Winter di Thailand

Wednesday, November 12, 2014

Kali ini saya nak share sedikit info yang saya perolehi untuk trip ke Thai hujung tahun ne. Sebenarnya dah 80x dok catit atas kertas, 80x jugalah kertas tu hilang pastu meracau sendiri. Stress, manalah aku campak. Cara paling selamat, saya kongsikan aje dalam blog ini. Boleh berbagi info lagi dengan kawan-kawan yang lain. Apa-apa hal lepas ne, rujuk blog sendiri ajelah. Tak payah nak pening-pening kepala, betul tak?

Mungkin ramai yang dah tahu, hujung tahun merupakan 'winter' di Thai. Waktu inilah sebenarnya paling best nak jalan-jalan di sana sebab cuaca sejuk-sejuk-dingin gitu. Selain cuaca yang best, waktu ini jugalah bunga-bunga mulai berkembang di sana. Sangat sesuailah untuk mereka-mereka yang hatinya penuh dengan munge-munge cinta *ada kena-mengena ke? - entah!

Sunflower farm, Lopburi
Saya rasa tempat ini tak perlu saya nak perkenalkan lagi. Saya ada share pengalaman saya 'mabuk' sunflower di entry yang lepas. Jadinya tak perlulah nak citer panjang lebar pasal tempat ne, ia tak?

Boleh baca di sini -> Sunflower

Jim Tomphson Farm, Nakhon Ratchasima
Kalau saya sebut pasal Jim Thompson di Bangkok, rasanya ramai yang tau mengenainya. Namun, untuk ladangnya memang tak ramai yang tahu. Ini antara lokasi wajib yang akan saya singgahi pada trip akan datang selain dari Lake Lotus di Ubon Thani.

Jim Thompson Farm ini terletak di Payaprab Hills in Tambol Takob, Pakthongchai District, Nakhon Ratchasima (Korat), 3-5 jam perjalanan dari kota Bangkok (bergantung kepada method pengangkutan yang kita gunakan). Dari pekan Korat/Nakhon Ratchasima ke ladang ini berjarak sekitar 50km. Satu yang tak best, tiada public transport dari pekan Korat ke ladang ini. Cara terbaik untuk ke sini adalah dengan menyewa private transport dari kota Bangkok atau pekan Korat atau nak lagi best, sewa kereta dan pandu sendiri ke ladang ini (on the way balik, boleh singgah di huai bong wind farm).

Apa yang menariknya mengenai ladang ini, ianya dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja. Jadinya, kenalah rajin check website mereka untuk latest info mengenainya. Coming soon, ianya akan dibuka kepada pengunjung mulai 13.12.2014 hingga 11.01.2015 dengan bayaran masuk sebanyak 140TBH.

Jom, kita terjah!
Pic : Jim Thompshon Farm
Wind Farm. Pic : travelthailandhappy

Web : www.jimthompsonfarm.com
FB : www.facebook.com/jimthompsonfarmtour

Red Lotus Lake, Kumphawapi, Udon Thani
Kewujudan tempat ini saya ketahui melalui blog tielandtothailand. Start dari situ memang dah berangan nak p. Lokasi lake ini, lebih kurang 45km dari Udon Thani. Ada public bus tetapi yang jadi masalahnya sekarang, bagaimana nak kejar masa. Waktu paling best untuk lihat red lotus ini adalah dari jam 6.00am - 11.00am. Pukul berapa pula nak keluar? Ia tak?

Musim red lotus ini adalah dari Dec - February. Biasanya (dari blog2 yang saya baca), derang siap akan buat festival di sini waktu valentine day. Wow, mesti mumantis habis saat tu (itu pun kalau bot tak terbalik hehehe).
Nanges tengok lautan teratai...Pic : tielandtothailand


Cherry blossom, Chiang Mai/Chiang Rai
Yang dinanti-natikan sebenarnya ini. Antara lokasi tumpuan untuk tengok cherry blossom adalah di Khun Chang Kian. Ianya dijangka berkembang dalam tempoh Dec - February. Namun untuk tahun ini, bunga dijangka akan kembang pertengahan January 2015 *nanges, melepas..
 
Pic : Google 

Saeng Chan Waterfall, Ubon Ratchathani
Meroyan tengok gambar waterfall ini. Memang masuk dalam wishlist cuma tak taulah bila nak p. Terpaksa skip tempat ne sebab dah over budget (boleh terima tak alasan tu huhuhu). Waktu paling best nak singgah di waterfall ini adalah waktu winter kerana paras air tak tinggi dan perlu berada di sini seawal 11.00am untuk lihat cahaya matahari menembusi lubang dan menghasilkan ROL yang sangat cantik...

Cukuplah dulu infonya. Nanti kalau rajin, saya akan update lagi..

You Might Also Like

48 comments

  1. Replies
    1. err atas kertas mmg nampak seronok, realitinya tak taulah macam mana nanti huhuhu

      Delete
  2. waa...waa..waaa...lotus kesukaan sy..

    ReplyDelete
  3. Subahanallah... lautan teratai tu buat akak terpegun Zilla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, saya pun tertawan tgk lautan teratai tu...dgn warna seperti itu, cantik sgt..tu yang gedik2 nak tgk dgn mata sendiri huhuhu

      Delete
  4. Alolololo zilla... pic2 ni semuanya mmg mengancam jiwa la.

