Itinerary : pentingkah??

Tuesday, January 29, 2013


"wahh, dah gaya proposal aje itinerary nya..”

Respon pertama yang saya terima waktu menyerahkan salinan itinerary kepada teman yang akan turut serta ke Medan tidak lama lagi. Tak sangka pula sebegitu sekali tanggapannya hehehe.

Sebenarnya, macam-macam pendapat yang saya baca tentang itinerary ini. Ada yang beranggapan, tak perlulah dan main terjah itu lebih adventure. Ada juga yang menganggap itinerary itu penting sebagai guideline agar sebuah perjalanan itu menjadi lebih tersusun dan terancang. Apa pun pendapatnya, pilihan di tangan kita. Betul tak? Yang penting, perjalanan tersebut akan meninggalkan satu kesan atau pun tidak kepada diri kita. Setuju tak dengan saya?

Secara peribadi, saya lemas tanpa itinerary. Lemas? Macam mana tu? Hehehe

Takdelah sampai boleh mati kalau takde itinerary hehehe. Apa yang saya maksudkan di sini, dari itinerary lah budget awal perjalanan saya dapat ditentukan. Kalau takde tu rasa macam ada yang tak kena; saya jadi ragu-ragu dan sebagainya. Nak agak-agak soal perbelanjaan pun saya tak berani huhuhu. Walaupun asyik tersasar dari yang dirangka tetapi sekurang-kurangnya saya sudah ada target berapa banyak wang yang perlu saya keluarkan untuk satu-satu perjalanan. Lebih-lebih lagi saya ini berstatus ‘sengkek' – semuanya nak murah, jadinya setiap sen yang bakal dikeluarkan sangatlah saya kisahkan hehehe.

Macam mana nak buat itinerary?

Lain orang, lain caranya. Mungkin ada teman-teman yang mempunyai cara yang lebih praktikal, share lah dengan saya ya. Boleh saya jadikan rujukan dan panduan. Saya agak beruntung kerana pernah/sering travel dengan mofu, tasyha, fatt dan beberapa nama lain. Mungkin ada di antara mereka ini, kalian tidak mengenalinya kerana ketiadaan blog dan sebagainya tetapi mereka ini antara teman-teman yang terlalu kerap terbang ke sana-sini dan sudah jauh membelah benua Eropah dan sebagainya (fatt rasanya semua orang kenal,kan?); banyak yang saya belajar dengan mereka-mereka ini. Dari ’zero knowledge’ hingga bolehlah kalau nak susun itinerary sendiri terutamanya dalam membuat keputusan untuk mencari hostel, pilihan route dan sebagainya.(walaupun takdelah secomplete mana) – ini bukan kes nak puji diri sendiri ekkk, sila jangan salah anggap   

Ini antara yang saya dapat dari mereka-mereka ini dan saya lakukan dalam proses menyediakan sebuah itinerary.

1. Jadilah ‘muka tembok’
Pada saya, ini perkara utama yang perlu ditanam dalam diri. Ialah, kalau dah itu segan - ini segan, guane nak dapatkan info dari orang lain, betul tak? Ada banyak group backpacker di FB yang mewakili setiap tempat yang boleh kita follow. Dari situ, tanyalah apa sahaja yang ingin diketahui tetapi jangan pula bertanya dengan zero info. Maksudnya, study dahulu dan minta pendapat ahli-ahli group untuk info yang kita temui. So far, saya merasakan group yang ada sangat membantu saya memperolehi maklumat yang saya inginkan especially mengenai transport, hostel dan tempat-tempat menarik yang boleh saya kunjungi. Bab bahasa, warna bendera, fahaman dan sebagainya tolak aje tepi. Ingat, kita berdiri di atas bumi yang sama.Jadinya jangan jadikan perkara-perkara sebut sebagai satu sempadan untuk membataskan dan menghadkan kita untuk bertukar info dan mewujudkan satu ikatan silaturrahim. Mana tahu, dari bertanya info akan menjadi travel partner; kita tak tahukan?

* Malu bertanya, sesat jalan...

