Sambungan dari Vietnam Trip 2016 : Day 2 (Part I) ~ Menuju Mui Ne
1/2 day tour hanya akan bermula pada jam 1.30pm. Untuk tour ini bayaran adalah VND120,000 (ada yang offer VND150,000, pandai-pandai survey mana yang murah) akan singgah di 4 lokasi utama iaitu Fairy Stream, Fishing Village, White Sand Dunes dan Red Sand Dunes. Tour bermula jam 1.30pm; waktu matahari betul-betul terpacak atas kepala. Betul-betul tak sangka dengan keadaan cuaca yang sangat terik di Mui Ne dan kami sendiri sebenarnya tak bersedia pun. Kalau tahu begini keadaannya memang saya angkut topi atau sekurang-kurangnya payung sesiap dari Tanah Melayu huhuhu. Untuk tour ini, jeep akan datang jemput di hotel so tak perlu nak susah payah di situ.
Jeep yang membawa kitaorang petang tu..
Fairy Stream/Suoi Tien
Lokasi pertama kami adalah Fairy Stream. Jaraknya takdelah jauh mana pun dari hostel. Tiada bayaran masuk dikenakan. Di sini kami diberi masa 40 minit oleh tour guide untuk explore Fairy Stream ini dengan cara yang tersendiri.
Fairy Stream ala-ala Grand Canyon jugalah (katanya). Nak ke Grand Canyon yang sebenarnya tak mampu, dapat layan mininya aje pun kira oklah. Di sini ada satu terusan kecil yang mengalir dan kita harus berjalan di terusan ini untuk tiba ke mini canyon. Jangan risau, airnya cetek giler (paras tapak kaki je) cuma yang tak tahan bauan di sekitarnya punyalah busuk! Air yang mengalir tu pun keruh semacam!
Jauh juga nak menapak menuju ke mini canyon. Wajib berkaki ayam di sini. Kalau malas nak angkut selipar/kasut boleh tinggalkan di entrance dengan bayaran VND5,000.
Cantik dan unik. Itu yang mampu saya huraikan berkenaan Fairy Strem ini. Saya sendiri tak mampu nak explore sampai ke hujung sebab kesuntukan masa.
Unik sesangat.
Nampak orang panjat, kitaorang pun panjat sama. Mencungap dibuatnya sebab tanahnya yang berpasir dan kecerunannya yang boleh tahan. Atas tu takde apa pun; kalau nak layan view dari atas bolehlah panjat bukit ni
Hujung sana tu mini canyon nya. Kata orang ada air terjun di sini tapi tak tahulah macam mana keadaannya sebab tak sempat pun nak pergi
Lekuk-lekuk yang terhasil ini katanya menjadi tempat pari-pari bersembunyi
Sepatutnya hanya 40 minit sahaja di sini. Tungggu punya tunggu, dah 1.5jam kami menunggu tapi bayang 4 orang peserta dari Rusia tetap juga tak kelihatan. Masing-masing dah panas montot waktu ini, mana taknya kami ada 3 lokasi yang akan disinggahi. Bila dah lewat macam ni, habis semua plan yang telah disusun oleh guide. Sampai kena turut dengan guide pun masih juga tak kelihatan. Sampaikan guide terpaksa bawa jeep masuk ke entrance untuk jemput mereka dan barulah mereka kelihatan huhuhu.
Fishing Village
Fishing Village
Gara-gara kesuntukan masa, guide cuma berhenti sekejap untuk kami ambil beberapa keping gambar. Itu pun kami sekadar ambil gambar dari pinggir jalan; ambil 2-3 keping gambar terus lari semula ke jeep.
Perkampungan nelayan. Bau semerbak di sini (busuk giler!)
Laut China Selatan
Destinasi seterusnya adalah White Sand Dunes.
* bersambung
No comments:
Post a Comment