Miri : Must try

Friday, April 05, 2013

Entry tentang Miri memang lintang-pukang jadinya. Nasiblah ye, tuan empunya badan dalam keadaan serabut hehehe. Kitaorang di Miri selama 4 hari 3 malam; tiada itinerary kerana kami ke sana lebih kepada aktiviti makan-makan hehehe

Penginapan
Bab penginapan dan transport memang diuruskan oleh teman saya, tasyha dan sharul. Kebetulan mereka ini dah 5 tahun berturut-turut berulang ke Miri jadinya saya dan wani hanya berserah pada yang pakar hehehe.

Kami menginap di family room, Dragon Inn, Miri. Tak perlu extra bed sebab bilik ini terdapat 2 single bed + 1 double bed; ngam-ngam untuk kami berempat. Bilik sangat selesa, single bed tu pun sebenarnya boleh dikongsi berdua sebab saiznya agak besar dari katil biasa. Memang sangat selesa. Wifi pun tersedia walaupun bilik kami ditingkat 3.


Opps sebut pasal hotel, teringat perbualan saya dengan apek yang duduk di sebelah saya di dalam flight.

"u tinggal mana"

"dragon inn, uncle..family room untuk 4 orang..."

"berapa semalam"

"RM126.."

"aiyaaa manyak murah lor...saya tinggal di 4 stars hotel..ada swimming pool, makanan sedap...tapi saya bayar banyak mahal...mcm mn u all boleh bayar murah..."

"err, hotel ini takde bintang uncle...tapi tak kisahlah..asal dapat tidur..."

"u punya katil berapa inci? 3 inci atau 4 inci"

errr, time ne saya dah blur..katil pun ada inci-inci juga ke? Ingatkan tv aje huhuhu. Saya tak tahu nak pilih yang mana satu..

"err 3 inci uncle..." - hentam ajelah hehehe

"oooooo...sebab itulah u punya bilik manyak murah..3 inci punya katil...."

"errrkkk.."

Saya pejam mata dan pura-pura tidur..tak sanggup nak layan hahaha.

Lupakan kisah uncle dan bilik, kita cerita pula mengenai transport. Untuk pusing-pusing di Miri dan Brunei kami menyewa 'Wish' dengan harga RM350 untuk 4 hari. Murah ke? Entahlah. Kereta ini kami sewa dari seorang Ustaz, kenalan kepada kawan kitaorang di Miri.

Makan
Pada saya, Miri syurga makanan. Mulut memang tak berhenti dari mengunyah hehhee.

Kalau saya sebut ABC, mee jawa, kepak ayam dan sotong kangkung; ala macamlah takde kat semenanjung, betul tak? Betul tetapi beza. Sekali kena memang tak boleh nak lupa keenakannya. Kalau tidak, takdelah kawan saya tu tiap-tiap tahun turun Miri sebab nak pekena ABC dan sotong kangkung hehehee. Kelmarin pun dok pekena ABC di Penang, tetap tak boleh nak kalahkan ABC Miri.

ABC - takde beza pun rupanya dari ABC lainnya cuma tang rasa memang berbeza dari ABC biasa; tak terlalu manis dan tak terlalu berlemak. Must try kalau ke Miri! 

Rojak Kuih ~ minta ajelah nak yang RM5, RM10, RM15 

Sotong kangkung..

Rojak buah..

Mana boleh pekena ABC dan pelbagai jenis rojak ini? Cari saja Sin Wan Delight Rojak & Cold Drinks Centre. Lokasinya di Taman Bintang Jaya, betul-betul bersebelahan dengan station Petronas berdekatan dengan Bintang Plaza, Miri. Waktu operasinya bermula jam 1.00pm dan ditutup apabila semuanya sudah habis dijual.

Seterusnya saya nak perkenalkan kawan-kawan dengan mee jawa enak tak hengat donia!!hehehe. Lokasinya di Kampung Pulau Melayu berhadapan dengan Kelab Golf Miri. Cari aje Hole 9. Kedudukan warung ini agak ke dalam, so buka mata luas-luas, drive slowly agar tidak terlepas hehehe. Walaupun hanya warung tetapi make sure datang awal (dibuka jam 8.00am), kalau tidak jenuhlah nak tunggu untuk bangku kosong. Inilah breakfast kami untuk 3 hari berturut-turut. Tak pandang lain dah. Tiap kali tasyha tanya nak makan apa, jawapannya "mee jawa...yeayyy!!" hehehe.

Mee jawa tulang, sepinggan RM5.50. Tak tahu nak gambarkan macam mana keenakannya. Must try ok!! Daging lembu tu sangatlah empuk. Cuma 3 hari kami pekena mee ini, 3 kali jugalah kepekatan kuahnya berbeza. Kalau terlalu ramai pelanggan, kuahnya akan cair (maybe tak sanggup nak tunggu dah sampai kuah pekat tetapi kesedapannya masih lagi ok). Kalau kurang pelanggan, kuahnya akan pekat dan likat, yummmy!!!

