Plan mengejut. Seharusnya saya ke Kepulauan Seribu di Jakarta tetapi mungkin sebab dah nama pun 'mengejut', email saya tak dibalas oleh pihak yang berkenaan. Untuk mengukur keluasan shopping kompleks di Jakarta, itu memang bukan sayalah - takde duit nak shopping. Untuk ke TMI, bila google gambar mengenainya lebih kurang macam Taman Mini Malaysia lah pula, tak minat. Saya masuk forum dan inilah hasilnya, saya follow Jakarta Hidden Tour yang dikelola oleh Pak Ronny. 2 hari sebelum berangkat saya berbalas email dengan Pak Ronny. Mungkin dah memang rezeki saya, kebetulan tarikh saya berada di Jakarta akan ada group dari Holland yang telah mendaftar untuk tour ini. Saya request untuk join group tersebut.
Sebenarnya, macam kontroversi tentang program ini (kawan-kawan boleh google sendiri) tetapi secara peribadinya saya menganggap program ini sebagai salah satu dari program kemanusiaan. Maksud saya ini salah satu peluang untuk kita sedar bahawa tidak semua orang ditakdirkan sebagai seorang yang bertuah. Lahir dan memiliki kelebihan berbanding insan yang lain. Bukan perkara mudah untuk 'masuk' di dalam persekitaran ini. Sensitiviti perlu diutamakan. Ini peluang untuk saya lebih mengenali apa yang ada di sebalik sebuah cerita indah. Perkara yang sama saya pelajari waktu di Manila tempohari. Peluang duduk dan saling bertukar cerita dengan mereka membuka mata saya sebenarnya kita punya banyak pilihan dalam kehidupan.
Sesi pertama kami dibawa menghayati Kota Tua. Takde sekeping gambar pun sebab muzium yang dibawa masuk telah pun saya explore last year. Saya sekadar follow dan kadangkala menjadi penterjemah kepada 'bule' yang ada - hentam ajelah walaupun bahasa saya berterabur :D.
Sesi kedua kami menaiki bajaj menuju Sunda Kelapa - juga dah p last year tetapi saya suka tempat ini jadinya memang sedikit excited lah. Syarat utama untuk follow tour ini adalah DSLR tidak dibenarkan. Jadinya, semua gambar diambil dengan menggunakan compact camera.
Saya dan Jazmin (USA). Kebetulan kami tinggal di hostel yang sama dan telah berkenalan terlebih dahulu, tu yang rapat sepanjang tour ini berlangsung.
Panas terik dan berdebu. Waktu kami tiba kerja-kerja mengangkat simen ke dalam kapal sedang giat dilakukan.
Kami dibawa masuk ke dalam salah sebuah kapal yang ada untuk melihat sendiri apa yang ada di dalamnya - perlu berjalan atas tong-tong ini.
Salah seorang anak kapal yang ada. Muda lagi budak ne, baru berusia 19 tahun. Mereka berehat selama 9 hari sebelum berangkat semula menuju Sumatra untuk menghantar bekalan simen.
View dari atas kapal.
Err tak tahulah ke mana destinasi mereka ini.
Acara wajib, bergambar beramai-ramai termasuklah dengan supir bajaj, Pak Ronny, Alex dan partner (Holland), Jazmin (USA) dan 2 orang wakil dari MetroTV, Fina dan Pak Edy (cameraman).
Sesi ketiga kami menuju ke perkampungan Luar Batang yang terletak berdekatan dengan Muzium Bahari. Di sini, kami dibawa masuk dan melihat dengan lebih dekat kehidupan masyarakat di perkampungan ini.
Sayangnya, di separuh perjalanan kamera saya mati. Tiba-tiba pula bateri takde. Jadinya, apa yang berlaku selepas itu menjadi kenangan peribadi buat saya. Seharusnya petang itu saya mengikuti mereka ke perkampungan di sekitar landasan keretapi Tanah Abang tetapi saya perlu mengejar flight kembali ke Kuala Lumpur. Rugi kerana perjalanan inilah yang saya tunggu-tunggu. Insyallah, untuk ini akan ada trip susulan. Maybe selepas raya. Siapa-siapa nak ikut, jomlah. Boleh email saya. Dah dapat date yang sesuai akan saya update melalui email.