Sumut Trip 2016 : Bukit Kapur Sumber Air Panas Sipoholon, Tarutung
8 jam perjalanan dari Kuala Namu menuju Asahan sangat melelahkan. Saya tidak pasti laluan mana yang kami ambil kerana pengsan sepanjang perjalanan. Sedar-sedar waktu kenderaan sudah memasuki kabupetan Asahan dan kami berhenti di pinggir jalan untuk Air Terjun Sigura Gura. Kenapa hanya dipinggir jalan? Kalau kawan-kawan nak tahu, tiada akses untuk ke Sigura Gura. Maksudnya di sini, kita hanya mampu melihat air terjun ini dari jauh sahaja.
Sigura Gura di kejauhan itu.
Hati-hati waktu berhenti di pinggir jalan kerana di sini banyak giler monyet yang garang-garang belaka. Kami berhenti di sini cuma seketika kerana tak sanggup nak berhadapan dengan kegarangan monyet-monyet yang ada huhuhu. Dari Sigaru Garu, kami bergerak menuju ke Air Terjun Ponot dengan jarak lebih kurang sejam perjalanan.
Air Terjun Ponot merupakan air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 250 meter dan sumber airnya berasal dari Sungai Asahan. Untuk rapat ke air terjun ini agak memerah kudrat kerana perlu menapak dari kawasan parking dan perlu menapak di balik batuan yang ada. Awas kerana batuan di sini sangat licin dan sila pakai baju hujan jika tidak berniat untuk membasahkan diri kerana semburan airnya memang *fuhhh sekejap aje dah lencun. Airnya pun dingin giler *tak sanggup!!
Tinggi giler!
Saya teringin nak tengok macam mana keadaan di atas tebing ini sebelum airnya jatuh ke bawah.
Kawasan di sini mengingatkan saya tentang ngarai di Bukit Tinggi nun. Saya tak tahu macam mana nak cerita tahap kekaguman saya dengan keadaan di sekitar air terjun ini. Kalau ikutkan dalam kepala saya ini macam-macam persoalan yang timbul dan saya sendiri pun tak tahu mana nak cari jawapannya. Di sekitar si Ponot ini banyak air terjun yang bersaiz lebih kecil mengalir dari dinding ngarai. Err, korang harus singgah di sinilah kalau ke Medan untuk saksikan/rasai sendiri apa yang saya saksikan/rasai.
Layan gambar.
Kerdilnya Hana di sisi si Ponot
Kitaorang panjat ke atas untuk lihat sendiri di mana air ini jatuh. Hati-hati di sini kerana licin dan saya dimaklumkan di kolam ini tidak dibenarkan untuk mandi-manda kerana dalam.
Banyak giler bongkah batu yang saya tak tahu dari mana asalnya.
Bestnya. ...zilla akhir tahun ada program tak ?
ReplyDeletebuat masa ni takde lagi encik...tengoklah macam mana nanti...
DeleteOk saya mengaku saya pergi google "ngarai" hehe
ReplyDeleteZilla panjat smpi atas 250m tu ke? Ada apa kat atas?
Batu-batu besar tu agak mengerikan, meremang bulu roma bila bayangkan kalau tiba2 batu tu bergolek.
ngarai tu canyon, kay...
Deletetakde maknanya saya nak panjat kay..takat panjat batu2 untuk ke air terjun tu aje hehehe
tu kalau musim hujan, lagi besar air jatuh...macam banjir...
ReplyDeletefuhh dah boleh bayang macam mana keadaannya, Irdhi..btw, bila nak lepak sesama..rindu nak gosip2 dengan kamu
DeleteMemang peminat hiking yang tegar.
ReplyDeleteerr takdelah tegar mana pun encik...badan dah tua, dah tak larat pun huhuhu
DeleteSubhanallah...wow
ReplyDeletelama tak nampak, rin di sini :)
Delete