Kepak ayam ne nampak biasa aje tetapi sedap ok!! Rasa seketul mesti nak lagi. Must try kalau ke warung ini.

Beginilah keadaan warungnya. Awal pagi lagi, so customer masih tak ramai.

Untuk makan malam, kawan-kawan boleh try ke Luak Bay. Banyak warung-warung makanan di situ yang beroperasi hingga lewat malam.

Tempat menarik di Miri
Emm, kitaorang tak banyak pusing pun di Miri. 2nd day dah ke Brunei manakala 3rd day, satu hari dihabiskan di Gua Niah. Hari keempat, petang dah terbang balik ke KL. So, kami cuma sempat ke taman awam, Miri untuk try jambatan gantung, ke Pasar Tamu untuk cari ole-ole dan Muzium Petroleum/The Grand Old Lady.

Jambatan gantung di taman awam, Miri. 

Muzium petroleum di Canada Hill - ditutup sementara kerana sedang berlangsung pameran dinosaur di sini. 

The Grand Old Lady - telaga minyak pertama di Miri

Secara rasminya,penemuan minyak yang terawal direkodkan pada bulan Julai 1882 oleh Residen British di Baram.Direkodkan minyak yang dijumpa oleh penduduk tempatan digunakan untuk tujuan perubatan dan kemudian digunakan untuk menyalakan lampu.Pengeksplotasian secara komersial hanya bermula pada tahun 1910 setelah syarikat Minyak Anglo saxon yang sekarang dikenali Sarawak Shell ,pada masa itu telah diberi kuasa untuk mencari gali minyak di Miri,dan menandakan permulaan sejarah Minyak di Miri [kredit : mr. google]

Replika kaedah pengerudian minyak di Old Lady.

Pemandangan bandar Miri dari The Grand Old Lady/Canada Hill

Inilah antara sebahagian rentetan pengalaman saya dan teman-teman di Miri. Moga, sedikit sebanyak memberi idea pada kawan-kawan tentang apa yang ada di Miri.

You Might Also Like

38 comments

  1. Huwaaaaaaaa....aku rindu ngan mee jawa itu ... mmg sedap kan ... aku rase mandrem aaa.. sebab skali makan mmg akan repeat hari2 ... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju dgn ko..hahaha..kononnya hari ne nak try pula mee goreng tapi bila dah sampai, tanya nak makan apa tetapi mee jawa juga yang menjadi pilihan hati..kuah cair @ pekat, licin kena hirup..aduhhh kecur dah air liur aku ne..hahaha...

      Delete
  2. Replies
    1. Miri bukan negara, Evi..ianya berada di Sarawak; salah satu negeri yang membentuk gagasan 1 Malaysia :)

      Delete
  3. murah tuh wish rm350 utk 4 hari. ms g kk avanza plg murah org sewa pun dalam rm180/hari. ke sy yg xpandai cr tmpt murah. kekeke. berbaloi sgt tuh. waaaaah sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah..murah sebab harga kekawan kot hehehe..saya tgk kat airport Miri tu, sewa wira sehari pun dah RM100..kalau kereta2 hebat lagilah mahal, kan?

      Delete
    2. salam...zila .leh dapatkaan no tel tok sewa kereta wish tu x..sbb sy nak ke miri awal bulan 11 nie... email sy ye norlizawati@tnb.com.my..terima kasih

      Delete
    3. salam zila...... leh dapatkan no tel tok sewa kereta wish tu x.. sy nak ke miri awal bln 11 nie.. email saya ye.. norlizawati@tnb.com.my..terima kasih...

      Delete
  4. lawaklah uncle tu.. ada plak katil berapa inci.. hikhikhik...
    pics makanan buat liur meleleh lah, haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, sakit jiwa sepanjang 2 1/2j ke KL...sikit2, tahukah kamu..tahukah kamu..tahukah kamu...bila saya tgk dia keluarkan nota dia, arghh tak boleh blah lah..terus saya paksa diri utk terlena..tak sanggup anne..hahaha..

      mee jawa tu wajib try tau kalau ke miri hehehe

      Delete
    2. hahaha.... patut zilla tanya uncle tu balik.. tahukah uncle yg saya dah tension, hahaha..
      kena alert nih, bila malindo bukak route ke miri harus kena sambar.. =)

      Delete
  5. tq sharing..slalu tertny2 ape yg menarik dkt sini..

    dh dpt dh jwpnnye..blh msk dlm list nnti:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya byk tmpt menarik yg boleh di singgah di Miri tu..selain dari taman negara niah, ada beberapa taman negara yang terletak berdekatan dgn niah..sayangnya saya lupa namanya...Insyallah, kalau ada rezeki ingin juga kembali semula ke sana hehehe

      Delete
  6. Salam Zilla..ni nekcik blum sempat sampsi lsgi...insysallah satu hari nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik..