2. Luaskan carian dan buatlah perbandingan 
Apa yang saya maksudkan di sini, jangan bergantung kepada satu-satu sumber. Semakin luas carian yang dilakukan semakin banyak info yang bakal ditemui dan jangan lupa, buatlah perbandingan untuk setiap satunya. Tidak semestinya kita akan melalui perkara yang sama yang telah dilalui oleh A. Bila ianya tidak berlaku seperti yang kita harapkan, sure kita rasa sedih dan tak puas hati, betul tak? Kenapa A semuanya ok? Kenapa kita tidak? Jadinya, bila kita luaskan carian; banyak membaca pengalaman orang lain sekurang-kurangnya bila terjadi situasi yang tidak diduga, kita telah pun bersedia.

Begitu jugalah bab pengangkutan dan penginapan. Main key di sini ’jangan malas mencari’.  Err, betul tak??

Selain dari FB dan blog, saya suka lepak di forum, tripadvisor, wikitravel dan paling penting buku LP (atau apa-apalah) mesti ada.

* Nak pergi bercuti pun bukan mudah, banyak benda kena ambil tahu.

3. Membuat pilihan perjalanan/route 
Biasanya saya lebih suka mengumpul info-info yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk membuat peta perjalanan. Cadangan dari teman-teman juga penting untuk membuat keputusan. Biasanya sebelum membuat  keputusan kami akan berkumpul untuk mencantum segala info yang diperolehi sebelum membuat keputusan. Kesimpulannya, setiap itinerary perlu mendapat persetujuan dari semua ahli jemaah; takdenya nak ikut keputusan seorang sahaja huhuhu.

Rasanya ini antara perkara tips yang boleh saya kongsikan. Apa pun, itinerary ini hanya sebagai guideline agar kita tidak blur atau lost di tempat orang. Biasanya, saya dan teman-teman akan travel dalam jangka waktu yang amat terhad. Apabila segala pergerakan telah dirancang/disusun dari awal sekurang-kurang kami tahu apa yang perlu dilakukan pada sekian-sekian hari dengan melihat kepada faktor sekeliling seperti cuaca, transport dan sebagainya. Ingat, apa yang terkandung di dalam itinerary tidak semestinya kita harus follow 100% kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita.

Moga, ianya bisa dijadikan panduan. Ingat, ini cara saya dan tidak semestinya sama dengan cara kalian. Mungkin, kawan-kawan boleh sharekan tips atau pandangan kalian berhubung soal – itinerary.

Bye bye..

* Nak sambung buat kerja hehehe

You Might Also Like

44 comments

  1. Like this entri 100% :-) mmg klau travel secara backpacker ni itirenary mesti ada and i'm also kaki travel klau boleh nk travel every month hehehe tp money n travel partner is my constraint

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, mantap tu tiap bulan nak travel eheheh...pada saya, tak kiralah gerak sendiri atau under TA, research ttp kena buat.bukan utk org lain utk diri sendiri juga..

      Delete
  2. Setuju... Itinerary penting untuk kita rangka apa yg bakal berlaku kat kita. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Janggal/Rain, terima kasih kerana bersetuju dgn saya ;)

      Delete
  3. betul!! itin. ni penting.. lg satu masa buat research [wahhh research katanya...pitam hahaha] kita lebih paham dgn satu2 tempat dan buleh dpt byk info. mana satu buleh save budget.mmg kena rajin usaha.. baca pengalaman org yg dah gi tmpt tu utk rujukan.. kann


    *panjang nye komen. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh takpe..takpe..lagi pjg, lagi bagus..saya suka baca hehehe

      setuju sgt2..lagi byk kita buat research, lagi byk pilihan yang kita akan jumpa..so dari situ, pilih mana yang terbaik utk diri dan perjalanan yang bakal berlangsung..betul tak??

      Delete
    2. betullll!! bila byk pilihan.. lebih senang utk kita pilih.. mcm utk tmpt yg sama..si A suggest route ni, tp B bagi route yg lebih senang.. haaa sudah untung di situ. jangan malas buat homework! wlpun konsep trip redah n terjah, tp itin wajib ada. ade itin. takde la lost n jd mangsa sembelih scams. hahaha

      Delete
  4. Aku mmg jenis yg kene ade itinerary ...mcm ko cakap, as a guideline .. follow tak follow tu lain citer... tapi at least dah ade idea where togo, how to go, etc etc ... kalau takde itinerary, rase mcm blur2 jer tak tau mane hala tuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..betul tu..kalau nak guna konsep aci redah pun bergantung kepada tempat jugalah..maksud saya tempat yg dah berkali2 kita tinggalkan jejak ;)

