21 May 2013

Fun.Philippines : Day 5 - Hello Donsol!!

01.05.2013 : Manila - Legazpi - Donsol

Fun.Philippines : Day 4 - Back to Manila

Entry kali ini memang banyak gambar.

Hari ini kami akan berangkat pula ke Legazpi dengan menaiki pesawat dari Cebu Pasific (RM250/return). Tiket ini dibeli beberapa bulan sebelum berangkat. Sekitar jam 10.00am, barulah kami bergerak menuju ke Ninoy Aquino International Airport, Manila dengan menaiki 2 buah teksi (220 pesos/taxi). Selain dari pesawat, ada aje bas yang menghubungkan Manila dengan Legazpi via Naga tetapi perjalanannya mengambil masa sekitar 10 - 12jam; hohoho, tak sanggup!! 

 

Manila - Legazpi mengambil masa lebih kurang 1j 15 minit. Tak sempat pun nak lelapkan mata dah pun tiba di Legazpi.

 
Mendarat dengan selamat di Legazpi, Alhamdulillah.

 
Legazpi Airport

Dari Legazpi kami akan bergerak menuju ke Donsol. Awalnya ingatkan nak sewa private van tetapi harganya yang mereka offer 5,000 pesos/return. Fuhhh, nak kaya cepat ke apa?? Harga yang tak logik langsung walhal jarak antara kedua tempat ini cuma memakan masa sekitar 45 minit - 1 jam sahaja. Memang tak mampulah nak ambil private van. Sebelum berangkat ke Philippines kami sempatlah membuat research tentang public transport yang ada. Banyak boleh jimat.

Untuk ke Donsol, kami perlu menaiki tricycle menuju ke Central Terminal dengan harga 50 pesos/tricycle. Harga memang tak boleh nak tawar lagi. Kalau nak dapat harga yang lebih murah mungkin boleh try cari tricycle di luar airport atau pun kalau nak lebih jimat boleh aje jalan kaki sebab kedua tempat ini cuma sekitar 3 km sahaja. 

 
 Kesian uncle ni kena buli dengan kitaorang - wajah sebenarnya biarlah menjadi rahsia hehehe.

Tiba di Central Terminal terus kami mencari van menuju ke Donsol. Oh ya, satu yang tak bestnya mengenai public van ini adalah ianya tidak akan memulakan perjalanan selagi vannya tidak penuh (memuatkan 13 org penumpang). Memang buang masa. Tambang cuma 80 pesos/person tetapi kami meminta driver van menghantar kami terus ke homestay jadinya tambang menjadi 100 pesos/person. Hampir 2 jam kami menunggu tau. Sempatlah pergi cari bahan mentah untuk dimasak malamnya. Sila ambil perhatian, Donsol hanyalah sebuah perkampungan kecil jadinya barangan keperluan sangatlah terhad. Lebih baik shopping terlebih dahulu barangan yang diperlukan di Legazpi sebelum berangkat ke Donsol.

 
Inilah dianya Central Terminal; 3 in 1 terminal di mana public van, jeepney dan bas dengan pelbagai destinasi boleh kita perolehi di sini.

 
Terminal van.

 
Alas perut dengan donut aje. 

1jam perjalanan kami tiba di Villa JoLee Lodging Inn. Seperti biasalah ambil 2 bilik dengan harga 350 pesos/person. Bilik sangat selesa; suasana pun best sangat. Pantai terletak di belakang guesthouse. Masyukk wooo hehehe. Oleh kerana dah lewat petang kami hanya bersantai sahaja petang itu di pantai sementara menunggu Maghrib.


 
Our room.
 Layan gambar...

Pasir di sini berwarna hitam tau.

 
Saya suka suasana ini - tenang dan damai.





Puas di pantai akhirnya kami kembali ke homestay untuk menyediakan makan malam. Oleh kerana satu tong gas di sini agak mahal harganya (sekitar 1,000 pesos) jadinya kami dikenakan bayaran berdasarkan kepada berapa banyak makanan yang kami masak pada satu-satu masa (biasanya harga sewa dapur sekitar 75 pesos - 100 pesos).

