10D 9N Thailand Trip : Thung Nang Phaya @ Thung Salaeng Nuang, Petchabun
Sunday, April 24, 2016Sambungan dari 10D 9N Thailand Trip : Beautiful Sunrise At Thung Salaeng Luang, Petchabun
Kalau kawan-kawan nak tahu, Thung Salaeng Luang ini merupakan taman
negara ketiga terbesar di Thailand tau dengan keluasan meliputi 1,262.40km2. Di tahun 1960an hingga ke awal tahun 1980an, taman negara ini sebenarnya pernah menjadi markas komunis dan kesannya boleh kita lihat hingga hari ini. Salah satu tinggalan yang ada adalah markas ranger yang akan kita jumpa sebelum tiba ke Thung Nang Phaya (hutan pokok pine) dan di sinilah satu-satunya toilet yang ada sepanjang 15 km perjalanan unuk ke hutan tersebut.
Sebahagian dari trek yang harus kamu tempuhi untuk ke hutan pokok pine
Dari lookout point kami bergerak menuju ke markas ranger terlebih dahulu untuk toilet terakhir. Pak Long arahkan kami ke toilet walau hakikatnya takde rasa pun nak membuang huhuhu. Di sini juga menurut Pak Long ada air terjun yang cantik tetapi perlu trekking masuk ke dalam hutan dan wajib ada ranger sebagai pemandu arah agar tidak tersesat. Oleh kerana kami kesuntukan masa, air terjun memang takde dalam list. Mungkin di lain waktu, mana tahu kan?
Perjalanan kembali diteruskan melalui savanah yang meliputi kawasan seluas 14km2. Saujana mata memandang keluasannya dengan lelalang berwarna keemasan dek kerana matahari. Cuma satu yang tak tahan, rentung kulit dibuatnya. Jika bernasib baik, kawan-kawan boleh bertemu dengan hidupan liar seperti gajah liar di sini.
Walau hanya lelalang di kiri/kanan tapi pemandangannya sangat memukau.
Dari
sunrise lookout point, kami bergerak menuju ke markas ranger terlebih
dahulu untuk toilet terakhir. Di sini memang Pak Long arahkan kami ke
toilet walau hakikatnya takde rasa pun nak membuang huhuhu. Di sini juga
menurut Pak Long ada air terjun sebenarnya tapi perlu trekking masuk ke
dalam hutan dan wajib ambil ranger sebagai pemandu arah agar tidak
tersesat. Oleh kerana kami kesuntukan masa, air terjun memang takde
dalam list. Mungkin di lain waktu, mana tahu kan?
Akhirnya. Siapa boleh tolong translate? huhuhu
Macam biasalah, dah sampai tempat dituju sesi seterusnya adalah sesi foto-foto. Lama giler kot kami di sini; macam-macam aksi dan macam-macam gaya (gambar-gambar tu semua simpan buat koleksi peribadi ajelah). Apa yang pasti memang seronok tengok aksi memasing maklumlah yang ikut trip kali ini semuanya pantang tengok kamera; tak payah disuruh beraksi memasing dah tahu apa nak dibuat. Menariknya, Pak Long dan Pak Ngah juga lupa diri di sini; selfie di setiap sudut :D
2 buah kenderaan inilah yang membawa kami untuk 1/2 hari ini.
Luas sangat tempat ini tapi kami tak sempat pun nak trekking jauh ke dalam. Tak berani kot!
Memacam mereka ini [photo : hana]
Puas beraksi, kami bergerak meninggalkan Thung Nang Phaya menuju tapak perkhemahan. Kami perlu check out dari khemah jam 10.00am, ada beberapa jam lagi untuk breakfast, bersiap dan berkemas. Cumanya yang tak tahan, Pak Long ajalah yang asyik dok push kami untuk cepat-cepat bersiap.
Suasana yang tenang pagi tu di tapak perkhemahan kami
View di hadapan khemah kami
Antara penginapan yang ada di sini. Cumanya yang ini kena tempah dari awal
Takde idea macam mana khemah mereka ini boleh terbalik, nak kata ribut pagi tu takdelah pula huhuhu
Bersiap untuk berangkat menuju Phitsanulok
Siap semuanya, kami memulakan perjalanan menuju Phu Tab Berk via Route 21. Jujurnya saya sedikit cuak untuk melalui highway ini kerana dari pembacaan di internet, highway ini antara yang merbahaya di Thailand; keselamatan 16 orang berada di bawah tanggungjawab saya. Dek kerana itu saya sebenarnya dah batalkan plan asal kami untuk ke Phu Tab Berk dan sepatutnya dari Thung Salaeng Luang kami terus bergerak menuju ke Udon Thani. Tak sangka pula Pak Long kekal dengan itinerary asal. Apa pun, memang tawakal banyak-banyak moga perjalanan kami ini selamat semuanya.
* bersambung untuk Route 21
8 comments
cantiknya dia punya nature, panas x?
ReplyDeletepanas tapi dingin :)
Deletekayak orang sakit demam dong mbak Zilla, panas tapi dingin.
Deleteyang jelas, pemandangan memang menakjubkan.
hahaha..gitulah mas gunadi, kayak org demam kepialu; panas dingin terus :D
DeleteZilla! Dah balik dari mendaki kah?
ReplyDeleteSaya suka gambar yang atas ramai-ramai yang pose maut tu :D Sangat mistik!
kay,
Deletesaya dah berkurun berumahtangga di opis ne :(
tunggu masa nak bertukar jadi zombie aje ne huhuhu
Ala yeke kesiannya! Zilla senyap je ingatkan pergi mendaki!
DeleteDah settle busy nanti jom dating dengan saya ;)
kay, roger2 ekk...
Delete