      Delete
  5. setuju dengan entry ni. yelah macam saya kira noob la dlm travel-travel ni.
    masa pergi brunei, x buat itinerary, main redah je, so duit abis banyak sebab tak tau kewujudan hotel murah/backpackers hostel dll, pastu banyak tempat tak sempat pergi. agak rugi
    so, InsyaAllah trip kali ni, start buat itinerary sekali ngan bajet jugak. nmpk cam paranoid/beriya-iya tapi tak pedulik..hehehe
    pastu ramai travel bloggers bagi pendapat, ada sorang kawan siap bg itinerary dia lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksdnya takde detail itinerary pun takpe, yg penting study dulu, kan?? saya sebenarnya sedang melalui apa yang telah awak lalui..cuma ianya bakal berlaku.serius saya takut sangat sebab saya tak tahu apa yang bakal menanti.duit pun saya tak tahu berapa nak bawa.nak agak2 pun, berapa?? ne kes sebab ikut orang hehehe..hopefully, semuanya under control wpun saya giler blurr saat ini :D

      *saya penah berangan nak buat bisnes jual itinerary tau sebab byk sgt permintaan utk itu hahaha..

      Delete
  6. pada saya penting sgt...lagi2 saya kalo travel, masa sgt la singkat tp nak cover sume tmpt kalo boleh...so itinerary adalah sgt sgt penting!hehehe n ofcourse dpt plan bajet juga..penting tu...almaklum, byk lagi nak jalan2 kan..rugila kalo overspent pada yg tidak sepatutnya...hehehe n seriously, siapa yg 1st time travel ngn saya, mesti kwn2 tu akan pelik mcm mana sy leh buat details giler itinerary...haha well kata beli tiket murah kan, sah2 la setahun awal...hehee so byk la masa nak buat research n study guna pakcik gugel itu...hehee pape pun, saya setuju sgt....itineray itu penting....demi masa, wang dan kepuasan berganda...ecewah!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecewaaah dan saya setuju dgn awak!! :D

      untuk kepuasan sendiri, tak salah korbankan masa dan tenaga untuknya, kan?? ;)

      Delete
  7. halo sis...sila kunjungi blog saya di jurnal-awak.blogspot.com...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia cancer..saya udah berkunjung ke blognya..tq kerna sudi share linknya dgn saya :)

      Delete
  8. setuju. itinery penting as a guideline. tapi tak 100% kita kena follow.

    pada saya bila dah sampai destinasi tu, just go with the flow. tanya sendiri local people apa tempat-tempat menarik yang patut kita pergi, kalau match dengan itineri kita tu maksudnya memang wajibla kita pergi. kalau tak match, tapi masih ada masa dan budget, tak salah pun nak pergi.



    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ET. pendek kata, pandai2lah sesuaikan dgn keadaan...

      Delete
  9. sy pun setuju ngan entri ni..itinerary sangat penting,kalau sy dr itin la dpt kira bujet roughly..kalau takde itin,boleh mati kutu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian, tak semena-mena kutu yg dpt nama hahaha.kalau dah jadi macam ni, tu yang mau membuter 24j dalam bilik, betul tak? hehehe

      Delete
  10. Selain itinerary, saya juga bersedia dengan budget juga seperti admission fee, estimated meal cost per day and so on. Macam awak, tiadak itinerary saya juga akan lemas. Betul kata awak, tidak semestinya nak follow 100% tapi dijadikan sebagai panduan dan rujukan. Selalunya saya cari dari google, blog dan tanya kawan yang pernah pergi. Boleh memperkenalkan forum untuk dilawati berkaitan dengan travel? Saya tidak pernah masuk forum pula =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. forum? saya suka lepak di sini -> http://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=16&page=1

      Delete
  11. sejujurnya, saya tak pernah buat itinerary.. seminggu dua sblm pergi baru study pasal tempat tu, jot down apa2 yg patut & booking hostel kalau perlu. macam mana nak ke point A, B dan seterusnya depends pada mood dan jugak info dari locals. kalau sempat pergi, kalau tak maknanya takde rezeki. kadang2 tu suka spend time lama2 kat satu2 tempat.. budget so far memang tak pernah exceed, paling teruk pun ngam2 tinggal balance 25sen, hehehe. semuanya main redah sampai sudah.

    frankly speaking, saya salute pada org2 yang boleh buat itinerary dengan details [like you did] sebab saya tak mampu.. huhu

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde itinerary pun takpe anne, yang penting ada buat research..at least kalau takde full itinerary pun, kita dah ada note apa yg patut/tidak patut dilakukan/dielakan sepanjang perjalanan...