    ReplyDelete
  5. festime tahu rupanya ada cheery blossom di Chiang Mai/Chaing Rai..arghh..itu gambar dari google..kalau gambar hasil dari Zilla sendiri mmg x pernah mengecewakan..JM je kecewa dgn diri sendiri kerana tak de bakat..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada, JM..dah lama pun..cuma nak dapat peak tu yang tak tau bila hehehe..sat tengah dec, tahun depannya tengah jan...pendek kata, kalau kena waktunya mmg boleh layan huhuhu...

      Delete
  6. Replies
    1. hahaha...jgn meroyan awal sgt, PM..simpan dulu :D

      *ne bukan teaser tapi lebih pada berkongsi info apa yang ada hehehe

      Delete
  7. Wow, di Thailand ada pemandangan macam di Japan dan Eropah ya? :D

    ReplyDelete
  8. Jim Thompson tu yang hilang kat Cameron tak bebalik tu kan... Ha Ha Ha... Wah! Lawaaaaa farm dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sampai ke situ dia ne pikir...cheq, try masuk fbnya lagi meroyan tgk latest pics yang ada tau :D

      Delete
  9. aaaa...zilla belum pergi lagi mrs dah tak sabar nak tunggu entry trip ni dari zilla
    hajat nak mengikut rombongan cik zilla ke sini tak kesampaian huhu
    hint kah?? hati munge munge cinta?? hehehe
    zilla! nak request satu...kalau berpeluang jumpa munge teratai camtu...tlg snap utk mrs boleh?? nak sangat :)
    melampau tak agak2 permintaaan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdenya hint acik smile hehehe...amboi, kemain ye..speku hahaha :D InsyaAllah acik smile, nanti saya snapkan untuk acik byk2...

      Delete
  10. Salam Zilla..nekcik pun rasa klau ada rezeki nak jugak repeat Chiangmai...cuaca dingin jer...insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nekcik, nak ikut boleh? Lama teringian nak ke Chiangmai ne tapi bila tengok harga tiket, errr lupakan aje hehehe..mahal bebenor huhuhu

      Delete
  11. awk dah pernah pergi last yr kan?? time bln 12 gitu..thailand banyak hujan tak?? cepat2 skit update apa2 info lain..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila, bulan 12 antara waktu terbaik nak explore thai especially di bahagian north...cuaca sejuk dingin, sedap nak jalan..cuma kalau p belah2 pantai mengadapan andaman, memang kena tempias hujan....sila plan betul2 kalau berhajat nak ke pantai...

      Delete
    2. lega dgr..hehehe...saya plan nk ke sana bln 12 ni...exited nk tgk sunflower field yg zilla dah pegi tu.

      Delete
    3. zila, brp hb tu? kot2 bertembung nanti, tegur2 ya..lg satu jgn bawa sweater tebal sikit, sjukkk

      Delete
    4. Zilla & zila. ...
      Sila update cepat2 tau...ni pon tgh berkira2 nak pegi Dec ni.

      Delete
    5. dear syieda,

      saya kalau saya update pun dah masuk tahun 2015..tak berbaloi nak tunggu, kecuali nak p dec tahun depan hehehe..kita tunggu zila ajelah yang updae ye ;-)

      Delete
  12. Ni mesti hati Zilla tengah berbunga'bunga...hehe

    ReplyDelete
  13. Cantik gilaaaa pemandangan dekat Red Lotus Lake tuuuuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana, ko try masuk link yang aku share tu..cantik giler...lautan teratai...geram aku tgk

      Delete
    2. baru tengok, cantikkkkkk!
      kalau pegi thailand nanti sumpah ni tempat wajib pergi!HAHHAH

      Delete
    3. amboi nana, siap bersumpah bagai tu hahaha..kalau nak p pun, tgk musim dulu tau..jgn main redah je hehehe

      Delete
  14. Replies
    1. Azra, aku pun geram sgt dgn cherry blossom tapi sayang date tak kena..

      Delete
    2. rase nak terjah jer wehh.... kene carik info sket2....ko ade good info ke pasal cemane nak terjah ke sini?

      Delete
    3. aku sokong ko terjah heheha..info yang aku dapat pasal cherry blossom tu, peak tgh januari tahun depan...ada beberapa lokasi nak layan cherry blossom ne tapi bali best kat chiang rai...nk p tmpt tu boleh naik public transport tapi terhad lah pula..nak selamat ko ikut tour...ko try tgk ne

      http://mychiangmaitour.com/event02/

      Delete
  15. Wow Zilla.. sangatlah manis info ni sebab aku akan ke Bangkok 14-18 Dec. Aku tak pernah tahu pasal seme benda ni. Gugel sana sini tak pulak terjumpa. Mekasih daun keladi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla,

      Lom tahu, tgh mencari sana sini & baca blog sana sini :). Maybe area bangkok aje atau kuar sikit. Kitaorang pun belum sampai Bangkok lagi. Ada pun 4 hari je. Aku akan naik train dari KL - Hatyai - Bangkok so banyak masa dah hilang kat atas train. saja nak merasa sakit badan.

      Delete
  16. Thailand itu ada wilayah yang punya 4 musim juga ya ? Wah baru tahu...pemandangannya kayak di negara subtropis. Indah banget.

    ReplyDelete
  17. cantik jugak thailand ni ye..,yg sy tau krabi n phuket je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thailand mmg cun, cuma yang tak cun nya bab bahasa..jenuh :D

      Delete
  18. Hati saya juga berbunga-bunga walaupun saya jantan...he3...nak terjah mana yang dapat nanti...Geram macam nak pukul bunga2 tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak salah pun nak berbunga2 En.Khai ....

      Delete

Subscribe