Bukit Panorama merupakan salah satu dari tarikan yang ada di Sungai Lembing. Biasanya orang akan naik ke Bukit Panorama dengan tujuan yang sama iaitu memburu sunrise. Untuk itu, kami keluar seawal 5.00am ke kaki Bukit Panorama ini. Bukan apa, dari info yang kami perolehi katanya untuk tiba ke puncak mengambil masa sekitar 45minit hingga sejam. Jadinya, biarlah sampai awal dari terkejar-kejar, betul tak?
Ada yang kata ada 815 anak tangga perlu ditempuhi untuk ke puncak. Ada juga yang kata jumlahnya dalam 1000. Yang mana satu betul? Entah. Nak kira? Takde maknanya. Semput nafas dibuatnya, dah tak ingat apa dah. Ada beberapa bahagian, anak tangga yang ada dah pun pecah dan rosak. Jadinya penting untuk bawa lampu suluh atau headlamp agar kaki tak tersadung. Selain dari itu, bawalah bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Maklumlah memakan masa juga nak tunggu matahari naik sepenuhnya. Harus kelaparan untuk tunggu saat itu.
Untuk solat, di puncak ada pondok kecil. Kalau tak ramai yang melepak kat situ melepaskan lelah bolehlah tumpang solat di situ tapi kalau tak dapat pun tak akan menjadi masalah. Puncak Bukit Panorama ini rata dan luas, banyak tempat yang kita boleh guna untuk mendirikan solat. Bawalah kain batik atau apa aje untuk dijadikan alas. Namun, satu perkara yang perlu diingatkan tiada air kat puncak tu. Pepandailah korang ya.
Nasib kurang menyebelahi kami pagi itu kerana awan tersangatlah tebal. Kecewa? Adalah sikit tapi takpelah. Lama kot kami lepak kat atas tu. Dari penuh dengan pengunjung sampai lengang kawasan tu sebab masing-masing dah turun bila tengok matahari tak berapa nak ada pagi tu.
Jadinya, biarlah gambar aje yang bercerita ya kawan-kawan.
Pemandangan pertama yang menyambut kami. Awan tu kelihatan agak menakutkan.
Saya suka suasana berkabus seperti ini. Terasa misterinya. Dibalik kabus itu adalah Gua Charas.
Lama menunggu, tau-tau matahari dah naik pun dan berselindung dibalik awan huhuhu.
Suasana keliling
Terus menanti, dah inilah yang kami dapat. Matahari tetap juga malu-malu.
Last picture sebelum kami ambil keputusan untuk turun dari Bukit Panorama.
Gua Charas semakin kelihatan.
Di sisi lain Sg. Lembing- kelihatan jelas tu hutan yang semakin gondol huhuhu
Sebahagian anak tangga yang ada.
* Sekadar berkongsi info, jika kawan-kawan ingin ke Bukit Panorama dan Air Terjun Pelangi perlu peruntukan masa paling kurang 3 hari untuk singgah kedua tempat ini sebabnya kedua tempat tersebut tidak boleh dilakukan dalam satu hari.