10D 9N Thailand Trip : Route 12 (Phittsanulok - Lom Sak Highway)

Friday, April 29, 2016

10D 9N Thailand Trip : Thung Nang Phaya @ Thung Salaeng Nuang, Petchabun

Dari Thung Salaeng Luang kami menuju Phu Tab Berk dengan perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam perjalanan melalui highway (Phittsanulok - Lom Sak Highway) yang membelah bukit-bukau. Memang agak kecut perut dibuatnya lebih-lebih lagi bila Pak Long syok memecut di sini. Dalam perjalanan kami singgah di Route 12 yang femes itu. Route 12 ini, lebih kurang seperti R&R; ada kedai kopi, kedai menjual pelbagai cenderamata, motel dan sebagainya. Kalau singgah di sini, menu wajib untuk dicuba adalah kopinya tapi memandangkan saya ini bau kopi pun tak boleh jadinya takde pun mencuba keenakan kopi Route 12. Apa yang pasti, masuk kedainya aje terus merangsang saraf-saraf di otak ini untuk terus berdenyut dengan rancaknya huhuhu.

Kami lepak lama giler di sini, dalam 4jam juga gara-gara Pak Long dan beberapa dari kami yang terpaksa berpatah balik ke Thung Salaeng Luang kerana tertinggal handphone di sana. Walaupun lama di sini tapi dek kerana cuaca yang giler panas dan menyengat, kami lepak aje di satu sudut untuk menghabiskan masa dan melayan wifi percuma yang ada di sini. Layan sedikit gambar yang sempat saya rakamkan di Route 12.
Route 12 Coffee Shop yang terkenal - wajib try bagi peminat kopi dan wajib menghindar bagi yang anti bau kopi ;-)
Motel pun ada di sini.
Bas sekolah ini dijadikan tempat untuk 'lock' cinta di Route 12
'Lock' cinta atas kayu
Antara cenderamata yang dijual di sini. Harga boleh tahan murah
Poskad untuk dijual dengan harga 35 baht termasuk setem
Teratai layu di tasik madu!
Ini bukan lavendar

*bersambung untuk Phu Tab Berk

You Might Also Like

1 comments

Subscribe