      Delete
  12. itinerary sgt penting utk tidak membuang masa, dan semuanya lebih teratur, siap apa nak sume dah ready. cuma kena pandai re-structure iffff adhoc masa kat sana. macam i, siap buat tour cookbook :)

    http://biqque.blogspot.com/search/label/tour%20cookbook

    ReplyDelete
  13. buat saya itinerary itu penting banget, ya emang beda-beda setiap orang, hehe tapi karena uang saya sedikit jadi saya buat itinerary deh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama ajelah kita ini Febry..takde itinerary, budget sure akan lari hehee

      Delete
  14. kita setuju 100%. baru-baru ni travel tanpa itinerary memang buat setiap hari macam nak nanges jer... sebab tak tau nak buat apa. dah la itinerary tak buat,..pastu study pasal tempat tu pun tak buat.. rasa.. mcm kosong jer pergi travel ari tu.. last-last kutip pengalaman kena tipu jer la..

    ReplyDelete
  15. kami tak buat sangat itinerary ni sesetengah tempat, base trip terdahulu, satu atau dua tempat kami set nak pegi, lain tanya orang cam masa kami kat turkey kami tanya penduduk tempat jika ada satu town dia nak pegi, mana dia pegi kat dalam turkey, dia jawab eskisehir, so kami pun pegi eskisehir... india pun sama, sure ada satu dua tempat kami pegi berdasarkan tau masa jumpa traveller lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. new tips ini, boleh diaplikasikan selepas ini..thanks fara :)

      Delete
  16. Sangat setuju. Itinerary sangat penting. Bukanlah kita follow 100%, tp blh jadi panduan dari segi masa yg kita nk ambik utk ke satu tempat, dan yg penting kita boleh budget berapa RM yg kita akan perlukan utk satu2 trip tu. Samada apa yg diplan tercapai atau x tu no 2 punya cerita. Hehe.

    Kalu xde iti jadilah mcm kisah sata di kota tua. Haha. Lost memanjang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..

      kadangkala kan PM, ada itinerary pun memanjang sesat tau :D

      Delete
  17. kalau masa terhad, better ada itinerary, boleh explore banyak tempat. kalau travel masa lama giler, setahun ker, mungkin tak payah itinerery, ikut kaki jer and of coz ler lebih adventure. tapi pendapat aku, sama dengan pendapat ko and orang lain...penting ada itinerary :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh tak boleh juga laghu tu..at least kena ada plan, mau ke A,B,C dan seterusnya agar lebih tersusun perjalanannya.tapi yelah,masa pun panjang bolehlah kalau nak lebih santai tak perlu nak berkejar ke sana-sini pada sekian2 hari..err tu pendapat sayalah..mungkin kalau org lain, berbeza pendapatnya ;)

      Delete
  18. Hi Zilla, v interesting blog & good info sharing! buat akak rasa macam nak travel jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksih akak..moga sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan, ya kak :)

      Delete
  19. betul..betul..betul.. Sy pun blur kalau takde itti. Sebab kite leh tau apa kelebihan tmpt yang kite pegi tu. Dapat pegi atau tak belakang kira. Dan kalau ade itti kita mesti tau bajet tempat tu.. so kite taklah kene tipu kaw-kaw...

    ReplyDelete
  20. aku sokong 210%.. kekkkkeee..

    Bagi aku, sebelum nk memulakan sesebuah trip, survey tu penting.. then, susun tmpt mane nk pegi berdasarkan budget + transport + accomodation.. Discuss balik ngn geng2 travel derang punye opinion + bru compile utk jadikan itinerary.. kalo x, confirm2 blur x tau nk g mane.. then, dah sampai ke sesebuah tmpt, boleh tanye local people tmpt mane yang best tuk di lawati..follow or x itinerary tu, belakang cite..

    aku lebih suke ada panduan daripada sesat jalan.. hehhhhee..

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum dan salah sejahtera. maaf tumpang lalu...jika berkesempatan untuk datang ke kuala lumpur pihak kami menawarkan khidmat kereta sewa siap dengan supirnya. boleh lihat ke website kembara sixteen di :

    http://holiday2u.wordpress.com/sewa-mobil-di-kuala-lumpur/

    ReplyDelete

Subscribe