meleset. Kemeriahan lautan teratai di penghujung tahun 2015 adalah sesendu-sendunya. Saya sendiri pun tak pasti apa yang berlaku di sini.
Sendu...
Untuk pengalaman saya di tahun 2014 boleh baca di sini Thailand 2014 : Day 3 (Part I) ~ Talay Buadaeng, Kumphawapi
Untuk ke Kumphawapi dari Pittsanulok mengambil masa sekitar 8 jam perjalanan. Kalau nak cuba route ini sila rancang perjalanan sebaiknya sebab jaraknya yang terlalu jauh. Kami tiba di Kumphawapi agak lewat malam dan bermalam di salah satu guesthouse yang terletak kira-kira 500 meter dari lake.
Harga sewa sebiji bot adalah 500baht. Masih murah kalau nak dibandingkan bayaran masuk di lain-lain tempat di sekitar Thai. Bot dah ada, jomlah kita ke tengah tasik.
Akar teratai pun takde di tengah tasik. Kecewa yang amat sangatlah!
Saki-baki teratai yang ada. Itu pun berdekatan dengan jeti.
Ini baru betul teratai layu ditasik madu huhuhu!
Layan ajelah dari takde langsung...
tetap cantik walaupunm sikit... hargailah yg sedikit itu ye tak?
ReplyDeleteyup, kay..memadailah apa yang ada dari takde langsung; sekurang2nya takdelah frust sgt dtg jauh2kan?
DeleteZilla, selamat berpuasa :D
ReplyDeleteKalau tengok entry Zilla utk 2014 tu boleh terasa kesenduan tasik ni kali ni..
hello kay,
Deleteselamat berpuasa ;)
Emm, sendu dan amat menyedihkan! Harap mereka buat sesuatulah agar tak luput terus teratai2 tu di situ huhuhu