10D 9N Thailand Trip : Beautiful Sunrise At Thung Salaeng Luang, Petchabun
Thursday, April 14, 201610D 9N Thailand Trip : Sri Dit Waterfall & Camping di Thung Salaeng Luang, Petchabun
Thung Salaeng Luang . Route 12 . Phu Tab Berk
Apa-apa pun, tak sah kalau tak layan sunrise kalau dah singgah di Thung Salaeng Luang ne. Ini antara aktiviti wajib yang harus dilakukan selain dari ronda-ronda kawasan sekitarnya.
Menurut Pak Long kenderaan luar tidak dibenarkan untuk digunakan dalam kawasan national park ini. Mahu atau tidak, kita boleh sewa basikal, motor atau pun lori pick up untuk jalan-jalan disekitarnya. Berdasarkan info dari Pak Long inilah kitaorang ambil sunrise tour dengan harga 800baht/lori. Dipendekkan cerita, waktu dalam perjalanan ke lookout point elok aje kot kami lihat kenderaan luar beriringan dengan kami menuju ke lokasi yang sama. Geleng kepala dan simpan geram kemas-kemas dalam poket. Alahai Pak Long huhuhu...
Untuk sunrise tour ini, kami perlu bergerak jam 5.00am tapi dah alang-alang kami minta lewatkan sikit waktu untuk solah Subuh terlebih dahulu. Dalam 5.30am jugalah baru kami memulakan perjalanan kami pagi itu.Sejuk giler angin pagi tu. Muka dan jari-jemari memang dari awal dah terasa kebasnya. Perjalanan ke lookup point mengambil masa sekitar 30 minit. Tiba di destinasi, memang tak fikir apa dah terus terjun dari lori, capai kamera dan terus pacak kekuda kemas-kemas dan kamera memasing memang tak henti berbunyi. SubhanaAllah, cantik sungguh haih! Memang saya rekeman tempat ini kalau kawan-kawan berhajat untuk singgah di Petchabun.
Rasanya tak perlu nak cerita panjang lebar. Layan ajelah gambar yang ada.
Rindu semua yang ada di sini. Bila lagilah saya akan kembali ke daerah indah ini...
Tengah masing-masing syok layan keindahan yang ada tetiba Pak Long arahkan kami untuk naik lori dan bergerak ke destinasi berikut tapi takde seorang pun yang layan. Isshh, bersabar sungguhlah dengan kerenah Pak Long ni. Atas kedegilan kami pagi tu akhirnya dapat juga kami melihat fasa matahari naik sepenuhnya. Sempurna sekali kejadiannya!
Akhirnya...
Matahari dah pun naik, akhirnya kami bergerak menuju ke destinasi berikutnya iaitu hutan pokok pinus/pine.
* bersambung
6 comments
Cantiknya Zilla... Buatlah trip mencari sunrise di Malaysia pula, boleh saya join :D
ReplyDeletekalau dlm Msia tak perlu buat trip, moh singgah di rumah saya aje kay ada spot cantik utk layan sunrise :)
DeleteNice Shot!!!! in Nice View !! i love the 6th Picture So much !! Thanks for Sharing huhu
ReplyDeleteThanks Stephanie...
DeleteYa allah ... Cantiknya sunrise tue . Kuasa Allah sangat canrik . =)
ReplyDeletebenar itu, nadiah :)
Delete