 
Spaghetti seafood - bahan asasnya kami bawa dari Malaysia,manakalanya frozen seafood (sotong dan udang) berserta sayuran kami beli di mini market yang terdapat di Legazpi. [Picture : credit to Pijah Pelangi]

Tomyam putih ini pun kami masak sendiri. Makanan ini kami share dengan tuan rumah; siap berebut rasa macam terharu sangat lebih-lebih lagi bila mereka kata inilah makanan yang paling sedap mereka penah rasa. Kalau tengok menu mereka cuma nasi putih dan sejenis lauk sahaja - bersyukurlah sangat-sangat dengan rezeki yang ada. [Picture : credit to Pijah Pelangi]

Perut kenyang suka hatilah, kan?hehehee. Adik-adik bertiga mengisi malamnya dengan membuat foot massage (200 pesos) manakala kitaorang pula sekadar lepak di bilik. Serius, saya suka suasana di Donsol. 

Selamat malam dunia!!

*bersambung.

19 May 2013

Fun.Philippines : Day 4 - Back to Manila


Hari terakhir kami bersama-sama Jojet. Agenda pagi ini untuk melihat sunrise di windmills. Untuk itu kami perlu bangun seawal 3.30am untuk bergilir membersihkan diri. Kalau sebelum ini kami ditempatkan di 2 buah bilik yang berasingan tetapi di Klasik Beach kami ditempatkan di dalam satu bilik. Jojet memberi arahan untuk berangkat jam 5.00am dan mujurlah Subuh sekitar jam 4.18am; jadinya kami ada banyak masa untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Gambar ini diambil dalam perjalanan menuju Klasik Beach.

Dari Klasik menuju ke windmills mengambil masa sekitar 30 minit. Keluar dari van, pandang ke atas dan "zupppp..zuppp" terasa seperti bilahnya akan melibas kami yang berada di bawahnya. Tetiba pula terasa seriau hehehe. Ambil gambar sepuas hati di sini sambil menantikan matahari muncul.

"The wind farm, located in the Municipality of Bangui, Ilocos Norte and officially known as the NorthWind Power Project, is comprised of  20 windmills, each 70 meters high, laid out in a single row along the shore of Bangui Bay, facing the West Philippine Sea. The clean wind energy produces 33 megawatts providing 40% of the power needs of Ilocos Norte" [source : wikipedia]

 

 
 Sempurna..

 
Di sudut yang berbeza.

Giler besar

Puas, kami berangkat menuju Vigan City. Kebetulan waktu keluar dari windmills, kami bertembung dengan penjual pandesal dan membeli 2 beg (lupa lah satu beg ada berapa ketul) untuk dijadikan sebagai breakfast kami pagi itu. Sebenarnya sebelum berangkat awal paginya kami cuma sempat mengalas perut dengan hot choc yang dibeli dari mesin dengan harga 50 pesos. Stok makanan (roti) memang dah takde. Tawakal.

 
Pandesal - salah satu makanan yang popular di Philippines dan biasanya dimakan sewaktu breakfast. Bahan utama untuk membuatnya sama seperti membuat roti di sini cuma bezanya ianya disalut dengan breadcrumbs. Rasanya ranggup diluar dan lembut di dalam. Walaupun dah sejuk ianya tetap lembut. [Picture : credit to Pijah Pelangi]

Dalam perjalanan menuju Vigan. Sungai yang semakin mengering airnya. Saya takde idea sudah berapa lama musim kemarau ini berlangsung di Ilocos.

Kami tiba di Vigan City sekitar jam 9.++am. Selain dari keunikan bangunan dan cuaca yang menyengat (panas), di sini merupakan tempat terbaik untuk mencari ole-ole. Sebut aje nak apa, semua ada di sini kecuali POSTCARD hehehe. Jenuh dok singgah dari satu kedai ke satu kedai yang lain semua pakat geleng kepala bila ditanya bab postcard huhuhu. Oh ya, Maybank pun ada di sini sesuailah kalau nak bershopping sakan hehehe. Muslim pun ada tetapi saya tak sure di mana penempatan mereka. Saya tahu pun kerana ditegur oleh seorang pakcik waktu berteduh di pinggir Maybank. Cuma masalahnya saya tak faham apa yang beliau katakan kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris. Walaupun ada muslim di sini tetapi tiada restoran atau warung makanan halal (tak tahulah pula kalau sebenarnya kami yang tak jumpa huhuhu).

