Chocolate Ville?
Apa tu?
Info berkenaan kewujudan tempat ini sebenarnya dikongsikan oleh Cherry dari Siam Van Travel yang mana service mereka saya gunakan untuk trip Thailand di tahun 2015. Saya
membayangkan tempat ini tak ubah macam kedai menjual pelbagai jenis
coklat. Namun setelah saya google ternyata bayangkan saya itu meleset
sama sekali. Cantik giler gambar-gambar di internet berkenaan tempat
ini. Terus pasang angan-angan nak singgah suatu hari nanti.
Tempohari, saya berkesempatan untuk ke Bangkok dan singgah di sini. Sayangnya salah waktu. Tempat ini tidak dibuka lagi kepada pengunjung. Sungguh, saya tak tahu pula ada tempat ini hanya dibuka dari jam 4.00pm hingga 12.00am. Saya tiba di sini sekitar jam 3.00pm, hanya mampu lihat dari luar sahaja kerana kawasannya yang berpagar. Haih, sakitnya hati!
Ada mini harbour di sini
Untuk makluman kawan-kawan, Chocolate Ville ini terletak di Khan Na Yao, kira-kira 40 minit hingga sejam perjalanan dari kota Bangkok bergantung kepada traffic. Tiada pengangkutan awam untuk ke sini kecuali teksi. Tambang teksi adalah sekitar 200baht - 500baht untuk sekali jalan dan sila pastikan teksi menggunakan meter kalau mahu ke sini (kalau tak mahu kena 'ketuk') dan masuk adalah percuma.
Ada lighthouse! Sayang tak dapat masuk huhuhu
Chocolate Ville ini sebenarnya adalah tempat makan sebenarnya dan tiada makanan halal yang dijual di sini. Sekadar nak lepak-lepak dan layan kopi secawan dua, bolehlah. Selain menjual makanan, tarikan utama di sini adalah lokasinya yang dihias indah untuk menarik pengunjung untuk singgah di sini. Mungkin kalau rajin, kawan-kawan boleh google untuk melihat gambar-gambar di sekitar Chocolate Ville ini. Apa yang pasti, waktu saya tiba di sini dah ramai yang beratur di pintu masuk!
Cantik!
Alamat :
Chocolate Ville,
351, Khan Na Yao, Bangkok
Thailand
Phone:+66 83 077 3738
memang san gat cantik view di sini.
ReplyDeleteview malam yang sebenarnya cantik sesangat..cuma tulah, takde makanan halal..kalau tidak syok kot pekena makanan kat sini sambil layan view
Deletek.zilla nak pi sini roger eja,nak repeat xpuas bergambo
ReplyDeleteamboi, tak puas lagi ekk? wokey, eja..apa2 nanti akak roger..
DeleteTempatnya cantik. Saya pikir tadinya ada banyak berjualan chocolate di sini. Sayang sekali tidak ada makanan halal ya...
ReplyDeleteSalam kenal...