Cuti-cuti Malaysia : Sepetang di Pekan Sg.Lembing, Pahang

Saturday, November 15, 2014

Lanjutan dari entry Rainbow Waterfall dan Lombong Bijih Timah.

Selain dari 2 aktiviti yang saya nyatakan di entry yang lepas, kawan-kawan juga boleh mencuba mendaki ke Panorama Hill (lokasi terbaik untuk sunrise), melawat Muzium Sg. Lembing, menyewa ATV, mendaki ke puncak Sunset Hill untuk sunset, mandi sungai atau lepak-lepak di atas jambatan atau titi kayu yang ada. 

Mulanya, Jard ajak daki ke puncak Panorama Hill tapi bila tanya pekerja di Time Capsule mereka tak sarankan untuk kami naik. Agak bahaya katanya sebab kami perempuan dan view tak berapa nak cantik di waktu petang. Nak lawat Muzium Sg. Lembing, macam tak menarik je (lepas google gambar di internet). Lepas "pungg..pangggg...pungggg...pangggggg", kami ambil keputusan untuk ke hanging bridge atau dalam bahasa melayu nya jambatan gantung. Lokasinya sebelum masjid, tepi jalan aje pun, mustahil kalau tak nampak.

Teruja nak naik tapi bila tengok sendiri keadaan jambatan ne, err macam tak berapa nak confident lah pula nak jalan melaluinya. Papan terangkat, paku pun ada yang dah tertanggal. Errr agak-agak kalau salah langkah mau bolos terus ke dalam sungai hehehe. Lepas ambil gambar 2-3 ketul, kami patah balik. Cukuplah tu.

 Jambatan gantung Sg. Tembeling
Jambatan yang sama

Jard bagi cadangan untuk menapak ke Sunset Hill. Tengok signboard, 2.8km aje tapi bila tengok depan, pergi memang takde masalah (mungkin) tapi nak balik tu, err agak-agak ok ke? Dah start membayangkan yang bukan-bukan, err jerat Cina depan tu. Luas pula tu hahaha! Trek ke Sunset Hill tu pula x tau mana ceruk; serius lor gue nggak punya kekuatan hehehe. Jadinya, bermula sesi meracun si Jard untuk tukar plan. Akhirnya, kami lepak aje di titi kayu yang merentangi Sg. Lembing. Konon nak layan sunset tapi nan ado. Awal tebal sangat. Matahari langsung tak kelihatan, cuma sesekali sahaja.
 Sg. Lembing, kalau dapat berkubang ne mesti syiok!
 Ini ajelah yang kelihatan petang tu. Lepas tu terus hilang, yelekkkk.

Aktiviti melepak berlanjutan ke warung makan pula. Sementara nak tunggu Maghrib, kita melepak lah dulu. Memang santailah trip kali ini. Syiok sebab tak perlu nak terkejar-kejar. Dari warung kami singgah di masjid untuk solat dan bergerak kembali ke capsule.

Errr jalan menuju ke capsule, giler gelap-gelita. Touch light pula saya tinggal dalam bag. Errr, agak-agak ada tak yang tunggu kami di simpang jalan?hahaha - suka benorlah pikir yang bukan-bukan. Dalam hati memang saya doa banyak-banyak, adalah orang yang lalu kat situ kami nak tumpang. Tiba-tiba muncul sebiji motor..Tak kira, nak tahan juga!

"banggg...pakcikkk...ehhhh adikkkk, berhenti...nak tumpanggggg..."

Mamat Indonesia dengan kapcainya. Ada gue kisah hahaa! Janji sudi hantar p capsule. Paling penting tak payah nak jumpa momok hahaha! Agaknya mamat tu pun tergamam dengan aksi kami err saya terus dia ok je. Ok tak ok, saya dah panjat motor tu dulu (punyalah gelojoh) hehehe! Jard pula dibelakang. 3 orang atas kapcai, agak-agak larat tak kapcai tu nak angkut kami? hehehe. Semput jugalah kapcai tu waktu mendaki berdekatan area sekolah, mujurlah enjin tak buat hal. Akhirnya, kami selamat sampai di capsule.