 
Vigan city. Siapa sukakan bangunan lama/sejarah sini antara tempat yang wajib dikunjungi. 

Sisi lain. Sebenarnya di Philippines juga sedang menghitung hari untuk menghadapi pilihanraya. Kalau tak silap saya pada 8 May 2013. Satu-satu tempat ada yang mencecah puluhan calon - sure pening nak pilih yang mana satu huhuhu.




Kami tak pusing habis pun Vigan kerana kesuntukan masa. Dalam pada itu, kmi sempat tapau filet o fish burger untuk dijadikan sebagai bekalan dalam perjalanan kembali ke Manila. Perjalanan yang mungkin akan memakan masa sekitar 7 - 10 jam bergantung kepada traffic. Highway dari Vigan menuju Manila memang berada dalam keadaan yang baik. Sepanjang perjalanan aktiviti utamanya tak tidur, makan. Tak makan, tidur.

Kami memasuki Manila sekitar jam  7.++ dan sangkut dalam traffic jam. Gila-gila punya jam; langsung tak bergerak dan tiba di Makati Apartelle sekitar jam. 10.++pm. Fuhhh, berasap kepala otak dibuatnya. Walhal dari Manila ke Makati takdelah jauh mana pun. Check in dan prepare dinner. Di sini dapur perlu disewa, kalau tak silap 100 pesos. Kami dinner sekitar jam 12.++ tghmalam. Selepasa itu terus masing-masing masuk tidur. Sayangnya, tidak bagi kami. Bilik kami bukan kami sahaja yang menghuni. Nak pejamkan mata pun saya tak berani, terkebil-kebil memandang siling; jantung memang dup-dap dengan lajunya. Sampai satu tahap rasa tak boleh nak tahan dah, terus bisik ke tasyha, dan dia pun merasai apa yang saya rasa. Atas persetujuan bersama, maklumkan pada shahrul dan terus angkut tilam dan bantal ke bilik sebelah. Berenam dalam satu bilik. Betapa terseksanya masing-masing huhuhu tetapi tak kisahlah yang penting dapat rehatkan badan tanpa sebarang gangguan. Pada kawan-kawan, kalau ada option lain carilah hostel lain. Walaupun hostel ini mendapat reviews yang bagus di tripadvisor tetapi tidak pada kami. Lokasinya yang panas dan biliknya yang sememangnya 'panas' memang tak sangguplah.

 
Makati Apartelle, Metro Manila.

* bersambung untuk Manila - Legazpi - Donsol.

17 May 2013

Wishlist : China

Tak tahu kenapa dari semalam tiba-tiba terasa macam teringin sangat nak ke China. La ne dok fikir kalau trip ke sinun batal (jenuh dok tunggu harga tiket jatuh; macam tunggu kucing bertanduk :P) memang saya beli tiket ke Beijing dan terus menuju Lanzhou. Bergerak ke atas hingga ke Dunhuang sebelum berpatah balik ke Beijing. Plan nak cover tempat ini dalam tempoh 2 minggu dan kalau ada masa nak juga ke Kunming (verangan aje ne hehehe). Insyallah, semuanya masih dalam perancangan - jangan tanya lebih-lebih baru nak start cari info-info yan berkenaan. Tak tahulah bila akan jadi nyata. Mana tau tiba-tiba AA buat promo pula ke sinun; memang ke sinunlah saya jawabnya hehehe.

Meleleh ayer liuq tgk gambar-gambar ne...

Danxia Landform [Source : Google.com]

Gobi Desert, Gansu Province [Source : Google.com] 

Hongtudi, Kunming [Source : Google.com]

*tak salahkan verangan dulu??hehehe