Hari terakhir.
Kecewa dengan milky way yang tidak kelihatan, kami berharap nasib menyebelahi kali ini untuk melihat sunrise. Walaupun langit tetap berawan tetapi tetap bersyukur bila mana matahari tetap muncul juga pagi itu. Untuk melihat sunrise, kami harus memanjat anak bukit yang tak berapa nak tinggi di pinggir savannah 2.
Syahdu sangat rasanya bila melihatkan suasana seperti ini.
Hampir 30 minit menanti, akhirnya muncul juga. Berbaloi sangat rasanya.
Lokasi untuk melihat sunrise ini betul-betul berada di lereng bukit. Angin bertiup amat kencang pagi tu; terasa melayang badan dibuatnya dan sesak nafas dek kerana menahan kesejukan yang ada. Apa yang pasti walaupun nyawa hampir terputus dibuatnya tetapi dengan view yang dihidangkan di hadapan mata hilang segala kesakitan yang terpaksa ditanggung. Dengan Mt. Merapi di sisi, terasa diri ini sebenarnya bukanlah siapa-siapa pun. Betapa gagahnya sang Merapi dan sesekali puncaknya ditutupi awan; suatu hari nanti InsyaAllah kamu ingin aku tawan.
Mt. Merapi yang terus aktif - terasa kerdil sangat diri..
Savannah 2. Cuba teka mana puncak Kenteng Songo ;-)
Jom turun!
Puas mengangumi keindahan yang ada, tiba masa untuk ucap selamat tinggal. Kami harus bergerak turun untuk bersiap sedia untuk pendakian turun ke base camp di Selo. Itu pun kami antara kumpulan yang terakhir meninggalkan savannah 2; kira-kira jam 10.00am baru bergerak turun.
Bersiap untuk turun
Pemandangan Mt. Merapi dari lokasi berhadapan khemah kami
Bergambar kenangan dengan Jard & geng di sini. Ternyata naluri saya tak pernah salah; bertemu juga beliau di sini. [Pic : Syikin]
Jangan ditanya bagaimana trek dari Savannah 2 menuju ke base camp di Selo. Kalau diberi pilihan atau sememangnya ada pilihan trek lain menuju ke Selo pasti saya akan memilihnya. Giler punya mencanak treknya! Nanges!!! Sesiapa nak tahu bagaimana treknya, silalah cuba dan rasai sendiri tentangannya! Saya, serius dah tak sanggup hehehe! Satu kenangan yang tak boleh saya lupa, bila kami di'kepung' oleh sekumpulan monyet/beruk di Pos I. Tak pernah-pernah kot berhadapan dengan keadaan macam ini, sampai kami terpaksa angkat beg dan cabut cepat-cepat dari lokasi berkenaan.
Kami tiba di base camp Pak Parman di Selo tepat jam 1.15pm. Manakala group kedua tiba, 30 minit kemudian. Waktu ini memang tak tau nak kata apa dah, tersandar keletihan tak mampu nak berfikir panjang.
Senyum dalam pasrah [Pic : Syikin]
Kami tiba di base camp Pak Parman di Selo tepat jam 1.15pm. Manakala group kedua tiba, 30 minit kemudian. Waktu ini memang tak tau nak kata apa dah, tersandar keletihan tak mampu nak berfikir panjang.
Akhirnya....
Desa Selo.
Kami berangkat pulang ke Jogja sekitar jam 5.++pm. Lama giler kot kami melepak di base camp Pak Parman. Malam itu, kami lepak dengan Andika & geng sebelum Syikin dan Fida berangkat ke Surabaya untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.
3 hari yang penuh dengan kenangan dan terima kasih buat Fida dan Syikin kerana sudi 'menggilakan' diri bersama-sama saya; terima kasih untuk semangat yang kalian 'pinjam'kan sepanjang 3 hari ini...
****
“Dari Titik Nol kita berangkat, kepada Titik Nol kita kembali. Tiada
kisah cinta yang tak berbubuh noktah, tiada pesta yang tanpa bubar,
tiada pertemuan yang tanpa perpisahan, tiada perjalanan yang tanpa
pulang.” - Agustinus Wibowo
Keren...
ReplyDeleteakhirnya, kan mifta? udah bertahun kita rencana untuk ke sini ternyata 2016 baru bisa jadi kenyataan :)
Delete