Seperti yang dah saya katakan dalam entry sebelum ini, kami ambil pakej
dengan harga Rp100,000 untuk ke air panas, tubing ke Air Terjun Gelugur,
Air Terjun Gelugur dan 2km trekking. Untuk tubbing dan entry lainnya
boleh baca pengalaman yang lepas (malas nak tulis balik).
Tubing ke Air Terjun Gelugur -> Air Terjun Gelugur
Hidden waterfall -> Hidden waterfall
Sebenarnyakan kawan-kawan, untuk ke air panas ini tak perlu pun ambil pakej atau upah guide. Ikut aje petunjuk arah yang ada dan nanti kawan-kawan akan berjalan masuk ke kampung warga tempatan dan akan masuk ke Jungle Logde, Tangkahan (antara penginapan termahal dengan view yang cun giler) sebelum turun ke pinggir sungai. Jangan pula takut dengar perkataan harus trekking tu sebabnya perjalanan tak sampai pun 20 minit untuk tiba di gigi sungai tu tau! Trek pun, ala jalan kampung berbatu tu je, takdenya kena panjat itu ini (kecuali harus turun anak tangga untuk ke gigi sungai). Di sini, ada service sewa ban dengan bayaran yang murah giler kot untuk tarik kita ke air panas itu. Misal kata tahu berenang, hah ini lagi mudah. Tak payah nak sewa ban ke apa, berenang ajelah ke seberang sungai di mana lokasi air panas itu berada. Simple, kan?
Air panasnya di seberang sungi ini. Nampak aje cetak tu tapi hakikatnya dalam giler. Kalau yakin bolehlah berenang kalau tidak ambil ajelah service ban/tayar yang disediakan. Airnya, sejuk giler!!!!
Cowok ini bersedia untuk dihanyutkan ke sungai (aktiviti tubing)
Kitaorang. Oleh kerana kami berenam jadinya pakcik tu harus bergilir membawa kami ke seberang. Syok giler tau!
Inilah lokasi air panasnya. Kecil giler kawasannya. Boleh memuatkan 3 orang sahaja dalam satu-satu masa.
Air panas/belerang yang mengalir terus ke sungai. Best giler berendam di sini
Sungai Tangkahan yang jernih giler
Buat kawan-kawan yang bakal bercuti di Medan, silalah singgah di Tangkahan ini dan rasai sendiri pengalaman yang sangat-sangat berbeza. Apa yang penting, diri benar-benar terasa dekat dengan alam; memang boleh khayal dibuatnya. Opps, satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian sampah-sarap jangan pula ditinggalkan atau dibuang ke sungai. Bawa balik atau sekurangnya tinggalkan dalam tong sampah yang disediakan.
Untuk trip ini saya menggunakan service dari Tour In Medan, pakej 5D 4N dengan harga RM515/orang all in.
Website : Tour In Medan
Tel : +6282162017001
saya suka aktiviti tubing.
ReplyDelete