Pages

Friday, August 19, 2016

5D 4N Bangkok & Pattaya Itinerary

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog. Dari last week sebenarnya saya ambil cuti dan pulang ke kampung kerana kurang sihat. Selain lepak di rumah sempat turun ke Kuantan dengan mak sebelum dapat panggilan kecemasan dari adik; mata anaknya tercucuk buluh waktu mengait buah rambutan. La ne, anaknya tak dapat melihat dan pembedahan sepenuhnya akan berlangsung 2 minggu lagi untuk mencantumkan kembali urat yang terputus. Gara-gara itu, memang lintang-pukang keadaan kami sekeluarga kerana harus berkejar ke sana-sini.

Kembali ke tujuan asal, agar blog tak terusan bersawang, saya kongsikan itinerary untuk trip Bangkok dan Pattaya awal tahun tempohari. Trip ini sebenarnya bukan trip biasa. Kali ini saya diminta menjadi guide untuk sepasang warga emas yang teringin nak melihat negara gajah putih ini. Mereka sendiri yang meminta untuk singgah di Pattaya 2 malam dan selebihnya di Bangkok. Moga perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan yang baru merancang untuk bercuti di Bangkok dan sekitarnya.

 Mimosa Pattaya 

i) Itinerary 
Agak pening sebenarnya untuk menyusun itinerary kerana saya diberi masa tak sampai pun seminggu untuk menguruskan kesemuanya kecuali tiket flight. Awalnya saya menyarankan mereka singgah di Kanchanaburi kerana sejarahnya yang menarik tetapi mereka menolak dan memilih untuk ke Pattaya setelah melihat video mengenainya di youtube. Aktiviti juga perlu lebih santai dan saya ikutkan sahaja. 

Day 1 : KL - Bangkok - Pattaya
  • Bangkok - Pattaya by car (2.5j)
  • Check in guesthouse
  • Central Festival Plaza (halal food)

Day 2 : Pattaya - Bangkok
  • Jomtien Beach
  • Mimosa (entrance fee : 300baht/person)
  • Nong Nooch (entrance fee : 500baht/person)
  • Masjid Darul Ibadah, Pattaya
  • Pattaya - Bangkok
  • Check in guesthouse

Day 3 : Bangkok
  • Damnoen Saduak Floating Market (boat fee : 800baht/1 hour)
  • Safari World (entrance fee - safari park: 800baht/person)
  • Chocolate Ville
  • MBK Plaza (halal food)

Day 4 : Bangkok
  • MBK Plaza
  • Siam Paragon
  • Pratunam

Day 5 : Bangkok - KL
  • Chatuchak Market
  • Back to KL

ii) Transport
Memandangkan trip ini saya bawa warga emas jadinya tak bolehlah nak turun/naik kenderaan awam sesuka hati. Sepanjang 5 hari ini saya telah menyewa kenderaan dari Samart yang saya perolehi dari forum cari setelah mendapat review yang agak baik di situ. Namun, dek kerana Samat ada tetamu lain makanya kami diserahkan kepada temannya. Apa yang pasti, walaupun tetamu agak suka dengan pakcik driver kami tetapi secara peribadi saya memang agak kurang berpuas hati dengan service nya yang asyiklah "no.nooo..nooooo.", "can not..", " dan "bla..bla..bla.". Haishhh!!

* Kos sewa kereta adalah 4500baht/day untuk Pattaya dan 3500baht/day untuk jalan-jalan sekitar Bangkok.

Samat : +66894425114
Kawan Samat : +66804588772
 Nong Nooch

No comments:

Post a Comment