Pages

Thursday, August 25, 2016

Sumut Trip 2016 : Pemandian Air Soda Tarutung, Tapanuli Utara

"airnya bisa langsung di minum jika dahaga..rasanya kayak sprite.."

"biar betul ni?"

Pernah tak kawan-kawan membayangkan untuk mandi-manda dalam lautan air berkarbonat? Kalau tidak pernah, nah sila bayangkan sekarang bagaiamana keadaannya heheheh.
Memang ramai yang berendam-rendam di sini

Pemandian air soda di Tarutung, Tapanuli Utara ini merupakan salah satu daripada 2 lokasi yang ada di dunia. Satu lagi berada di Venuzuela, Amerika. Bagaimana ianya terjadi, anggap sahajalah sebagai salah satu dari tanda kebesaran Ilahi sebabnya setelah saya google sana-sini masih juga tak jumpa jawapannya. 

Air soda di Tarutung ini katanya dijumpa oleh petani dan dikembangkan untuk kegunaan bersama. Jadinya, sila jangan terkejut jika tiba-tiba waktu kekawan sedang berendam datang pakcik dan makcik mencuci diri dan cangkul di sini tau! Dah memang kawasan ini kawasan mereka pun dan dikelilingi oleh sawah padi. Tiada bayaran masuk yang dikenakan di sini, jadinya belasah ajelah sepuasnya (takde siapa pun nak marah).
 Busa air 'sprite'

Awalnya memang saya berangan sangat nak berendam di sini dan merasakan sensasinya (ayat tak boleh blah) tapi bila tiba di tempat kejadian dan lihat punyalah ramai orang yang sedang berendam terus terbatal niat. Segan sangat-sangat. Lagi satu bila Hana bagitahu tentang kedalaman airnya ohh ok, memang sah takkan masuk. Risau pula ada yang mati lemas di situ nanti sebab tak tahu berenang hehehe. Nak sewa pelampung/ban tayar, errr malu weiii! Budak-budak aje yang saya lihat menggunakan pelampung. Akhirnya, saya sekadar mencelupkan kaki dan tangan dipinggir kolam aje (jadilah dari takde).Menurut Hana (yang turun menyelam ke dasar kolam), rasa air soda ini sedikit masin dan memedihkan. Tak tahulah mineral apa yang terkandung di dalam airnya. 
 Err geli tengok busa yang terjadi..

Jika ada yang bertanya berbaloi tak kalau nak singgah di sini dari Medan, emm berbaloilah kot kalau nak cuba sesuatu yang berbeza. Cumanya kena fikirkan semula jaraknya dari kota Medan yang memakan masa sekitar 8 jam perjalanan; lebih berbaloi kalau kawan-kawan menginap di Tapanuli ini semalaman dan explore kawasan lain juga seperti entry saya yang lepas.

4 comments:

  1. naik pesawat la, dari medan ke Silangit, tak la jauh sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi saranan tak penah yang ok kan? semuanya stok ada2, gayanya :P

      Delete
  2. menakjubkan..berbuih mcm tu, nak minum kena fikir 2 3 kali..

    ReplyDelete
  3. Zilla ada rasa tak air tu, tapi klau ramai sangat yang berendam macam tak lalu.

    ReplyDelete