Cuti-Cuti Malaysia : Lombong Bijih Timah, Sg.Lembing, Pahang

Monday, November 10, 2014

Sg. Lembing dikenali juga sebagai El-Dorado of the East suatu ketika dahulu terkenal sebagai salah satu lokasi utama bagi aktiviti perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Jolokan ini diberikan kerana di sini terletaknya sebuah perkampungan Inggeris sewaktu penjajahan Britis di Tanah Melayu. Mereka mengaup kekayaan hasil dari biji timah dan menjadikannya sebagai 'penyelamat mahkota Ratu England' akibat dari kemerosotan ekanomi Britain pada waktu itu. [info : sglembing.com]

Kami sempat singgah di bekas lokasi perlombongan bijih timah utama di Sg.Lembing tempohari yang kini djadikan sebagai satu salah lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Lokasinya, tak jauh pun dari Time Capsule, tak sempat nak berpeluh pun dah sampai (kami jalan kaki je).

Bayaran masuk : RM15/dewasa (warganegara), RM30 (bukan warganegara),free untuk kanak2
Waktu Operasi : 9.00am - 6.00pm

 
Laluan lokomotif terus ke dalam lombong.
Lokomotif

Perjalanan bermula dengan menaiki 'lokomotif' terus ke dalam lombong. Err jangan teruja lebih-lebih sebabnya belum pun panas montot dah pun sampai dalam lombong hehehe. Kitaorang siap komplen kat petugas tu "ne je ke? awat cepat sangat..", mana taknya tak sempat pun nak ber'gangnam style' dah pun kena turun hehehe. Untuk perjalanan masuk ke dalam 'perut' lombong haruslah berjalan kaki. Awal-awal lagi, ada satu family yang turut serta menaiki lokomotif bersama kami ambil keputusan untuk berjalan keluar lepas anak-anaknya dok merengek takut. Erkk, "dik sila jangan patahkan semangat ahkak huhuhu..".

Sepanjang laluan ke tengah lombong diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri. Bumbung lombong yang berketinggian dari 12 kaki hingga 200 kaki diselia dengan baik agar tidak berlaku runtuhan dan membayangkan pengunjung. Info berkaitan sejarah perlombongan di Sg.Lembing dipaparkan secara interaktif sepanjang laluan ini; nak dengan tidak je untuk membacanya. Sistem pengudaraan juga diselenggara dengan baik, cuma bila makin jauh kita ke dalam memang terasa sedikit sesak nafas dan pening kerana kekurangan oksigen. Sebagai tambahan, lombong ini merupakan  lombong yang terdalam dan terpanjang di dunia tau!
Salah satu laluan yang ada.
Di sini memang banyak bekas lubang-lubang rahsia yang dikorek oleh bekas pelombong. Ke mana ianya menuju, itu tak pasti. Jadinya, janganlah memadai nak masuk kawasan larangan ne. Kalau sesat, tak dapat nak membayangkan macam mana nak cari jalan keluar.


Salah satu lagenda yang terkenal di sini adalah lagenda Lubang Sejuta Ringgit. Menurut kisah yang dipaparkan kepada pengunjung, suatu ketika dahulu terdapat 20 orang pelombong yang melombong di sini secara haram akibat daripada desakan hidup. Identiti dan nasib mereka ini tidak diketahui hingga kini dan apa yang menjadikan ianya sebagai satu lagenda bila mana menurut ceritanya mereka berjaya mengeluarkan hasil mencecah RM1juta (fuhhh *kesat peluh).
Agak-agak boleh baca tak?
Pandang ke atas, tingginya. Sungguh saya kagum.

Seterusnya kami bergerak menuju ke The Kiew, 'lif' yang membawa pelombong ke dasar atau permukaan lombong. Di sini juga ada disediakan simulasi bagaimana The Kiew ini beroperasi. Berdebar jugalah nak masuk tapi sebenarnya takde apa pun hehehe.
The Kiew

Dari The Kiew, kami bergerak keluar. Cukuplah tu, gue capek hehehe! Apa yang saya perolehi sepanjang berada di dalam lombong ini sebenarnya banyak. Tak percaya pun ada, sebabnya lombong ini sangat-sangat besar dan luas. Macam mana? Kenapa? Bagaimana? Issh, semua persoalan melekap kat kepala otak saya ni. Nak tahu juga apa nasib pelombong dari legenda Lubang Sejuta tu. Buat kawan-kawan yang berkunjung ke Kuantan atau Sg. Tembeling, silalah singgah di sini dan rasai sendiri pengalamannya.

Info lebih lanjut sila masuk sini -> Lombong Sg. Lembing

You Might Also Like

14 comments

  1. Ada transport awam dari KL tak untuk ke sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..dari KL ambil bas ekpress ke Kuantan, 3jam (RM24)..dari Terminal Sentral Kuantan ambil rapid bus no#303ke stesen bandar, 15min (RM2). dari stesen bandar ambil rapid bus ke sg.tembeling, 1jam (RM4), turun di last station. dari situ bisa jalan kaki aja ke lombong ini...

      Delete
    2. sama2, sal..moga infonya membantu :-)

      Delete
  2. first time dengar, first time nampak gambar,
    segala-gala first mrs tahu dalam entry nie...nampak sangat jarang mengambil tahu pasal tempat tempat sejarah kat malaysia
    ape nak jadi nie mrs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik smile, errr bukan haritu derang ada promote tmpt ne di kaca tv ke? saya tau pasal kewujudannya pun dari situ hehehe...

      Delete
  3. tak penah tau kewujudan tempat ni..tkasih share..
    gempak jugak nama dia el dorado...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn waktu zaman kegemilangan eldorado tmpt ne segempak namanya...la ne semuanya hanya tinggal nama hehehe..

      Delete
  4. Dah lama tempat ni masuk dlm list. Tp sampai hari ni x sampai2 lg. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani, takpe..satu hari nanti boleh singgah...tapi sila skip dec, banjir ;-)

      Delete
  5. Kalau bukan tempat wisata, pasti masuk terowongan itu seram..banget mbak Zilla. Kalau sudah jadi tempat wisata jadi objek yang menarik banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukan dijadikan tmpt wisata, pasti saya tak masuk..seram hehehe..

      Delete
  6. Hi, great post about Sg Lembing there. Very informative. Come check out a fellow travel blog here. I just started today and it was about my recent trip to Pahang. Feel free to check them out. Cheers.

    ReplyDelete
  7. betul lah...malaysia juga ade permata yg tersembunyi...kagum nye...

    ReplyDelete

Subscribe