Pages

Monday, July 4, 2016

Sumut Trip 2016 : Air Terjun Siparis, Simalungun

Emm, jangan tanya kenapa nama air terjun ini Siparis kerana saya sendiri takde jawapannya setelah mengutarakan soalan yang sama pada guide kami.

Untuk ke air terjun ini, kita harus trekking redah kebun penduduk tempatan, redah anak sungai, trekking masuk hutan dengan perjalanan kira-kira 1.5jam juga untuk tiba di air terjun. Ehh, tapi itu baru sebahagian dari air terjun ini kerana air terjun Siparis ini terletak di kawasan yang agak tersorok tau. Kalau orang tak tahu, memang takkan jumpa Siparis dan cabaran untuk tiba ke lokasi sebenarnya agak mencabar jugalah. Kena redah air yang mengalir deras, berjalan di celah bongkah batu dan perlu meniti di batang pokok yang telah tumbang sebelum berjumpa dengan Siparis.
 Sawah yang dah dituai - trek awal menuju Siparis
Masuk pula sungai. Kalau berhajat nak ke sini tak payah berangan nak pakai lawa-lawa; takde maknanya.
 Air terjun pertama yang kitaorang jumpa terletak di kawasan kebun penduduk tempatan. Budak-budak ni siap berendam sat di sini - air, sejuk beku hingga ke tulang!
 Air terjun lagi. Emm, Siparis berada di sebaliknya.
 Cabaran terakhir, berjalan atas kayu balak ini. Hati-hati di sini agar tak tergelincir. Bukan apa, kalaulah jatuh memang selamat jalan huhuhu
 Inilah dia Siparis. Walaupun tidaklah setinggi mana air terjun tapi tetap ada keunikannya. Paling penting bersih dari sampah sarap dan kesesakan pengunjung. Moga keindahan dan kebersihannya akan berkekalan.


Satu perkara yang perlu diambil perhatian di sini, kalau agak-agak cuaca bertukar mendung dan hujan sila cepat-cepat beredar. Bukan apa takut tetiba muncul kepala air, tak tahu mana nak lari nanti. Jika kawan-kawan ke Medan, silalah berkunjung ke air terjun Siparis dan rasakan sendiri sensasinya - err sejuk beku airnya tapi best weiiii!!

4 comments:

  1. Cantiknya air terjun. Setiap air terjun ada keunikannya sendiri kan :)

    Selamat hari raya aidilfitri tuan blog 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Siqah

      Benar tu. Lagi satu, hati2 dengan kecantikannya. Kadangkala ada bahaya yang menanti..

      Delete
  2. Konfem eja tak lepas meniti atas kayu balak tu,i have bad balance hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau bab tu, ada yang akan membantu utk elakkan dari 'kedebusshh' jatuh ke bawah ;)

      Delete