Jika di tahun 2015, saya singgah di Dolok Tinggi Raja untuk tahun 2016 ini pula saya ke Tarutung untuk melihat sumber air panas yang hampir mirip seperti di Dolok Tinggi Raja cuma dalam versi yang sedikit berbeza. Apa yang membezakannya? Ok, paling penting tak perlu nak redah hutan-banat untuk tiba ke sumber air panas ini. Lokasinya betul-betul berada di berada di pinggir jalan utama dan berada betul-betul di belakang Hotel BBC lokasi di mana kami menginap di Sipoholon.
Sipoholon terletak di Tarutung, kabupaten Tapanuli Utara. Dari kota Medan ke Sipoholon mengambil masa lebih kurang 6 hingga 8 jam perjalanan bergantung kepada keadaan jalan. Untuk makluman kawan-kawan, sumber air panas di sini berpunca dari Gunung Martimban yang terletak tidak jauh dari lokasi bukit kapur ini. Airnya memang benar-benar panas dan penduduk tempatan mengalir sumber air panas ini terus ke rumah masing-masing dan kalau kawan-kawan nak tahu banyak sekali tempat permandian/kolam air panas di kawasan ini yang dibuka kepada pengunjung. Bayaran masuk untuk permandian air panas ini adalah Rp5,000/orang.
Seperti yang dah saya katakan dari awal, bukit kapur ini berada betul-betul di belakang hotel kami menginap. Jadinya, masuk adalah percuma (tak pasti berapa bayaran masuk untuk orang awam). Air panas memang di setiap tempat; cuma suhunya aje yang membezakan. Ada yang suam-suam kuku dan ada yang betul-betul panas (terjerit jugalah waktu tersentuh). Hati-hati juga waktu melangkah di sini kerana batuannya yang agak licin.
Layan.
Bukit kapur
Air panas ini dikatakan mengandungi soda dan sulfur sesuai untuk mengubat penyakit kulit.
Nak panjat batu itu pun bukan mudah - katanya terhasil dari aktiviti penambang yang dilakukan oleh penduduk tempatan.
Cantik!
Seperti sungai panas..
Aliran yang dibuat oleh penduduk tempatan untuk mengalirkan air panas ke rumah mereka
Pemandangan dari atas bukit kapur
Asskum ..zilla bila pgi tu.....seblum puasa ke?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Encik..
DeleteBulan 3 haritu..dah lama baru nak update..
sempat merasa air panas masa kat Brastagi, tengok gambo2 kat atas ni rasanya kat Tarutung lagi baik kot? Macam lagi luas tempat ni banding dengan Dolok Tinggi
ReplyDelete~zellyn hazel~
zellyn,
Deletelamanya tak menyembang huhuhu
kalau nak dibandingkan antara keduanya, air panas brastagi lagi best..airnya lagi panas dan kandungan sulfurnya lebih menyengat...air panas di tarutung ne ala2 suam2 manja gitu...bau sulfur pun tak berapa nak kuat..kalau dari segi keluasan, emm dolok tinggi lagi luas dan lagi cantik, wak...
kan, perati je orang tu g sana sini..kita tengah kuarantin hehe
DeleteOoo camtu ke..ke sbb Brastagi sejuk, tu yang rasa airnyer lagi paneh
~zellyn hazel~
kita pun dah kena kuarantin juga ne tau huhuhu..
Deletetarutung pun sjuk beku, zellyn..saya rasa tahap kepanasannya bergantung kepada suhu air panas yang dialirkan itu (teori sendiri hehehe)
menarik tempat ini....berasap sungguh.
ReplyDeleteberasap tapi bau dia tak sebusuk mana..mungkin kandungan sulfur di sini tidak terlalu tinggi *teori saya
Delete