Apa pun trip singkat ini memang manis lah kalau nak dikenang balik. Buat Jard, terima kasih sebab sudi jadi 'bidan terjun'. Kalau sorang-sorang tu sure mati kutu.
 Kami..

Perbelanjaan untuk 2D 1N di Sg.Tembeling
Bas MARA dari Chini ke Kuantan : RM8
Bas Rapid #303 Kuantan Sentral - Stesen Bandar : RM2
Bas Rapid #505 Stesen Bandar - Sg. Tembeling (RM4/one way) : RM8
Bas Plusliner Kuantan - KL : RM24
Time Capsule, Sg. Tembeling (RM119/2) : RM59.50
Entrance fee Lombong Biji Timah, Sg. Tembeling : RM15
Pakej Rainbow Waterfall : RM40
Makan : RM12
Total : RM168.50

* Dari Stesen Bandar ke Kuantan Sentral, kami dihantar oleh isteri kepada pemilik Time Capsule dengan keretanya. Terima kasih banyak untuk semuanya.

You Might Also Like

18 comments

  1. Zilla dah start imagine apa menanti kat depan. Dah lah ko memang selalu jumpa benda2 tu kan. Tapi mamat motor tu kira baik tau sanggup numpangkan korang berdua. Buatnya dia refuse sebab ingatkan korang jelmaan je. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie, tu lah yang aku risaukan sebab dari awal aku dah tak sedap hati..janganlah...mamat tu aku rasa dia terkedu kot..tapi sebab aku dah lompat dulu atas motor dia, nak tak nak kenalah hantarkan hehee

      Delete
  2. Replies
    1. amboio, ne mesti dok target rainbow kan? hehehe..En try google Panorama Hill, cantik gak view sunrise di situ...teringin nak repeat lagi utk sunrise tapi tak tau bila huhuhu

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha...nasib ada dia kalau tak memang saya p gegar pondok guard sek.men.sg.tembeling tu :D

      Delete
  4. Lama ngikutin Blog Mbak Zilla, baru di entry sekarang nampak jelas gambar Mbak Zilla. cantik rupanya Mbak Zilla ini...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai, mas..segan saya dibuatnya huhuhu...

      Delete
  5. kos tak la sakit sangat....still under budget....kalau ada peluang Insyaallah nak kesana juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy, apa lagi..sila bertandang ke Sg. Lembing hehehe

      Delete
  6. Itu la tempat saya berkubang time kecik2. Sebenarnya banyak je port yang menarik. Kalau hujung minggu je, tak sah kalau tak mandi pantai sekitar Beserah and mandi sungai di Sungai Lembing nie. Tapi Sungai Lembing dah banyak berubah sejak ada idea untuk pembukaan Lombong Bijih Timah tu semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara, memang asal Sg.Lembing ke? Saya dulu2 pun dok Pahang juga tapi area Pekan lah hehehe...

      saya suka suasana di sg.lembing..bangunan2 kayu rasa macam kembali ke suasana awal2 90an di puchong..la ne mana nk dpat dah suasana macam tu..cuma satu je yang saya harap, moga kerajaan negeri Pahang kekalkan keaslian kawasan tersbut...saya tau byk resort2 mewah di bina di situ...aktiviti pembalakan juga aktif di sini (saya saksikan sendiri waktu menuju ke rainbow waterfall)..cuma saya harap semuanya terkawal jgn sampai men'jahanam' kan kawasan tersebut...

      Delete
  7. you're welcome... come invite me for next random trip.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..off course la, Jard...next time kalau ada idea giler lagi aku roger ekkk!! :D

      Delete
  8. Replies
    1. emm tak pastilah pula sofia..saya pun tak teringat pun nak survey harganya huhuhu

      Delete
  9. fulamak,,,,berani btul tumpang mamat Indo tu...naik motor...mujur mamat tu sudi hntr...huhhu

    ReplyDelete

Subscribe