      Jom ramai2 kita serang Miri pula lepas ne, ye :)

      Delete
  7. serius murah bangat 350 wish untuk 4 hari, macam 100 jer sari...gelak aku baca pasal uncle tu, kalau aku, mau pura-pura jadi bisu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezekilah, Orga heheh..sebenarnya sewa untuk wish tu RM100/day..awalnya kitaorg plan nak guna wish utk 2 hari sahaja..manakala 2 hari lagi nak amik wira dgn sewa RM80/day..tetapi sebab tuan empunya kereta dah malas nak tukar2 kereta jadinya dia belasah ajelah..RM360 utk wish 4hari tetapi last day dia bagi disc RM10..so dptlah RM350 sahaja..begitulah lebih krang kisahnya hehehe

      Delete
  8. Miri memang sempoi. Nk repeat miri jugak, ada rezeki nk ke mulu pulak :)

    - PM

    ReplyDelete
  9. nak tnya... g brunei tu g mane? bape jam n jauhnyer dri miri... ingat nak g 29june ni

    ReplyDelete
  10. try sayap ayam and mee jawa area kampong pengkalan luotng..fav spot utk SHELL and PETRONAS staff..makanan mmg sedap..so far im quite choosy about food..so recommend to u this place..lg 1 try puma seira infront mega hotel..24 hrs..food heaven for org kampong like me..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. like 100jx! hehehe...

      terima kasih sudi share info dgn sya..Insyallah, next time kalau kembali ke Miri,sure saya cari..

      Delete
  11. Salam zila..boleh bg contact number tuan pyewa kereta tu? Saya tgh cri kereta sewa utk bjalan kt miri tp x dpt lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Saya takde contact no owner kereta tu..sebenarnya urusan kereta ne diuruskan oleh teman kami di sana..kereta ne pun milik ustaz tempatnya mengajar..saya tak sure beliau mmg sewakan kereta ini atau pun hanya diberikan kepada kami saja...

      Delete
  12. assslamulaikum... agak2 ustaz tu bg sewa x wish dia kat org luar.. sy plan nk bawa family awal nov ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Amier...emm saya tak sure tentang itu..sbab semuanya diuruskan oleh teman kami di sana...contact no ustaz tu pun saya takde...huhuhu

      Delete
  13. Replies
    1. Sin Wan Rojak & Delight Cold Drink Centre. Labels: Bintang, Cold drinks, Less than RM15, Non-halal

      Delete
  14. Salam Zilla, bole bg contact no kereta sewa tu x?sbb sy tgh mencari kereta sewa di Miri untuk Januari 2014 ni. tq

    ReplyDelete
  15. nak tanya ustaz tue ade contact no tak. nnti nak pergi kenduri kat sana. if boleh nak sewa kereta.

    ReplyDelete
  16. Kereta sewa myvi murah. Rm85 per day. Rm450 per week. Contact 0143155127 (ric). Tq

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Zila....tq ats perkongsian ini ...akk bercadang nk ke miri n Brunei pd mac nti.....blh akk dptkan no phone utk kereta sewa di miri x...? Bantuan Zila akk ucpkan bbyk tkasih....

    ReplyDelete
  18. salam zila...... leh dapatkan no tel tok sewa kereta wish tu x.. sy nak ke miri awal bln 11 nie.. email saya yer.. siti.zamry@gmail.com (012-5586 709).. Sgt2 memerlukan pertolongan zila.. Btw, terima kasih..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum, terima kasih atas blog yang penuh dengan info ni.. sebenarnya banyak lagi tempat yang cik belum jelajahi di Miri hehehe.. search google, KFCK the hidden restaurant, pakcik wan cafe, hole no 18, madli satay, stall no 7 tanjong lobang, burger kukus ngap sayot, banyak lagi lahh hehehe terima kasih lagi saya ucapkan.. bangga saya menjadi anak watan bandaraya Miri,..

    p/s saya pun ada sewa kereta, proton saga BLM & perodua viva.. berminat, boleh sms/call 010 979 3138,, harga terbaik di pasaran.

    ikhlas dari orang Miri. :)

    ReplyDelete
  20. ada gak tempat makan sedap yang belum auntie gi kat sini

    ReplyDelete
  21. as salam.ada tak contact member2x yang nak sewakn van miri-brunei.boleh email saya nice_20822004@yahoo.com

    ReplyDelete

Subscribe