Kami dimaklumkan di Pos III ada kira-kira seribu pendaki yang sedang berkhemah di situ. Giler punya ramai, dah gaya pesta pun ada! Masalah buat kami untuk mencari lokasi terbaik untuk mendirikan khemah kerana rata-rata kawasan yang rata telah terpacak dengan khemah pelbagai warna. Yang ada, semuanya mencerun dan ternyata kami tiada pilihan dan kami ambil keputusan untuk pacak aje khemah di antara lautan khemah yang ada. Akibatnya bila baringkan diri di dalamnya tiap kali itulah saya mengelongsor ke bawah. Haih, alih-alih lantaklah yang penting tidur tetap tidur!
Lautan khemah, nampak aje landai tapi hakikatnya...
Khemah dah tersedia, kami ambil giliran untuk melelapkan mata, memasak dan mengisi perut. Maklumlah sepanjang malam mendaki, otak pun dah tak berapa nak berfungsi kerana kepenatan. Waktu ini cuaca tersangatlah teriknya lebih-lebih lagi di trek Guntur ini yang ada hanyalah lalang jadinya memang terasa bahangnya itu. Opps sebelum terlupa, ada beberapa peraturan yang ditetapkan oleh volunteer di sini bagi memelihara ekosistem (katanya!).Ubat gigi, syampu mahupun sabun tidak dibenarkan digunakan di sini bagi memastikan air sungai yang mengalir tidak tercemar (opps, tak nak komen lelebih mengenainya). Untuk membuang air kecil/besar pun harus jauh dari sungai tapi sayangnya dan saya kira memang masalah utama mana-mana gunung toilet paper atau wet tissue berselerakan di tiap sudut. Paling best, trek utama laluan pendakian untuk turun/naik berbau sikit gila punya hancing! Kot ya pun tak tahan, agak-agaklah. Muntah darah weiii dengan bau yang terhasil! Selain daripada itu, perkara paling utama yang kawan-kawan perlu tahu dan perlu ambil perhatian, sila jaga barangan berharga baik-baik. Kalau boleh simpan dalam baju, silalah simpan. Bukan apa, Gunung Guntur ini terkenal dengan maling nya atau pencuri. Kalau tak percaya, sila google mengenainya.
Kembali ke cerita asal.
Masing-masing sudah kembali segar. Persoalan utama "nak naik ke puncak atau pun tidak?". Bukan apa, bila melihatkan keadaan salah seorang daripada kami yang berada dalam kondisi yang kurang bagus rasanya persetujuan bersama perlu dicapai sama ada mahu nanjak atau tidak ke puncak. Berkali-kali bertanya, akhirnya masing-masing sepakat untuk naik. Saya sendiri secara peribadi, ingin cuba ke puncak dan andai kata tidak berjaya pun tidak mengapa kerana kesepakatan itu lebih utama.
Dalam jam 1.00pm, baru kami memulakan pendakian ke puncak. Walaupun sudah agak lewat petang tetapi kami tetap ingin mencuba dan ternyata kalau dah tercatit bukan rezeki kita, sekuat mana pun kita berusaha ianya tetap tidak akan menjadi milik kita. Sedih dan kecewa tetapi keselamatan kami yang paling utama. Tak lari gunung dikejar dan saya punya keinginan untuk kembalil semula ke Guntur dan menawan puncaknya!
Kabus dah mai!
Berapa puncak yang ada sebenarnya ni?
Guntur
itu bukan ada satu puncak tetapi ada 2,3 dan ehh 5 puncak ke semuanya.
Tak percaya? Silalah percaya. Untuk tiba di puncak pertama dari Pos III
mengambil masa lebih kurang 3 - 5 jam bergantung kepada keadaan fizikal
masing-masing. Nah, bila dah sampai puncak pertama akan kelihatan puncak
berikutnya dan berikutnya. Puncak-puncak ini memang tidak akan
kelihatan dari bawah harus mendaki ke puncak pertama untuk melihat
puncak-puncak yang berikutnya. Trek, ya ampun azabnya! Makin ke atas
kami mendaki dan ternyata makin jauh puncak pertama yang betul-betul
berada di atas kami.
Ya ampun, treknya tak ubah macam Rinjani pun ada. Saya lebih rela keluar/masuk hutan dari mendaki di atas batuan kecil yang tidak stabil. Penatnya sangat luar biasa.
Berhadapan dengan badai/ribut
Cuaca yang awalnya terang tiba-tiba bertukar arah menjadi mendung dan hujan mulai turun selebatnya. Kabut tebal juga mulai hadir. Awalnya kami ambil keputusan untuk tetap meneruskan perjalanan menuju puncak pertama tetapi sayangnya 30 minit terakhir kami diminta turun oleh pendaki-pendaki yang sedang bergerak turun dari puncak pertama.
"Turun..turun! Badai di atas...."
