Latest projek sempena mc yang panjangggggg...Sekurangnya dapat juga mengisi masa yang terluang, kan?
Projek pertama, kek rugged. Dah lama weii teringin nak join kelas kek rugged ne tapi memanjanglah penuh. Bebaru ni tengok Kak Nieza ada post untuk kelas PJJ kek rugged ni di fb, memang tak fikir panjang terus saya pm beliau dan inilah hasilnya...., berjaya juga saya belajar, buat dan rasa kek yang femes ini. Serius ok, memang sedap giler! Keknya pun walau simpan dalam peti sejuk semalaman still moist. Paling best, bahan asasnya memang simple giler dan tak perlu nak guna mixer untuk bancuh adunan. Memang senang. Alhamdulillah, dapat feedback yang baik dari kekawan office dan berjaya terima tempahan (thanks korang!).
Saiz mini yang saya buat untuk satu projek khidmat masyarakat. Untuk size seperti ini memang sesuai untuk dijadikan door gift untuk sebarang majilis.
Ready untuk dihantar
Yang ini pula size yang lebih besar. Untuk saiz ini saya jual RM5/bekas.
Projek kedua pula, cheese tart muncit yang tengah femes sekarang ini. Dalam gigil kaki nak tekan clutch, sampai jugalah ke Sri Kembangan tu. Untuk kelas ini saya dan yang lain diajar 3 jenis cheese tart iaitu durian cheese tart, coklat cheese tart dan blueberry cheese tart. Paling seronok waktu nak mendeco cheese tart ini, asyik-kusyuk dibuatnya. Dalam 3 jenis ini, fav saya adalah cheese tart durian. Memang 'melt in my mouth' duriannya itu over sangat bunyinya, kan?
Variasi cheese tart muncit/gebu
Sempena kerajinan yang amat sangat sekarang ini, saya nak bagi percuma pada kawan-kawan yang berminat; satu bekas saiz sederhana kek rugged dan 3 biji cheese tart gebu. Opps, tapi tak semualah. Terhad untuk 10 orang sahaja dengan syarat self pick up di Putrajaya atau Puchong sahaja. Siapa yang berminat, sila drop komen dan pm saya contact no atau email untuk saya hubungi.
TQ
aduh. lapar terus tengok kek ni
ReplyDeleteMaaflah ye..takde niat bt kamu lapar ;-)
Deletejauh sgt ni puchong/putrajaya sana, rajin awak (terus nak google kek rugged)
ReplyDeleteKay kat kuantan, kan? Hah tunggu saya balik sana nanti saya roger2
Deletesedapnyaaaa... nak orderrr!!!
ReplyDeleteTwin, nanti aku roger2
DeleteTwin, nanti aku roger2
Deleteha roger tau...! :-*
DeleteInsyaAllah..
Deleteawatnya mc pjg? sakit ke?
ReplyDeletekek rugged..huhu..first time dgr..
nohas,
Deletekek ni dah femes dari tahun lepas lagi..la ne kek lava berhantu tgh femes. saya pernah rasa tapi still vote for kek rugged :D
sedap...
ReplyDeleteuihhh dah rasa ke encik?
DeleteN pernah sekali order kek dkt kak nieza ni ms die dok jb..delivery utk hasben dkt tmpt keje die, semua kate sebab tukang order xdan pun merasa...sampai skrg klu ade ank ni mau jejeh2 air liur die kempunan xmerasa lagi kek kak nieza ni..hahah
ReplyDeleteok ke klas PJJ die tu??td nmpk klas biskut tu mcm tertarik menarik je.
aaalaaa...kite jauhhh xdak post ka..hehhe...nampak sedapppppp tuuuuu
aduhai ann..saya pun mcm ann jugalah.nak merasa, jauh.senang cerita belajar sendiri ajelah :D sendiri buat, sendiri makan, sendiri puji; aci tak ann? hahaha
Deleteok sesangat ann? ada juga pasal kelas biskut tu.mcm nak try-test jugalah; jom!!
blh nak pos tapi tak taulah apa jadi bila sampai ke tangan ann nanti..next time kalau trun KL roger2lah ann..
alahai comel nyer saiz kek tu... nak makan pun syg.. hahahaa.. by the way mc sebab apa?
ReplyDeletekalau sayang, boleh frame :D
Deletebole courier tak?
ReplyDeleteblh tu mmg blh tapi takut yg sampai bekas kosong..datang KL roger sayalah encik
DeleteBetul k ni nak bg percuma hehe sanggup taw eja turun putrajaya semata2 nak rasa air tgn k.zilla
ReplyDeletedatang je.tapi sila roger dulu..
Deletevalid lagi ke hihihi
ReplyDeleteAjla,
Deletenanti saya roger ekkk :D