Patisserie Boutique Cafe, Ipoh
Wednesday, October 21, 2015
Edisi makan-makan hehehe.
Tak pernah tau pun kewujudan tempat ne. Waktu lepak-lepak dengan Tany haritu, dia ada tunjuk IG Patisserie, terus tergedik-gedik nak p. Walhal time tu kami tengah syok dok belasah mee rebus sedap giler kat pekan Ipoh tu. Nak diceritakan lagi, cafe ne letaknya betul-betul di sebelah kedai mee rebus tu; mau tak bertambah gediknya perut yang nak pecah kita tolak tepi *hikss!.
Apa yang menarik berkenaan cafe ini? Menurut Tany, menu yang ada berubah setiap hari. Kena check IG deranglah untuk tau apa menu terkini untuk sekian-sekian hari. Oleh kerana waktu kitaorang nak melantak tahap tak hengat donia, jadinya haruslah cari yang ringan-ringan aje. Masuk-masuk aje, dah rambang mata. Ikut hati dan nafsu nak try semuanya hehehe. Puas dok main tarik tali akhirnya kami ambil soufflé pancake dan choc mousse.
Sedap atau tidak?
Perghh, memang nikmatlah! Makan sambil pejam mata untuk hayati keenakannya. Best giler hahaha!
Dalaman cafe
Soufflé pancake (RM16)
Earl grey white choc mousse (RM12/slice)
Address : 103, Jln Sultan Yusuff, Ipoh (dekat sesangat dengan Plan B, berhadapan dengan Milkcow).
Selamat menjamu selera!
20 comments
salam singgah ptg zila
ReplyDeletemacam ala2 Paris pun ada jugak ni sbb ada Eifel Tower tu
makanan pun not bad lah yg rugi nya kaknoor jauh sngt ni nk try ..
Salam Kak Noor
DeleteTerima kasih sudi singgah blog saya yg tak seberapa ne hehehe...
agak2 kalau saya tak sebut lokasi, ada chance tak org ingat saya ke Paris? ekekekek *berangan je mampu...saya ne pun kebetulan ada kerja kat Ipoh kak, kalau tak jgn harap juga saya ke sana, jauh..
Ada saya nampak nie cafe masa tengah sibuk mencari street art karya si Ernest tapi tidak sempat mencuba. Cantik gila dessert dia. Ipoh, saya mau balik lagi!
ReplyDeleteAla, sayangnya Diana...saya sendiri pun ikut hati semua nak try, semua nak sedap..tapi nasib sedar diri, ambil satu je...white mousse tu mmg terbaik, melt in ur mouth bak kata omputih..sgt yummy hehehe
Deletecafe2 hipster ni memang membanjiri Ipoh kan skrg ni.
ReplyDeletetetapi tetaplah mee kicap menjadi pujaan hati.
aku mmg x leh tgk entry2 pasal Ipoh, gerammm je nak beli tix bas hehehe
aku teringin giler nak makan mee kicap..aritu tercari2 juga, tapi kawan aku kata kedai mee kicap paling best buka ptg, haruslah aku telan air liur aje huhuhu..next time, kalau ko mau turun ipoh roger2..aku nak ikut!hahaha..kita naik ETS lah cepat sikit :D
Deleteboleh2..aku ada kawan kat sana...so penginapan dan kereta haruslah f.o.c hehe
Deleteitu yg acara tahunan turun Ipoh, tahun ni x sempat lagi
nnti kalau ada plan aku bgtau..
jangan lupa ajak aku tau! aku nak gi cafe ni juga :p
Deletedzu, ok!hehe..kalau tak tau mana nak cari aku, minta je contact aku kat achik smile ;-)
DeleteDelicious to see all my favourite dishes at one place thanks for the share
ReplyDeleteehhh ingat salah masuk blog jjcm mana tadi...hehehe zilla oi aku laparrr tgk kek tuh!hahaha!
ReplyDeletehahaha,,sesekali, kasi chance lah DJ...apa pun, aku ttp tak boleh lawan ko hehehe..kek tu mmg sedap giler nak mati *tu dia ko!hahaha...
Deletesilap timing la pulak baca blog ni time tengah malam. Ada pulak gmbar makanan. meronta2 la jadinyer nak makan. hahaha
ReplyDeletelayan tengah malam lah syok rauf...paling tidak pun, boleh masuk dalam mimpi hehehe
DeleteMy favourite makan spot in Ipoh is definitely Mee Kari Daud Mat Jasak, And not to forget Mee Kicap dia yg sedap gile! And I heard, kedai kedai kopi hipster ni makin bertambah2 kat Ipoh ni.
ReplyDeleteBtw, that Souffle Pancake, menggoda betul!
nampak gayanya mmg kene repeat lagilah Ipoh..byk yang tak try lagi..kwn saya kata ada ais kepal sedap giler kat Plan B tu, zara dah pernah try?
DeletePlan B masih belum lagi sbb trip sebelum ni hanya 2 hari 1 malam jek. Tapi ramai yang pergi, as what i've seen in Insta. Not to forget satay + popia kat Medan Selera Taman Kanan2. Roti goyang kat Medan Selera Dato Sagor pun sedap jugak!
DeleteBolehlah cuba kalau balik Ipoh nanti.
ReplyDeletesila singgah kak..saya sebenarnya rambang mata nak masuk cafe yg mana masa di Ipoh tempohari..byk sgt dan semua nak nmpak yummy...
DeleteTergugat imanku kembali!
ReplyDeleteHahaha.