Seksaan apakah ini?
Awalnya kami buat tak tahu sahaja tetapi tiap kali berselisih dengan pendaki lainnya, arahan yang sama diberikan kami akhirnya sepakat untuk turun. Lebih-lebih lagi saat itu angin bertiup dengan amat kencang dan hujan turun selebatnya, jadinya ini bukan masanya untuk kekal ego yang ada. Keselamatan lebih utama. Dalam kepayahan kami mulai bergerak turun. Trek yang basah dan kecerunannya amat menyukarkan kami untuk bergerak turun. Nak berlari, takut. Pilihan yang ada adalah mengelongsor turun.
"Awas, batu!!!!"
"Arghhhh..Aduhhhhh..sakitt!!"
Ternyata kamu sememangnya begitu kejam, wahai si Guntur.
Tersesat dari trek asal
Kabut ternyata begitu tebal dan kami hanya mengikut gerak hati untuk memastikan kami berada di trek yang betul. Dalam keadaan seperti ini, bergerak secara berkumpulan adalah yang terbaik dan jangan sesekali terpisah dari kumpulan. Sangat bahaya...
"Kita ada jumpa tak pokok ini masa naik tadi..."
"Kita lalu sini tak tadi?"
"Batu besar, mana? Batu besar?"
"Jaja, cari trek..cari trekkkkk!"
Kabus oh kabus!
Gilak. Ini betul-betul gilak. Gerak hati saya menyatakan kami dah tersasar jauh dari trek asal tetapi entahlah dalam keadaan kabut yang tebal giler saya tak pasti arah mana yang patut kami tuju untuk kembali ke trek yang sepatutnya. Kami hanya berpandukan bunyi air sungai, bunyi motor (hah, yang ini saya tak tahu mana datangnya dan bunyi itu terlalu jelas) untuk mencari arah menuju Pos III. Tiba di satu lokasi, tiba-tiba kami terdengar suara-suara manusia dan tetiba kabut beransur sedikit untuk memberikan kami petunjuk di mana lokasi sebenar Pos III. Ternyata suara-suara itu adalah suarah dari Ma'dun dan pendaki yang lain yang sedang berusaha mengesan kami.
Syukur, kami tidak tersasar jauh ke arah hutan dan kami tiba di Pos III dengan selamatnya dalam kesejukan yang amat sangat.
Hujan Sepanjang Malam
Plan asal untuk bermalam di Pos III tetapi kami dimaklumkan oleh Ma'dun kami harus turun juga malam itu ke base camp. Selepas menghangatkan badan dan mengisi perut yang kelaparan dalam hujan itu kami bersiap untuk menapak turun ke base camp. Untuk turun kami mengambil trek yang berlainan dan kali ini trek dipenuhi dengan batuan besar dan licin. Perjalanan turun kali ini terasa aura keseramannya mungkin kerana hanya kami sahaja yang ada. Kami tiba di base camp sekitar jam 12.++ tengah malam.
Penat...
Pulangkan kasut kami, wahai si pencuri!
Bengong!
Hiking shoes dan stokin busuk saya dan Jaja hilang dirembat pencuri begitu selipar jepun Dhia juga turut menjadi mangsa. Yang syoknya, dalam sekelip mata aje boleh hilang waktu kami sedang ambil giliran untuk tunaikan solat Subuh. Sedih kerana itu kasut kesayangan saya...
Tak terkata dibuatnya..
Kami bergerak meninggalkan base camp menuju ke Jakarta dalam jam 8.00am. Seribu satu kenangan dan paling utama terima kasih tak terhingga buat Amin, Jaja, Sumayyah, Diana dan Dhia (jangan kata akak tak sebut nama korang pula ekk) kerana menjadi sebahagian dari pengalaman ini.
Jumpa lagi di lain gunung (err kena cari kasut dulu...).
pengalaman yang sangat menarik Mbak Zilla. memang tingkat kesulitan mendaki gunung bukan hanya urusan tinggi rendahnya gunung itu. di Bogor ada gunung Salak yang tidak terlalu tinggi tapi jarang ada orang yang mau mendaki ke sana. terlalu mistik.
ReplyDeleteSekarang mendaki gunung sedang menjadi gaya hidup di kalangan anak-anak muda, kebanyakan mereka bukan pecinta alam sejati. Makanya gunung sudah seperti pasar ramenya, kotor dengan sampah. sayang sekali
Benar, Mas Gunadi..kegiatan gunung sekarang sudah menjadi trend tidak seperti dulu..nak kerna itu kesedaran itu kurang..lihat sahaja dari segi pemakaiannya, tidak ubah seperti ingin ke mall walhal ke gunung itu banyak aturan yang perlu dititikberatkan..bukan boleh sebarangan aja...
Deletegunung salak? macam-macam kisah yang didengarkan kepada saya..seram mas..nggak sanggup saya :D